My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 1, 2010


Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Aku sebenarnya, benar2 berada dalam keadaan yg sangat2 keliru. Aku tak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Apa2 pun kepada Allah kusandarkan segala keputusan. Sedang dalam kekeliruan hidup, aku membaca blog akhi ini. Aku sangat terinspirasi dengan entri penulis blog ni. Sedikit sebanyak, blognya mengubat sedikit kekeliruan yang sedang melanda di kala ini. Beliau adalah Akhi Mohd Afiq b. Mohd Saleh...Terima Kasih aku ucapkan. Terima KAsih diatas perkongsian ilmu yang saudara coretkan...Disini aku "copykan" entrinya...

CINTA : TURUTLAH KATA HATI, ANDAI YAKIN DIA PILIHAN-MU

Kelmarin, saya menerima komen daripada seorang pembaca, meminta saya agar diberi kekuatan (tasyji’) kepadanya dan cara mengawal perasaan hati yang telah terlanjur mencintai seseorang. Membaca luahan itu dan kebimbanganya, saya turut merasakan apa yang dia rasakan.

Akhirnya saya memutuskan untuk menulis artikel ini sebagai jawapan untuknya dan sekalian pembaca. Terimalah!

Awalnya di sini, saya mahu menyebutkan bahawa nafsu hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disekat kerana ia sebuah fitrah. Fitrah yang disekat akan merosakkan dan membantutkan kemanusiaan. Misalnya, Makan adalah nafsu dalam masa yang sama ia juga disebut fitrah, makan boleh dikawal dengan cara mengawal jenis makanan yang diambil tetapi ia tidak boleh sama sekali disekat, nescaya manusia akan mati dek kerana tidak makan.

Selain makan, perasaan sayang, ingin dicintai, mencintai si dia, dan lain-lain perbuatan adalah fitrah (nafsu) yang juga tidak dapat tidak perlu dikawal bukan disekat. Apa salahnya bercinta jika ia adalah tuntutan agama dan untuk melaksanakan keperluan naluri manusia. Apa salahnya terasa ingin disayangi dan minat terhadap seseorang jika itulah sebahagian kehendak naluri manusia. Yang penting ia mesti dikawal dan melalui jalan yang betul. ISLAM tidak menyekat firah itu, bahkan menyediakan alternatif yang terbaik untuk disalurkan.

Ada manusia, dia terlalu cinta dan minat kepada seorang lelaki, lalu ditahan-tahan perasaan itu sehingga menyeksa diri. Sedangkan ISLAM telah mengatur dan menyediakan wasilah yang baik, tidak salah bagi saya jika seorang perempuan menyatakan hasratnya kepada seorang lelaki atas dasar mahu membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang diredhai ALLAH. Tidak ada istilah ‘Perigi Mencari Timba’ di dalam kamus hidup ISLAM. Jika khadijah mampu melakukan, mengapa anda tidak wahai sekalian wanita?

Menjawab kepada persoalan seorang pembaca saya yang bertanya, saya hanya mampu memberikan jalan penyelesaian tetapi anda yang perlu mengambil langkah berani untuk membuat tindakan merubah dan menyelesaikannya. Kepada ‘saudari’ yang bertanya, jangan simpan perasaan itu, nyatakanlah ia jika ia terbaik untuk diri saudari dan agama saudari. Kalau benar ia adalah pilihan-mu, turutlah kata hati yang tulus.

Saya akan menceritakan soal firasat pada perenggan seterusnya. (jangan berhentikan pembacaan di sini dahulu)


Cerita Saya

Mengimbau beberapa langkahan tahun yang lalu, seperti membuka semula detik kekecewaan yang pernah saya lalui. Saya terfikir, apa jua ujian yang didatangkan sebelum ini, tegar saya hadapinya, namun apabila ia berupa perasaan dan naluri hati, ia terlalu halus dan tersentuh untuk saya lalui. Lemah dikala berhadapan dengan sifat mulus itu.

Apabila saya telah merasai bagaimana sukarnya menghadapi kekecewaan hati, saya tidak mahu orang yang istimewa (terlalu baik) pada saya atau teman-teman rapat merasai seperti apa yang saya rasa dahulu. Ia memungkinkan kewarasan anda bertukar kepada ammarah yang gila. Saya sudah rasai apa itu sebuah rasa ‘tidur tidak lena’ dan saya juga telah lalui apa maknanya 'penantian suatu penyeksaan', lalu ia mematangkan saya untuk memahami pula erti ‘bunga bukanlah sekuntum’ walaupun dalam tempoh mendalaminya saya terpaksa melalui jalan yang perit dan pedih.

Pendek sahaja kisahnya, wanita yang saya simpan perasaan terhadapnya selama saya menuntut di kampus menolak ‘proposal’ saya. Ketika itu, hanya iman yang mampu menjadikan saya bertindak waras. Saya menerima jawapannya itu sebagai motivasi pada hati, si dia menolak secara berhemah dan baik serta alasan yang kukuh, lalu dengan jawapannya diberi itu saya telah menyalahkan diri kerana tidak yakin pada firasat hati yang memberi isyarat selama ini.

Kata ‘nya’ saya hanya terlewat beberapa minggu, lalu orang lain sudah mendahului langkah saya. ‘jika hati ini mampu mengisi dua kekosongan, maka hati yang satu lagi akan diisi oleh ustaz’ ini katanya yang terakhir sampai kini masih saya ingati. Ia menambahkan lagi kekuatan firasat hati saya dengan kata, dia sepatutnya menjadi milik saya ketika itu. Tetapi salah saya juga, sengaja melambat-lambatkan ‘urusan’ itu, dengan alasan kononnya tidak mahu mengganggu konsentrasi pelajaran.

Beberapa tahun mendatang, ia mengajari saya tentang kepercayaan kepada mistik dan kekuasaan sebuah spirit yang dinamakan jodoh. ‘kelewatan beberapa minggu’ dalam episod cinta saya dahulu adalah jodoh dan ketetapan yang TUHAN tuliskan untuk saya.

Nasihat kepada semua teman yang sudah dilamun perasaan ini, jangan tiru seperti saya. Jika hati sudah berkata YA, jangan ditangguh-tangguhkan, ia mungkin salah-satu isyarat hati daripada TUHAN. Percayalah!


Yakinlah Pada Hati, Ia Sebuah Petunjuk

Tahukan anda, apabila hati sudah selalu mendampingi TUHAN, kamcing berbicara dengan-NYA atau segenap perkara selalu mendahulukan DIA. Nescaya suatu pemberian yang tiada pada orang lain akan dianugerahkan kepada anda. iaitu firasat hati.

Orang bertanya, bagaimana mahu mengenali firasat hati yang suci? Mudahnya begini, jika kita jarang berdosa dengan TUHAN dan meletakkan DIA sentiasa di dalam hati, maka segala kehendak kita dan bisikan hati itu kemungkinan datangnya juga daripada kehendak TUHAN. Prinsipnya senang sahaja, kita memberi TUHAN jua memberi. Kita melaksanakan, TUHAN pula membalas. Jadi tidak hairanlah, segala susah payah kita pada DIA diberi pula kepada kita suatu pertolongan dari jalan yang tidak kita sangka-sangka. Iaitu firasat hati.

Kadangkala hati terasa berat terhadap sesuatu kebaikkan, ‘mahu buat atau tidak, mahu buat atau tidak’ (ini yang selalu diungkapkan) pesan saya, usah terlalu banyak ‘bertidak-tidak’ dalam melakukan amal kebaikkan. Kebaikkan yang sering tertangguh dan hilang moodnya kerana terlalu biasa dengan was-was hati yang mengajak kepada tidak melakukan, akhirnya semangat beramal hilang atau surut, akhirnya ia berganti pula kepada rasa takut untuk melakukan.

Lalu, dalam soal mencari jodoh bagaimana pula?

Saya faham, dalam urusan mencari jodoh atau pasangan ini, kebanyakkan orang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan dan nilaian. Halus dan teliti untuk merencana. Betullah kata seorang teman saya, mencari pasangan bukan seperti membeli baju sejuk, kalau tersilap beli atau bosan memakainya boleh digantikan dengan yang lain. Saya menambah pula: ‘tapi kamu kena ingat, ia boleh ditambah, kahwin lagi satu!’ berdekah-dekah ketawa kami.

Tidak salah jika anda mengamalkan sikap berhati-hati dan teliti dalam soal jodoh, kerana pasangan yang dipilih bukanlah untuk KEHIDUPAN sehari dua sahaja, kalau boleh hendak juga seperti kata ‘bergandingan sampai ke syurga’ atau ‘aku menanti-mu di pintu syurga’. Siapa yang tidak mahu begitu? Dialah satu-satunya teman kita bermula dari dunia (pandang pertama) sehingga ke alam syurga, alangkah bahagianya!

Yang menjadi salah dan selalu terjadi adalah sikap ‘terlalu’. Hati sudah berkali-kali berkata YA, perasaan dan jiwa seolah-oleh telah berkata ‘pergilah, pergilah, katakan padanya (si dia) aku ingin melamarmu sebagai suri hidupku’, namun, sikap yang dikatakan ‘terlalu’ tadi telah menghalang segala-galanya. Sehingga ke saat kritikal dan lamunan perasaan sudah menggila pun masih lagi ‘bertidak-tidak’. Akhirnya, kata hati (firasat) yang meronta-ronta lalu diabaikan. Tinggallah jiwa yang terseksa menanggung cinta dan perasaan. Sedangkan hasrat murni itu jika awal-awal ditunaikan, akan dapat menutup sebahagian dariada pintu-pintu dosa.

Maka tidak terjadilah peristiwa ‘syok sendiri’.

Kalaupun dia bukan jodoh kita atau ‘proposal’ ditolak, sekurang-kurangnya kita sudah mengetahui dan boleh membuat keputusan atau langkah seterusnya, atau terus membuang si dia daripada perasaan hati daripada duduk menantikan jodoh yang belum pasti akibat sikap diri yang ‘bertidak-tidak’ tadi. saya percaya, ramai yang kecewa dan ‘melepas’ disebabkan sikap ini terutamanya apabila ia depengaruhi dengan sikap ‘malu mendahulu’ dan ‘nanti dahulu’. Begitulah apa yang telah terjadi kepada saya dahulu!


Istikhoroh; Teman Yang Jujur

Selain daripada bergantung kepada firasat hati, mukmin yang sejati kebergantungannya mesti diletakkan kepada TUHAN sebagai pendahulu dan pengakhiran. Mendahulukannya dengan memohon petunjuk (iaitu doa), dan mengakhirinya dengan tawakal, serta syukur selepas memperolehinya. Kaedah ISLAM ini terlalu cantik dan indah, dalam apa jua situasi ia sentiasa diberi ganjaran. Di kala gembira kerana mendapat sesuatu kita akan beroleh pahala, ketika sedih kerana kekecewaan pun kita dijanjikan pahala.

Begitu jua dalam hal ini, iaitu soal mencari pasangan, ia lebih-lebih lagi memerlukan petunjuk daripada ALLAH agar dibukakan apa yang pada mata kita tidak nampak akan kebaikkan dan keburukannya. Kerana itu DIA ada menyebut di dalam al-Quran pada surah al-Baqaroh, kata-NYA: ‘Mungkin apa yang kamu sukai itu tidak baik bagi kamu, dan apa yang kamu benci itu terbaik untuk kamu, ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu (wahai manusia) tidak mengetahui (baik dan buruknya)' Cara mengetahuinya dengan berdoa memohon petunjuk daripada-NYA.

Kerana itu saya tuliskan pada artikel yang lalu, ‘Jodoh Itu Luar Biasa Sifatnya’. Luar biasanya adalah kerana manusia itu tidak mengetahui apa yang TUHAN ketahui.

Dalam ISLAM memohon petunjuk melalui solat disebut sebagai Solat/sembahyang Istikhoroh. Para ulama tidak kira di dalam perkara yang kecil mereka akan mengamalkan solat ini, agar petunjuk sentiasa berada bersama mereka. Apatah lagi jika ia berkaitan dengan perkara yang besar seperti mencari dan memilih teman hidup. Jawapan yang anda bakal perolehi adalah jawapan yang terbaik, direct daripada TUHAN waimmah jawapan yang diilhamkan itu tidak sama seperti perencanaan kita, ia tetap terbaik kerana itu adalah hasil rencana TUHAN.

Oleh kerana itu, Istikhoroh adalah cara terbaik memohon segala petunjuk.

Penutup;

Meniti KEHIDUPAN yang jauh ini seolah tidak tahu di mana perhentiannya dan di mana titik noktah di hujungnya nanti. Kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi, maka TUHANlah selayaknya menjadi teman penyuluh jalan. Doa dan tawakal jangan pernah dilupakan.

No comments: