My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 29, 2010

Moga Ini Yang Terbaik...



Aku mengharapkan agar ini adalah entri yang terakhir aku tulis tentang hal ini…

Telah ramai yang aku tanyakan pendapat. Ada yang memberikan jawapan yang positif dan ada juga yang memberikan jawapan yang negatif. Antara negatif dan positif sama sahaja imbangannya…

Tapi….antara pendapat yang benar-benar buat aku takut dan terdorong untuk buat keputusan secepat mungkin adalah pendapat dari seorang senior ni:

“Baik ko tolak je”

Kenapa?

“Sebab dia seorang yang terburu2…kalau dia terburu-buru nak kawin, dia juga akan terburu-buru untuk melafazkan cerai dan dia juga akan terburu-buru untuk pukul bantai tanpa sempat tahu sebab dan alasan”

Biar betul??takutnye dengar..

“Bercakap berdasarkan pengalaman dan sebagai seorang lelaki yang dah berkawin”

Disebabkan hal inilah aku patutnya kena fikir kembali…

“Perempuan tak boleh kawin sebab kesian. Tapi, lelaki boleh kawin sebab kesian”

Kenapa pulak??

“Adalah rahsianya….”

Allah berfirman dalam Surah ar-Rum:21 yang bermaksud:

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan(jodoh) bagi kamu daripada(makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu”

Aku rasa hati aku tidak cenderung kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Yang ada cuma rasa risau dan gelisah serta tidak yakin. Aku juga susah nak buat keputusan sebab dalam hati aku penuh dengan rasa kesian kerana dia begitu yakin dan bersungguh sedangkan aku tidak.

Mungkin dia bukan jodoh aku walaupun peluang hanya datang sekali je seumur hidup. Aku yakin dengan petunjuk yang Allah berikan serta aku yakin dengan gerak hati ini. Yang jodoh aku dengan orang yang benar2 boleh menjadi pendorong aku untuk terus bergiat aktif dalam gerak kerja dakwah yang aku cintai ini, bukannya dengan orang yang hanya ingin menakluki. Aku belum bersedia untuk menjadi pasif. Masih banyak yang perlu aku terokai.

Walaupun dia tak pernah nak nampak dan menyedari kehadiran aku, tapi aku yakin dengan petunjuk yang datang serta gerak hati yang Allah kurniakan pada aku. Penantian aku akan berakhir bila datang lagi pinangan yang benar-benar buat aku tak boleh tolak walau seribu alasan yang aku berikan. Waktu itu, baru aku akan berhenti berharap…Menunggu pada sesuatu yang tak pasti adalah sakit dan pahit, tapi ia akan menjadi manis bila sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah kerana janji Allah itu sesuatu yang pasti…

“Sesungguhnya segala puji-pujian hanyalah untuk Allah. KepadaNya jua kita memuja, memohon pertolongan dan keampunan. Kita memohon perlindungan Allah daripada kejahatan diri dan amalan. Sesiapa yang diberi petunjuk olehNya, dia tidak akan disesatkan. Sesiapa yang disesatkan, tidak pula akan diberi petunjuk olehNya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Satu. Tiada syirik bagiNya. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya”

1 comment:

Faridah Mohd Tap said...

SYAFA, i know about ur story..I think that senior is right!!!

ko betul2 yakin ke nak berumahtangga? Ke kau terikut2 sebab ramai sahabat2 dikalangan kita dah dan bakal berkahwin..

siapa cinta misteri kau tu???siapalah yang tak nampak kehadiran kau..ko kan seorang baik..,tapi jgn risau ye, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik and vice versa...

erm, jangan kecewa jika belum bertemu jodoh...mungkin, belum sesuai waktunya, walau kita rasa dah bersedia. Becoz Allah knows much better than we do!!!

Aku hanya mampu bagi nasihat begitu sebabnya aku tak dak pengalaman sangat...kau sendiri kenal aku kot macam mana...benda2 ni, aku malas sangat nak fikir..

pesanku, jangan dibebankan sangat fikiran dgn benda2 ni, takut2 kerja dakwah yang menimbun terencat di pertengahan jalan..ko apatah lagi..bakal SUK kan???