My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 9, 2010

~Nothing to be explored~

Selama ni hati terlalu berlembut
Mudah sangat cair
Cepat berasa kasihan

Natijahnya jiwa sering ditindas
Rasa terseksa selalu bermaharajalela
Kadang-kadang terlalu sakit dan perit

Hati harus bangkit
Harus bangun dari segala keperitan
Kerna hati ada hak untuk gembira dan bahagia

Mulai saat ini
Harus tinggikan ego
Kuatkan hati
Dan juga keraskan hati...

Sunday, September 5, 2010

~Sahabat~

Persahabatan adalah sesuatu yang indah…

Tetapi keindahan itu akan diuji bila masing-masing mula membawa haluan…

Masing-masing mempunyai hala tuju hidup yang berbeza…

Sakit berpisah memang terasa pedihnya…

Tetapi inilah lumrah kehidupan…

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan…

Disebabkan inilah, aku tidak sukakan pertemuan…

Kasih sayang tu kan anugerah…

Ujian juga merupakan ujian untuk menguji sejauh mana nilai kasih sayang seseorang…

Tuesday, August 31, 2010

Wahai Pemilik Hati Ini...
Tenanglah dikau...
Kuat dan tabah mengharungi segala dugaan dan cabaran...

Aku yakin...
Kau telah dididik untuk menjadi kuat...
Segala ketentuan bergantung pada redhoNya...

Berhenti dari perasaan takut dan gusar...
Yang menanti dihadapanmu lagi kuat dan hebat...
Kerna...rahsia dihati tiada siapa yang tahu...

(T_T)

Monday, July 19, 2010

~Aku~

Aku ini hanya wanita biasa

Tak punya apa-apa yang istimewa

Bisa sakit dan terluka

Kadang ku kuat…kadang ku lemah

Semuanya bergantung pada situasi

Apa yang dicari???

Tidak aku ketahui…

Hanya bisa menunggu

Sehingga bila???

Tidak juga aku ketahui…

Selagi mampu berdiri dan melangkah,

Akan aku teruskan dan kuatkan diri…

Jika sudah tidak mampu,

Aku akan rebah ke bumi…


*Maafkan aku bila hasratku keliru...

Sunday, June 27, 2010

~Wondering~


Hati tertanya-tanya...
Kenapa kamu begini dan begini...
Semakin hari semakin sukar untuk difahami...

Kalau dulu,
Kalau tak berkongsi masalah pun...
Kita akan bersama-sama meluangkan masa...
Dan pernah juga merenung bintang dan bulan yang sama...

Tapi kini,
Aku semakin tidak memahami kamu...
Terasa makin lama, makin kehilangan kamu...

Apa pun,
Aku sentiasa ada disini...
Ingin bersama kamu lagi...

Sentiasa mendoakan yang terbaik utk kamu...
Mungkin, berkeadaan begini melegakan kamu...

Tapi...
Kamu jangan terbang terlalu jauh dan tinggi meninggalkan aku disini...
Kerna, kamu pernah berjanji untuk membawa aku terbang bersama kamu...

Monday, June 21, 2010

Rokok dan Zionisme


Gambar dari sini. Blog yang menarik untuk dilawati.

(Artikel ini untuk disebarkan. Sila salin dan lampirkan di blog atau laman sosial anda. GKK)

Petang itu, aku dan teman bersiar-siar di tepi pantai. Melihat mentari senja yang memerah sambil menghirup aroma asin angin laut. Tiba-tiba rasa terganggu. Asap rokok berkepul-kepul berarak ke arah kami. Terganggu, kami membuka langkah untuk berlalu ke tempat yang lebih bersih udaranya.

“Tahu tak.” sapa teman. “Ada satu berita melaporkan, remaja perempuan sekarang lebih terdorong untuk merokok ketika mengandung. Kerana mereka percaya rokok boleh memudahkan proses bersalin.”

“Benarkah?” Dalam terkejut. Masakan rokok yang bagi aku tiada faedahnya itu bisa mendatangkan kebaikan?

“Iya lah. Rokok boleh merencatkan pertumbuhan janin. Janin tidak dapat membesar dengan baik, saiznya akan menjadi kecil. Maka mudah untuk para ibu bersalin.”

“Eh, mana boleh begitu? Pastinya ada kesan sampingan yang lain terhadap bayi. Mungkin cacat, mental atau fizikal?”

“Iya, tidak dinafikan. Rokok sekadar memberi kesenangan dalam jangka masa pendek. Tetapi dalam jangkamasa panjang, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Tumbesaran anak tersebut yang akan menghadapi banyak masalah kesihatan dan si ibu sendiri, adakah sanggup untuk menjaga anak yang tidak sempurna. Sakit bersalin pun tidak mahu tahan, apatah lagi sakit mahu membesarkan, kan?” sambung teman.

Pulangnya kami dari pantai, meninggalkan aku berfikir sendiri.

Protokol 9 [Dari Protokol Yahudi]

Kita berjaya memperbodoh dan merosakkan golongan muda bukan Yahudi dengan menenggelamkan mereka di dalam pelbagai prinsip dan teori yang sememangnya kita ketahui sebagai dusta dan palsu yang disuburkan dan sebarkan ke dalam minda mereka. Kita tidak perlu mengubah atau meminda undang-undang yang sedia ada, tetapi memadai dengan memutar belitkan interpretasinya supaya wujud percanggahan dan kekeliruan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka sendiri.

Kenapa rokok? Teringat aku sebuah petikan di HaluanPalestin [Moga Allah merahmati semua aktivis HaluanPalestin] yang berkata:

Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap.

Gerakan Kempen Kesedaran [GKK: Lawan Zionisme]

Rokok dan Zionis

Tahukah kalian, siapa pengeluar terbesar rokok di dunia? Merekalah Philip Morris. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula.Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat.

Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Zionis dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu?

Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group [nama baru Phillip Morris yang ditukarkan pada tahun 2003] membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu.

Teringat aku, ketika menjalani latihan praktikal di Tingkat 4, aku rasa, dari 150 orang kakitangan, mungkin hanya 3 orang yang tidak merokok. Yang pasti, terlalu ramai rakyat atau lebih tepat ummat Islam merokok. Perkara yang amat merisaukan, selain ia bertentangan dengan agama, bahkan ia juga bakal merosakkan masa depan ummah. Melahirkan masyarakat yang lemah, ketagihan, menderita sakit, tidak kuat. Pastinya senang mereka mahu menakluk dan mengawal umat Islam. Na’uzubillah..

Oleh: lydecker86v2.wordpress.com

Jika anda ada artikel yang berkaitan boleh dikongsikan untuk membantu Kempen Kesedaran ini.

Kredit untuk HaluanPalestin dan Sepaku.net

~.....~

Keimanan dan ketaqwaan...
Itu menjadi keutamaan.

Pendidik...
Bagi setiap hati yang keras.

Berhikmah...
Dalam setiap butir bicara.

Sunday, June 20, 2010

Nilai Kasih Sayang Ibu dan Ayah



Jasa kalian tak dapat aku balas

Kasih dan sayang kalian tak dapat ditandingi

Walau dengan emas dan permata sekalipun

Kasih dan sayang yang kalian hulurkan lahir dari hati yang tulus suci

Tiada paksaan dalam memberikan kasih dan sayang

Kadang-kadang, aku cemburu dengan ketabahan kalian

Aku berfikir sendiri….

Mampukah aku untuk menjadi sekuat dan setegar kalian??

Mampukah aku jadi ibu dan ayah sebaik dan seikhlas kalian??

Nilai kasih dan sayang kalian tiada tandingan

Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian

Hanya Dia yang mampu untuk membalas jasa kalian

Aku bersyukur menjadi anak kepada MOHD SHAHIMI MOHD NORDIN & ROHAYA LA

Kasih sayang yang ibu dan ayah berikan buatkan aku menangis sendiri… selama aku hidup dimuka bumi ini, aku terharu dengan kasih sayang yang Allah sandarkan pada kalian kepada aku insan yang lemah lagi dhaif ini… Semoga kalian berada dibawah lindungan dan rahmat dari Illahi…

Monday, April 12, 2010

Idaman Hati (^_^)~


1st choice


2nd choice


3rd choice

Wednesday, March 31, 2010

Bahagia...


"Memberi akan lebih gembira daripada menerima dengan syarat kita memberi dengan kasih sayang. Tanpa kasih sayang, kita tidak akan gembira dengan memberi.
Justeru, awas....
sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira lagi bererti kasih sayang dalam diri telah terjejas."

Aku gembira kerana hari Ahad lepas,
Aku dapat hadiah dua buah buku....
Kelmarin aku dapat coklat....
Semalam pun aku dapat coklat lagi....

Akan datang pada 25 April,
Aku bakal menerima teddy bear besar....

Aku bersyukur pada kalian kerana membuat aku bahagia sekali....
Moga-moga pahala yang besar milik kalian kerana membuat orang lain gembira....

Aku bersyukur padaMu Ya Illahi,
Kerana Engkau membuat aku bahagia dan gembira melalui mereka semua....

Monday, March 29, 2010

Moga Ini Yang Terbaik...



Aku mengharapkan agar ini adalah entri yang terakhir aku tulis tentang hal ini…

Telah ramai yang aku tanyakan pendapat. Ada yang memberikan jawapan yang positif dan ada juga yang memberikan jawapan yang negatif. Antara negatif dan positif sama sahaja imbangannya…

Tapi….antara pendapat yang benar-benar buat aku takut dan terdorong untuk buat keputusan secepat mungkin adalah pendapat dari seorang senior ni:

“Baik ko tolak je”

Kenapa?

“Sebab dia seorang yang terburu2…kalau dia terburu-buru nak kawin, dia juga akan terburu-buru untuk melafazkan cerai dan dia juga akan terburu-buru untuk pukul bantai tanpa sempat tahu sebab dan alasan”

Biar betul??takutnye dengar..

“Bercakap berdasarkan pengalaman dan sebagai seorang lelaki yang dah berkawin”

Disebabkan hal inilah aku patutnya kena fikir kembali…

“Perempuan tak boleh kawin sebab kesian. Tapi, lelaki boleh kawin sebab kesian”

Kenapa pulak??

“Adalah rahsianya….”

Allah berfirman dalam Surah ar-Rum:21 yang bermaksud:

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan(jodoh) bagi kamu daripada(makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu”

Aku rasa hati aku tidak cenderung kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Yang ada cuma rasa risau dan gelisah serta tidak yakin. Aku juga susah nak buat keputusan sebab dalam hati aku penuh dengan rasa kesian kerana dia begitu yakin dan bersungguh sedangkan aku tidak.

Mungkin dia bukan jodoh aku walaupun peluang hanya datang sekali je seumur hidup. Aku yakin dengan petunjuk yang Allah berikan serta aku yakin dengan gerak hati ini. Yang jodoh aku dengan orang yang benar2 boleh menjadi pendorong aku untuk terus bergiat aktif dalam gerak kerja dakwah yang aku cintai ini, bukannya dengan orang yang hanya ingin menakluki. Aku belum bersedia untuk menjadi pasif. Masih banyak yang perlu aku terokai.

Walaupun dia tak pernah nak nampak dan menyedari kehadiran aku, tapi aku yakin dengan petunjuk yang datang serta gerak hati yang Allah kurniakan pada aku. Penantian aku akan berakhir bila datang lagi pinangan yang benar-benar buat aku tak boleh tolak walau seribu alasan yang aku berikan. Waktu itu, baru aku akan berhenti berharap…Menunggu pada sesuatu yang tak pasti adalah sakit dan pahit, tapi ia akan menjadi manis bila sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah kerana janji Allah itu sesuatu yang pasti…

“Sesungguhnya segala puji-pujian hanyalah untuk Allah. KepadaNya jua kita memuja, memohon pertolongan dan keampunan. Kita memohon perlindungan Allah daripada kejahatan diri dan amalan. Sesiapa yang diberi petunjuk olehNya, dia tidak akan disesatkan. Sesiapa yang disesatkan, tidak pula akan diberi petunjuk olehNya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Satu. Tiada syirik bagiNya. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya”

Wednesday, March 17, 2010

Teori Muhtar Suhaili

Teori MUKHTAR©

“2nd Runner-Up, Most Outstanding Youth Of 2007 Award”

Teori MUKHTAR© – Resipi Kejayaan Dunia dan Akhirat: Alhamdulillah di atas segala-galanya. Selain kerjaya dan khidmat tugas sebagai seorang jurutera, saya juga sering diundang (diberi amanah) untuk menyampaikan ceramah motivasi, kepimpinan, pengucapan awam, pengurusan, kuliah ilmiah, tazkirah agama dan seumpamanya. Antara intipati utama isi ceramah motivasi yang sering saya sampaikan dan saya suka untuk kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian ialah satu petua yang saya namakan sebagai Teori MUKHTAR©. Terdapat 2 Teori MUKHTAR© yang ingin dikongsikan untuk sama-sama kita diskusi, implementasi dan uji keberkesanannya.

Teori MUKHTAR© yang pertama ialah satu prinsip yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja, di mana saja dan bila-bila masa sahaja sepanjang menjalani kehidupan dunia sebagai seorang manusia amnya dan Muslim khususnya. Teori MUKHTAR© untuk kehidupan yang berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. adalah seperti berikut:

M = Mission
U = Ummatic
K = Knowledge
H = Holistic
T = Tarbiyyah
A = Altruistic
R = Rabbaniyyah

Sebenarnya teori ini (sekiranya ia sesuai untuk dianggap sebagai teori) amat relevan untuk diadaptasi di dalam kehidupan. Apapun sebagai tazkirah diri, perlu juga dinyatakan secara tegas di sini betapa tujuan dakwah bukanlah untuk mempopularkan diri, tetapi sebaliknya tujuan dakwah adalah untuk mempopularkan ALLAH SWT, menjadikan Rasulullah sebagai Diva (Qudwah), pengajian agama sebagai Akademika Fantastika dan memastikan ajaran agama sebagai syllabus kehidupan.

Secara ringkas dikongsikan perincian dari prinsip atau teori di atas. Elemen pertama ialah perlunya seseorang itu mempunyai misi yang jelas dan tepat di dalam hidupnya. Apa yang dia mahu dari hidup ini? Adakah sekadar lahir, makan, minum, ke tandas, berkahwin, beranak-pinak, kemudian menganjak usia senja dan akhirnya mati?? Atau sekadar menjadi bayi kemudian membesar menjadi kanak-kanak, lalu menjadi remaja, belia, dewasa, seterusnya bergelar veteran dan penghujungnya menjadi seorang tua yang menanti saat kematian yakni ajal yang pasti tiba??

Justeru persoalan misi hidup ini sebenarnya amat penting untuk diperjelaskan, difahami dan dipakubesikan di minda dari awal kehidupan seseorang agar dia berjaya di dunia dan di Akhirat. Sebab itu, saya sering menyatakan di dalam ceramah motivasi yang disampaikan bahawa insan cemerlang mempunyai peta dan kompas hidup serta berminda futuristik. Ini amat penting kerana bila matlamat dan haluan kehidupan seseorang itu adalah matlamat dan haluan yang Rabbani, bererti dia telah mengetahui dari mana dia datang dan ke manakah dia akan pergi serta manakah tempat kekalnya.

Jadilah Insan Yang Berjiwa Besar

“Rahsia Kejayaan: Jadilah Insan Berjiwa Besar”

Setelah misi hidup sudah jelas, maka seterusnya ia perlulah bersifat ummatik dari segi prinsipnya kerana Islam adalah agama yang bersifat ‘alamiyyah (sejagat) sehinggakan Rasulullah itu sendiri diutus untuk rahmat sekalian alam. Pendek kata, moto “Ummah Kita Tanggungjawab Kita” perlu dijiwai bersama oleh seluruh Muslimin sedunia ke arah mencipta kejayaan hakiki.

Malah adalah menjadi tabiat semulajadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah SAW sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadith Baginda, maksudnya:

“Dari Annas r.a., dari Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”" (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Lebih daripada itu, tidak boleh tidak ilmu juga adalah prasyarat utama untuk kejayaan di dua dunia. Fahamilah firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Mujaadalah, ayat 11: “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya ALLAH akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, nescaya ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Malah Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”. Dan seperkara lagi ialah perlu juga difahami bahawa “ilmu tanpa amal adalah seperti pohon tanpa buah, seperti awan tanpa hujan.”

Selanjutnya, secara tuntas untuk menjadi insan yang benar-benar cemerlang, saya berpendirian, yakin dan percaya betapa ia perlu holistik dari segi sifat serta pendekatannya. ‘Re-engineering’ modul pembangunan insan perlu kepada asimilasi antara kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang juga merupakan penanda aras ke arah melahirkan manusia ideal yang berjaya dunia dan Akhirat. Malah Ary Ginanjar Agustian, penulis Indonesia yang saya kagumi di dalam bukunya ESQ Power menyatakan bahawa: “nilai-nilai ESQ yang diadun dengan IQ akan meningkatkan kemampuan untuk mengangkat suara hati spiritual yang paling dalam (unconscious mind) sehingga sumber kecerdasan spiritual yang terletak pada God Spot manusia dapat dizahirkan dalam kehidupan sehari-hari.”

Justeru proses pembentukan insan cemerlang mesti mengambil kira ketiga-tiga aspek ini: IQ, EQ & SQ. Malangnya, sistem pendidikan kini lebih fokus kepada pembangunan IQ dan mengambil ringan aspek EQ dan SQ. Sedangkan didapati IQ hanya memainkan peranan 6% dalam pembentukan peribadi sedangkan 94% lagi adalah ditentukan oleh EQ dan SQ. Dan semuanya ini memerlukan tarbiyyah yakni pendidikan dan latihan yang berterusan.

Malah melalui teori ini saya turut berhujah bahawa perlunya kecemerlangan hidup itu dicerna dengan pendekatan yang altruistik (altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri, kata lawannya ialah egoistik/ individualistik) dan dipimpin dengan akhlaq yang baik melalui pembudayaan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pembentukan ukhuwwah Islamiyyah amat penting ke arah menjayakan segala perancangan dan modus operandi pemerkasaan umat dan dalam usaha untuk mengembalikan zaman emas kegemilangan Islam. Dalam hal ini, gurindam Raja Ali Haji ada kerelevanannya untuk dihayati bersama:

Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan ubat;
Cari olehmu akan guru yang mengenal segala seteru;
Cari olehmu akan isteri yang boleh menyerahkan diri;
Dan jadi olehmu akan abdi yang ada baik budi.

Secara khulasah dan sebagai konklusinya semua pendekatan dalam teori ini sebenarnya anak tangga menuju redha ALLAH dan oleh kerana ALLAH matlamatnya maka ciri rabbaniyyah tidak boleh tidak merupakan teras utama pemacu ke arah tercapainya impian murni kehidupan.


Seterusnya, Teori MUKHTAR© kedua yang ditujukan khas buat para pelajar dan mahasiswa serta saya syorkan dijadikan sebagai panduan untuk menempah kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan. Berikut merupakan makna tersurat dan tersirat yang ingin saya majukan yang juga dicerakinkan berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. tersebut:

M = Matlamat yang jelas dan tepat
U = Usaha yang tidak mengenal jemu
K = Kesungguhan untuk berjaya
H = Hero nan hebat
T = Teknik dan strategi
A = Altruistik dan akhlaq
R = Religious conscious yakni berkesedaran agama yang tinggi.

Buat akhirnya, ayuh bersama kita renungkan Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “Rasulullah SAW memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar r.a. berkata: “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang. Ambillah persiapan saat engkau sihat untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu” (Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).