My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 21, 2009

Konvensyen SENADA dan Bengkel Pelan Tindakan


Sebagai wanita Islam @ menjaga kebajikan mahasiswi, aku telah menghadiri konvensyen SENADA dan Bengkel Pelan Tindakan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2009 bersamaan dengan 14 Rabiul Awwal 1430H. Program ini adalah anjuran SENADA (Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam).

Apa itu SENADA?

- Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) telah ditubuhkan pada 20 Jun 2008 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1429H.
- Sekretariat ini adalah di bawah naungan YAB Perdana Menteri Malaysia.
- Dipertanggungjawabkan di bawah Pejabat Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada YAB Perdana Menteri.
- Sekretariat ini bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam serta kementerian dan jabatan-jabatan lain.

Objektif Penubuhan Sekretariat:

- Menentukan tidak wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam melalui peranan advokasinya dalam mempengaruhi penggubalan dasar, perundangan dan peraturan-peraturan.
- Menghalusi implikasi pelaksanaan dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut terhadap hak-hak, pembangunan dan kebajikan wanita Islam.
- Meningkatkan pemerkasaan wanita Islam melalui inisiatif dan program-program pembangunan modal insan dan kapasiti wanita Islam, terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak, akses dan peluang pembangunan diri serta keluarga di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang.

Antara Fungsi dan Tanggungjawab:

- Mengenalpasti dan memperhalusi isu-isu yang dihadapi oleh wanita Islam, dan mempengaruhi dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan melalui advokasi bagi menentukan dasar dan undang-undang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur diskriminasi.
- Mengambil inisiatif meningkatkan keupayaan dan kapasiti wanita Islam semua peringkat dalam pelbagai bidang melalui program latihan dan pembangunan modal insan.
- Mengadakan jaringan, hubungan kerja dan usahasama dengan Kerajaan luar, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, dan lain-lain agensi di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa bagi menjalankan advokasi melalui pertukaran pendangan dan pengalaman bertujuan menerapkan prinsip dan identiti Islam sebagai agama yang adil dan tidak mendiskriminasikan wanita.
- Menjalankan penyelidikan, kajian dan soalselidik mengenai isu-isu, masalah, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam dalam pelbagai bidang bagi membantu kerajaan merancang dan menggubal dasar, undang-undang serta peraturan-peraturan yang memanfaatkan wanita dan keluarga mereka.

Bagi bengkel pelan tindakan, pihak penganjur telah membahagikan kepada tiga bahagian iaitu perundangan, agama dan sosial.

Bengkel Pelan Tindakan: Perundangan
Antara isu-isu berbangkit hasil daripada beberapa siri pertemuan dan dialog yang dianjurkan oleh SENADA dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin-pemimpin wanita di semua peringkat adalah seperti berikut:

- Penyeragaman mahkamah syariah : Terdapat beberapa kelemahan disebabkan ketidakseragaman undang-undang
- Menyemak undang-undang kesalahan jenayah syariah
- Memperluaskan bidangkuasa mahkamah syariah
- Perlantikan hakim wanita di mahkamah syariah
- Penyegeraan pembentangan rang undang-undang keluarga Islam
- Menggunakan rang undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia
- Caruman KWSP boleh dikeluarkan sebagai harta sepencarian
- Membolehkan pengeluaran caruman KWSP sebagai bayaran nafkah kepada anak-anak
- Menyegerakan kes pengesahan perceraian sebelum tamat iddah
- Pemfailan kes perlu diselaraskan dengan hanya menggunakan satu fail induk
- Penubuhan mahkamah keluarga yang melibatkan muslim dan non-muslim
- Khidmat guaman percuma
- Kursus pemahaman gender kepada hakim dan pegawai-pegawai syariah
- Meningkatkan taraf hakim mahkamah syariah
- Meningkatkan kredibiliti dan integriti badan kehakiman

Semua yang dinyatakan di atas masih dalam perbincangan. Ianya akan dilanjutkan lagi kepada pihak yang sepatutnya.

* Sewaktu menghadiri konvensyen ini, baru aku tersedar yang wanita-wanita diluar sana menghadapi pelbagai masalah yang boleh dikatakan rumit juga. Aku bertanya sendiri, macam mana semua ini boleh terjadi? Apa sebenarnya punca utama masalah ini terjadi? Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Kebanyakan wanita memberontak apabila hak-hak mereka ditindas. Jadi apa penyelesaian kepada semua masalah-masalah ini?

Antara peserta konvensyen, Zainah Anwar (pengasas Sister In Islam)

No comments: