My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 3, 2008

STEADFAST ohh STEADFAST

Akhirnya aku berpeluang untuk meluangkan sedikit masaku untuk steadfast. Dah ramai yang merajuk setiap kali aku gagal menghadirkan diri dalam program steadfast. Maaf steadfastrian… diri ini terlalu sibuk dengan pelbagai rencana yang kadang-kadang lebih memerlukan perhatian dariku.

Pada 12-16 November, aku berpeluang meluangkan masa bersama keluarga steadfast dan mengikuti hari keluarga steadfast bersama-sama dengan adik-adik yang baru masuk. Aku gembira dapat meluangkan sedikit masaku bersama mereka itupun setelah aku berusaha untuk mengelakkan diriku dari mengikuti program yang lain.

Selama 5 hari…banyak aktiviti yang telah kami lakukan bersama. Antaranya perlawanan bowling di Ampang Point dan sukaneka. Seterusnya kami lajakkan aktiviti kami di Hulu Langat. Ukhuwwah yang sudah sedia terjalin kami eratkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang tak dapat dilupakan. Antaranya: masak bersama-sama, aktiviti lasak (aku tak join sbb taknak masuk lumpur, aku hanya jadi penjaga checkpoint…huhu), lakonan, panjat bukit, mencari kejora (jalan malam), dan lain-lain lagi lah.

Percayalah wahai ahli-ahli steadfast…kalian tetap dihati walau kita jarang dapat bersama. Sekali aku telah melangkah, selama-lamanya hati aku akan tetap di situ. Cuma keterbatasan waktu yang memisahkan kita. Aku tidak akan meninggalkan kalian begitu sahaja…

1 comment:

Nur Qistina said...

Baik Syafa..saya percaya walau pepun Steadfast tetap di hati..tapi cukupkah sekadar ianya berada di hati?hehe..saje je tny soalan nie..