My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 15, 2009

Tamrin Nisa' (KAMUS 09)

Antara orang yang banyak membantu menjayakan Tamrin Nisa'....

Peserta bergambar bersama penceramah jemputan...
Aktiviti riadah sebelum memulakan program bagi mengelakkan mengantuk....




Alhamdulillah...Kem latihan dan kepimpinan mahasiswi unggul (KAMUS 09) telah selamat berlangsung pada 20-22 Februari yang lalu. "Mujahidah Solehah Pemangkin Survival Ummah", ini adalah tema untuk tamrin nisa' pada kali ini.
Antara objektif tamrin nisa’ kali ini adalah ingin melahirkan HEWI yang lebih berkredibiliti dalam menongkah cabaran dan dugaan serta melahirkan HEWI yang berilmu dan kukuh jatidiri.

Slot-slot pula telah diisi oleh penceramah-penceramah yang mempunyai pengalaman luas dalam hal-hal semasa yang melanda wanita dalam era ini. Antara topik yang hangat dibincangkan adalah Sister In Islam (SIS) dan politik hari ini.

Selain itu, demi melahirkan wanita yang sihat, cergas dan tangkas, pihak penganjur telah menyelitkan aktiviti lasak iaitu mendaki Gunung Dato’ yang saya rasa agak tinggi dan mencabar. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat sabar dan bekerjasama diantara satu sama lain. ‘Badan Sihat, Otak Cergas’.

Kemelut yang berkocak dewasa ini memaksa HEWI kembali menganalisa tahap potensi diri dari segenap wacana, ianya bagi memacu halatuju yang jelas dalam mencorak generasi kalis ujian dan mehnah tribulasi.

Keilmuan yang benar-benar mantap merupakan satu tuntutan yang amat penting ke atas bahu setiap HEWI. Dalam konteks ini, HEWI perlu mampu membezakan di antara fiqh yang boleh berubah-ubah atau dinamik mengikut keadaan, dan syariat yang tetap. Dengan cara ini pemikiran akan lebih terbuka dan pelaksanaan oleh HEWI akan menjadi lebih kreatif dan inovatif tetapi tetap harmonis dengan aspirasi Allah Taala.

HEWI kini mestilah berperanan dengan lebih instrumental dalam horizon yang lebih menyeluruh. Segala permasalahan semasa berkaitan wanita yang terjadi perlu dihadapi dengan penuh hikmah dan bukanlah responsive pada masa-masa tertentu sahaja. Oleh itu, kesedaran dan sensitiviti dalam diri perlu digarap dengan lebih efisyen.

Friday, March 13, 2009

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ


Anjuran

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),


dengan kerjasama

BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)


dan

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)


OBJEKTIF

  • Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
  • Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
  • Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
  • Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA


Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.


TARIKH & TEMPAT


20 – 22 Mac 2009 / 23-25 Rabiulawal 1429H di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR


Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari


SASARAN


Seramai 150 orang yang terdiri dari:

  • Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  • Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
  • Orang Awam
  • Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang


MODUS OPERANDI


Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.


(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)


TENTATIF PROGRAM


Jumaat (20/03/2009)


5:00 petang : (Check-in) Pendaftaran & Makan Malam


7:00 malam : Solat Maghrib/ Tazkirah & Solat Isya’


9:00 malam : Majlis Perasmian


”Aqidah sebagai Teras Jatidiri Belia”

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Luthfi Bin Bakar

Penolong Pengurus STAD, MMU Melaka


10:30 malam : Minum malam & Berehat


Sabtu (21/03/2009)


6:00 pagi : Solat Subuh & Tazkirah


7:30 pagi : Sarapan


8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM


9: 15 pagi : Slot 1 :

Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


10:45 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 2 :


Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor


2:00 petang : Slot 3 :


Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


4:00 petang : Minum petang & solat Asar

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]

Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat]


6:00 petang : Makan Malam


7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’


9:00 malam : Slot 4 :


Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan; [Kewajiban Mempertahankan Akidah Melalui Kesatuan Ummah]


11:00 malam : Minum malam & Berehat


Ahad (22/03/2009)


4:00 pagi : Qiamullail


6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi


8:30 pagi : Slot 5 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 6 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;


Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM


1:00 tghari : Makan Tengahari


2:00 petang : (Check-out)

Thursday, March 5, 2009

Telah Datang Takdir Tuhan…

“Apa diharap hati orang, entah kasih entah tidak, entah dipaksa menerima sayang”
Tiap detik denyutan nadi kehidupan, setiap itulah hati membunga dengan pengharapan. Begitulah situasi kehidupan gadis yang menjangkau usia remaja; mula mengangan-angankan masa depannya, mengira-ngira siapakah jejaka bakal memenangi piala hatinya. Siapakah teruna dapat bersama menjelmakan impian ke alam kenyataan. Siapakah teman sebiduk sehaluan, senasib sepenanggungan, manis sama dikecapi, pahit sama diubati, pengubat sepi pelerai rindu, membelai kasih sayang nan syahdu, seiring sejalan di arena kehidupan, sehidup semati dalam kenikmatan hingga ke akhir hayat di dalam keberkatan menunai tuntutan keinsanan.




Alangkah indah dan berertinya hidup seorang isteri yang dapat bergandingan dengan suami sepenanggungan duka lara. Tuntutan agama sama-sama dilaksana, sebiduk sehaluan menuju pulau impian.

* Selamat Pengantin Baru buat sahabat yang dikasihi merangkap roommate aku…huhu. Bila dia dah kawin nanti, maka hilanglah manjaku. Teringat waktu mula-mula dia bagitau aku pasal perkahwinan dia. Aku tak bersetuju sebab dia masih belajar. Aku sekeras-kerasnya menghalang sehinggakan dia terasa hati dan merajuk. Lama baru aku sedar, aku tak sepatutnya menghalang tetapi memberi sokongan dan semangat. Kesian dia sebab aku langsung tak tanya mengenai persiapan perkahwinan dia. Semalam baru dia cerita lepas aku memaksa. Teruknya aku…nak buat macam mana. Aku perlukan masa untuk sesuaikan keadaan. Lagipun itu tuntutan dari keluarga dia sendiri. Tunang lama-lama pun tak elok sebab ada je rintangan dan dugaan yang akan datang nanti… All the best my dear friend…moga berbahagia hingga ke taman firdausi nanti.




Tuesday, March 3, 2009

Hari ini dan semalam...



Alhamdulillah...


Entah kenapa, semalam dan hari ini adalah hari yang paling gembira buat aku. Semalam sebab keluarga aku datang UIA melawat aku. Gembira sangat2 sebab dah lama tak jumpa keluarga. Diorang datang ke KL sebab nak hantar adik aku ke Kajang. Dia akan mendaftarkan diri untuk bekerja di TNB. Pastu semalam jugak aku berjaya buat map test dengan jayanya walaupun map tu menggunakan bahasa yang memang aku tak paham. Tapi sir cakap: "No, you must master in this map even it using different language"... Alhamdulillah.




Dan hari ini...


Aku gembira sangat2 sebab aku berjaya jawab quiz dengan cemerlang dan jayanya. Syukur alhamdulillah dengan redhaNya aku berjaya. Sekarang ni barulah aku rasa seperti "love history...love yourself". Thanks Sir because you teach me how to admire and love history.




Sekarang ni aku rasa bagaikan puteri...haha




Tapi hari ini jugak...


Aku rasa terpukul dengan tiga isu utama di dada akhbar. Isu mengenai kes penceraian, buli, dan politik. Hmm, apalah nak jadi dengan negara sekarang ni?? Pening aku dibuatnya. Ketiga-tiga isu ni semuanya berkaitan diantara satu sama lain. Kalau tak ditangani dengan segera, maka akan musnahlah masa depan negara. Dan disebabkan isu ini jugaklah, aku telah diberi satu assignment oleh Abg Kerol...huhu

Saturday, February 28, 2009

Permata Hati…









Ramai orang cakap bila kita tengok budak-budak atau baby hati akan berasa tenang dan segala masalah akan kita lupakan sekejap. Ini kerana baby ni masih suci dari sebarang dosa. Dan semua baby comel. Anak-anak merupakan hadiah terindah dari Allah bagi setiap pasangan suami isteri.

Baru-baru ni, sahabat aku datang ke UIA. Dia bawa anak dia yang baru berusia 5 bulan. Comel sangat-sangat. Comel kan anak dia?

Bile ye agaknye aku nak dapat anak yang comel macam ni???
Dengan selamba dia cakap: “Kalau nak, kawin lah dengan orang Pakistan. Abang dia single lagi. Tapi kena duduk kat sana laa sebab abang dia taknak keluar dari sana”.
Haha.. Aku gelak je, sebabnye kalau nak kena hambat dengan ibu dan ayah aku cuba la buat…

Di Sebalik Diri Ini…


Aku suka tengok cerita-cerita fairy tales dan juga cerita-cerita yang berkaitan dengan seorang puteri. Dari kecil sampailah sekarang aku masih suka tengok cerita-cerita yang macam ni. Dan akibatnya… aku teringin sangat nak jadi PUTERI MAHKOTA. Huhuhu… Apa yee perasaan jadi seorang puteri ni?? Seronok atau membebankan?? Aku tiada jawapannya… Hahaha..

Syafa!!! Please stop dreaming. Impian yang sudah pastinya tidak akan tertunai. Ini semua karut dan merepek je kan??? Tapi inilah yang aku rasa…tak tau la kenapa aku nak sangat jadi seorang puteri. Sebab apa ye?? Mungkin sebab dah terpengaruh dengan cerita-cerita yang aku dah tengok kot…

Hmm… ni dah macam subjek Creative thinking plak dalam tajuk Provocation and Movement iaitu wishful thinking.. PO! I wish I can be a crown princess…Huhu. A wish that is impossible to fulfill. Tapi setiap individu tu bebas kan untuk mempunyai impian gile.

* Sekarang ni, aku dah pun menjadi seorang puteri. Tapi puteri di hati ibu dan ayah laa.. Dan disebabkan ini jugaklah nama blog aku puteriku sayang…huhu




ISU ISRAEL – GAZA : SUATU PENJELASAN


Palestin, bumi bersejarah umat Islam. Di situlah sejarah kiblat pertama wujud di dunia. Bumi mulia, sehinggakan dipilih Allah sebagai tempat yang terbaik di kalangan terbaik. Mulanya catatan sejarah baginda nabi junjungan mulia dalam peristiwa isra’ dan mikraj. Hari ini, Palestin sebagaimana yang diketahui umum, negara umat Islam yang ditindas penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh kaum zionis laknatullah. Wujud dua kelompok pilihan hati sanubari rakyat dalam memperjuangankan umat Islam di bumi Palestin. Sungguhpun pertelingkahan masih berterusan antara mereka, Hamas dilihat amat memahami keperluan umat, dengan menyatakan sokongan kepada fatah untuk turut serta dalam kerajaan meskipun fatah kalah teruk dalam pilihanraya lepas. Ini diakui sendiri oleh Jimmy Carter, mantan Presiden AS bahawa kemenangan hamas dalam pilihanraya 2006 itu merupakan pilihanraya yang bebas dan telus. Hamas menang 72 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan. Sejarah hamas bermula pada Disember 1987 ketika mana peristiwa di khemah pelarian di Jabaliya yang menyaksikan pembunuhan kejam rakyat Palestin oleh Israel laknatullah. Ia juga merupakan intifada pertama yang wujud disusuli intifada kedua pada tahun 2001.

Tahun 1948 merupakan tahun bersejarah yang harus diingati, tahun kelahiran Israel di bumi mulia Palestin, kemasukan secara haram (illegal migration), berterusan hingga hari ini. Harus diingat, slogan seperti “hamas menyerang balas menggunakan roket…kepada Israel” sering dipaparkan dalam media perdana seolah-olah Hamas bersalah, hakikatnya, tindakan Hamas adalah tindakan yang tepat dalam usaha untuk mengusir zionis dari bumi mulia mereka. Hari ini media kita di Malaysia gagal memberikan fakta sebenar selain gagal memberikan objektif yang tepat tentang itu. Penentangan terhadap Israel bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam sendiri, malah atas kesedaran “human right”, ramai penganut agama lain bersimpati dan memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Penentangan berterusan terhadap Israel diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan tindakan eg: Hugo Chavez, Evo Morales, Erdogan etc.

Tekanan antarabangsa untuk diadakan genjatan senjata, kurang berkesan. Hakikatnya askar-askar Israel lebih gembira jika mereka direhatkan. Hari pertama, “friendly fire” antara askar-askar Israel sesama mereka menunjukkan kelemahan mereka dalam pertempuran “face to face”. Serangan roket hamas sebenarnya sangat digeruni oleh penduduk Israel lantas diperbanyakkan pembinaan terowong-terowong bawah tanah untuk menyelamatkan diri. Para ibu di Palestin bangga dengan kelahiran pejuang-pejuang yang mereka lahirkan. Ia dilihat sebagai kesinambungan kepada perjuangan. Negara-negara Islam lain dilihat pasif untuk membantu Palestin kecuali Turkey. Kebanyakkan “monarch regime” lebih cenderung menyokong AS. Pengharapan kepada Negara arab timur tengah yang lain hanya sia-sia, malah Mesir sendiri menutup pintu sempadan untuk laluan bantuan kemanusiaan. Bagi Palestin, apa pun keadaannya, perjuangan tetap diteruskan, bukan kemenangan yang dipinta, tapi cukup untuk pembebasan negara mereka dari dijajah!


Dibentang ketika usrah di UM pada 5 Feb 09 oleh saudara Hasnul Hanif Harun