My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 31, 2009

BUKAN PEREMPUAN BIASA…


Bukan perempuan biasa
Bila hatinya masih lagi tenang walaupun seringkali dihiris dan dicalari
Bukan perempuan biasa
Andai bibirnya masih menguntum senyum walau cairan pekat merah pernah mengalir melaluinya…

Bukan perempuan biasa
Setelah selautan onak dan duri diredahi seusia hidup di muka bumi
Setelah jiwanya disakiti hatinya dilukai, namun jiwanya masih mampu teguh berdiri

Hakikatnya dia berdiri seorang diri, bersama hati sekeras wajah
Menempuh cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan

Kesedihan ibarat bayang-bayang setia yang mengekori
Kedukaan silam bagaikan cermin di hadapan diri, kenangan maha perit sudah tidak mampu ditepis lagi
Namun, selagi mendung berarak kelabu, perjuangan hidup masih belum sampai ke penghujung
Langkah tetap diatur penuh keakuran pada setiap takdir dan ketentuan

Bukan perempuan biasa
Selagi ikrar di hati teguh terpateri, tembok kebencian takkan runtuh
Ketabahan hati takkan luluh, ketahanan diri takkan roboh
Bukan perempuan biasa
Jiwa dan peribadinya takkan dapat diselami, kesedihan lampaunya mustahil untuk dijejaki
Rintihan hatinya tidak akan mampu dimengerti

Sungguh,
Bukan perempuan biasa
Tangisan dan senyumannya terlalu sukar untuk ditafsirkan
Tidak akan dapat dibezakan

Itu hakikat
Itu kebenaran

Perempuan itu
Di tangannya setangkai mawar berduriDi hatinya sebuku racun berbisa



Thursday, January 29, 2009

Rindu Bersama Mu...


Ya Allah...


Dzat yg maha perkasa dlm mencipta


Ketika kutengadahkan mukaku untuk menatapmu


Yg tampak adalah awan biru


Ketika kutundukkan kepala dlm khusyu' solatku


Yg nampak adalah bekas keningku





Ketika aku menoleh ke kanan


Yg tampak adalah anak-anak jalanan


Sedang menengadahkan tangan mencari makan


Ketika aku menoleh ke sebelah kiriku


Kulihat seorang ibu dgn penuh kasih sayang


Mendakap puteranya yg lagi menangis kehausan


Ketika kutebarkan pandanganku jauh kedepan


Kulihat tetumbuhan yg begitu indah dan menawan





Ya Rahman...


Semua yg engkau cipta mempunyai makna


Engkau adakan diriku agar mengabdi kepadamu





Nyatalah sudah


Dari setiap benda dan peristiwa


Di sana tampak wajahmu nan elok dan mempesona


Andaikan engkau tetapkan waktu dibumi ini menjadi


Seribu jam, atau bahkan lebih...aku tiada peduli


Akupun tetap bersamamu


Kerana menyaksikan setiap karya ciptamu


Membuat hati menjadi rindu...

9 Siti Yang Harus Di Contohi...


1)SITI KHADIJAH

Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda.
Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentang
hebat olah orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantar
makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'.

2)SITI FATIMAH

Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasih
dan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun
Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut.
Rasulullah pernah berkata ,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehingga Ali memaafkan kamu."

3)SITI AISYAH

Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan
bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,
disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakanbekas yang sama.

4)SITI HAJAR

Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT.
Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikkan.Berjuang
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali)

5)SITI MARIAM

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk
mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya.

6)SITI ASIAH

Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

7)SITI AMINAH

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda
menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.

8)SITI MUTI'AH

Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah
SWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup
menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukul
suami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemas
hanya untuk tatapan suami sahaja.

9)SITI ZUBAIDAH

Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi
kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT.

9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah
Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 pada tahun 2007 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Bahang Pilihan Raya Kampus (PRK)...


Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus baru saja selesai. PRK kali ini agak sengit dengan calon-calon yang mantap dari pelbagai segi. Tapi yang menjadi persoalannya sekarang mengapa ada pihak yang cuba hendak menjatuhkan PKPIM?? Adakah mereka takut dan gentar dengan calon PKPIM?? Tiada siapa yang mampu menjawab persoalan ini melainkan pihak yang terlibat.

Apa sebenarnya yang mereka hendak capai?? Adakah mereka terlalu gilakan kuasa sehingga sanggup memburukkan pihak lain. Sepatutnya PRK hendaklah dijalankan secara adil dan bersih dari segala unsur-unsur kotor. Bagi PKPIM kalah atau menang bukan menjadi matlamat utama kami. Tapi apa yang penting adalah idealisme pelajar dan kesatuan hati dalam menggerakkan kerja masing-masing.

Sedarlah wahai pihak yang terlibat…
Sebagai umat Islam, apa yang penting adalah kesatuan hati di dalam menegakkan amar ma’ruf nahi munkar bukannya menjatuhkan atau memburukkan pihak lawan seolah-olah pihak lain adalah organisasi kafir. Sedarlah jika kalian terus-terusan begini apa yang akan terjadi dengan masa depan negara pada masa akan datang. Kuasa atau pangkat bukanlah segala-galanya. Tapi apa yang penting adalah kesatuan hati di dalam memikul beban dakwah dan menpertahankan agama Islam. Sebagai organisasi Islam kita seharusnya berganding bahu bukannya berpecah-belah atau bermasam muka sesama sendiri…

Fikir-fikirkanlah…kerana apabila di akhirat kelak kita tidak akan ditanya kamu datangnya dari organisasi atau persatuan mana?? Kita semua adalah sama…berpegang pada agama yang sama… menjadikan al-Qur’an dan sunnah sebagai pegangan utama.

Friday, January 16, 2009

Sejarah Jatuh Bangun Umat Islam


Kegemilangan Islam:

Di zaman Rasulullah sahabat dan khalifah sehingga khalifah Osmaniah (Aqidah dan ilmu)

Zaman Kejatuhan:

- Kerajaan Islam di Sepanyol (Cordoba-1492)
- Kerajaan Islam Melayu Nusantara 1511
- Kerajaan Khalifah Osmaniah di Turki 1920an
- Kewujudan negara zionis Israel 1948 melalui penaklukan Palestin

Bagaimana Penjajahan Di Zaman Moden Dilakukan oleh musuh Islam?

- Peperangan seperti: perang Bosnia, Iraq, Afghanistan, Lubnan (Perang Salib)
- Politik – gerakkan demokrasi/ hak asasi dan lain-lain
- Ekonomi – perjanjian perdagangan seperti badan kewangan/ IMF perjanjian perdagangan bebas (FTA)
- Ketenteraan – penciptaan senjata-senjata baru terkini
- Menyalahgunakan teknologi seperti ICT untuk penyebaran khabar angin, propaganda, al-Quran palsu, ajaran sesat, bahan lucah, dan hiburan melampau
- Penjajahan pemikiran dan sesat – mewujudkan ideologi-ideologi moden, pemikiran baru seperti komunis, demokrasi, sosialis, kapitalis, materialisme, saintisme, dan globalisasi.
   

Jeritan Batin…


Yang Dicari,
Walau bukan putera raja, biarlah putera agama…
Yang Diimpi,
Biarlah tak punya rupa, asal sedap mata memandang…
Yang Dinilai,
Bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati…
Yang Diharap,
Bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat…
Yang Datang,
Tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam…
Yang Dinanti,
Bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia…
Dan yang akan terjadi,
Andai tak sama dengan kehendak hati, 
Aku redha dengan ketetapan Illahi,
Kerana itulah ketentuan sejak azali…



"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”



Aku menulis kerana aku keliru, hanya dengan penulisan mampu menenangkan jiwa yang rawan. Aku keliru diantara menerima pada sesuatu yang pasti atau menunggu pada sesuatu yang tidak pasti…??

Aku harus kuat kerana bagiku dugaan hati dan perasaan adalah dugaan terberat buat diriku yang lemah lagi jahil ini. HEWI, jika terlalu memikir mengenai hati dan perasaan akan hilang idealismenya. Maaf tak terhingga buat teman-teman seperjuangan…terutamanya mama HEWI.. ;)