Hati manusia adalah tempat pandangan Allah swt. Ia merupakan tapak semaian iman, tempat bertunas dan bercambah ke seluruh anggota badan dalam bentuk amalan yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah tertanam di dalam hati.
Hati manusia adalah tempat yang telah dipilih oleh Allah swt sebagai wadah ataupun bekas kepada fitrah, akal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari adalah sentiasa jujur dan benar walaupun terkadang mulut pandai berbohong dan tangan berani mengambil sesuatu yang haram.
Hati manusia pula adalah raja bagi seluruh anggota badan. Ia merupakan sumber pergerakan dan tindakan, maka apabila hati itu baik akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila hati itu rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan. Maka hati yang baik akan menyuruh anggota badannya berbuat kebaikan dan sebaliknya hati yang rosak akan menyuruh anggota badan berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Pada mulanya, hati setiap insan adalah baik. Hati seseorang telah diciptakan oleh Allah swt menerusi fitrah manusia yang semulajadi yang meminati dan mencintai setiap yang baik dan membenci setiap yang tidak baik. Kemudian Allah menyempurnakan pemberianNya kepada insan dengan mengutus para Rasul yang membimbing manusia ke jalan kebenaran dan juga Allah swt menurunkan kitab-kitab untuk menjadi pegangan dalam hidup di dunia ini dan untuk menjamin kebahagian mereka di akhirat nanti.
Akan tetapi, manusia mempunyai musuh yang sangat pandai dan sangat mendendam kepadanya, iaitu Iblis yang telah bersumpah di hadapan Allah swt untuk menyesatkan manusia. Iblis selalu menggoda hati manusia dan ia berusaha untuk membalut fitrah suci yang ada di hati manusia dengan balutan daripada hawa nafsu, syahwat, tamak, cinta dunia dan sebagainya. Iblis tidak pernah dan tidak akan berputus asa di dalam mencapai matlamatnya iaitu menyesatkan manusia.
* Keikhlasan dan ketulusan hati manusia sangat sukar untuk di nilai melalui mata kasar kerana rahsia di hati tiada siapa yang tahu melainkan pemilik dan pencipta hati…
Duhai hati…bersabarlah dikau dengan segala ujian dan dugaan yang datang menimpa. Berhenti dari terus menangis dan merintih. Hati…kau perlu kuat dan tabah kerana disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Percayalah dan yakinlah dengan ketentuan Allah…Dia lebih mengetahuinya. Hati…sebenarnya kau dah terlalu penat dan lemah. Kau harus bangkit!!! Jangan jadi terlalu lemah… Jangan terlalu memikir… Jangan jadi terlalu sedih… Sebaliknya senyumlah dikau.
Duhai hati…sucilah dikau dari segala kekotoran. Agar kau mampu untuk terus bertahan. Jadilah dikau seperti hati-hati yang bersifat kental dan kuat. Hati…berhentilah dikau dari terus menangis kerana air mata yang keluar adalah air mata sia-sia. Sebaliknya banyakkan bermunajat dan berzikir kepada pemilik hati sebenar… Padamkan segala kegusaran, keresahan dan kesedihan yang bertandang kerana dihadapanmu banyak lagi perkara-perkara yang harus kau depani dan tangani sebaik mungkin…

1 comment:
"Awasilah pandangan matamu dan peliharalah pandangan hatimu"
Hati-hatilah dengan hatimu..
Jangan biarkan ia terpedaya..
Post a Comment