My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 28, 2009

ISU ISRAEL – GAZA : SUATU PENJELASAN


Palestin, bumi bersejarah umat Islam. Di situlah sejarah kiblat pertama wujud di dunia. Bumi mulia, sehinggakan dipilih Allah sebagai tempat yang terbaik di kalangan terbaik. Mulanya catatan sejarah baginda nabi junjungan mulia dalam peristiwa isra’ dan mikraj. Hari ini, Palestin sebagaimana yang diketahui umum, negara umat Islam yang ditindas penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh kaum zionis laknatullah. Wujud dua kelompok pilihan hati sanubari rakyat dalam memperjuangankan umat Islam di bumi Palestin. Sungguhpun pertelingkahan masih berterusan antara mereka, Hamas dilihat amat memahami keperluan umat, dengan menyatakan sokongan kepada fatah untuk turut serta dalam kerajaan meskipun fatah kalah teruk dalam pilihanraya lepas. Ini diakui sendiri oleh Jimmy Carter, mantan Presiden AS bahawa kemenangan hamas dalam pilihanraya 2006 itu merupakan pilihanraya yang bebas dan telus. Hamas menang 72 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan. Sejarah hamas bermula pada Disember 1987 ketika mana peristiwa di khemah pelarian di Jabaliya yang menyaksikan pembunuhan kejam rakyat Palestin oleh Israel laknatullah. Ia juga merupakan intifada pertama yang wujud disusuli intifada kedua pada tahun 2001.

Tahun 1948 merupakan tahun bersejarah yang harus diingati, tahun kelahiran Israel di bumi mulia Palestin, kemasukan secara haram (illegal migration), berterusan hingga hari ini. Harus diingat, slogan seperti “hamas menyerang balas menggunakan roket…kepada Israel” sering dipaparkan dalam media perdana seolah-olah Hamas bersalah, hakikatnya, tindakan Hamas adalah tindakan yang tepat dalam usaha untuk mengusir zionis dari bumi mulia mereka. Hari ini media kita di Malaysia gagal memberikan fakta sebenar selain gagal memberikan objektif yang tepat tentang itu. Penentangan terhadap Israel bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam sendiri, malah atas kesedaran “human right”, ramai penganut agama lain bersimpati dan memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Penentangan berterusan terhadap Israel diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan tindakan eg: Hugo Chavez, Evo Morales, Erdogan etc.

Tekanan antarabangsa untuk diadakan genjatan senjata, kurang berkesan. Hakikatnya askar-askar Israel lebih gembira jika mereka direhatkan. Hari pertama, “friendly fire” antara askar-askar Israel sesama mereka menunjukkan kelemahan mereka dalam pertempuran “face to face”. Serangan roket hamas sebenarnya sangat digeruni oleh penduduk Israel lantas diperbanyakkan pembinaan terowong-terowong bawah tanah untuk menyelamatkan diri. Para ibu di Palestin bangga dengan kelahiran pejuang-pejuang yang mereka lahirkan. Ia dilihat sebagai kesinambungan kepada perjuangan. Negara-negara Islam lain dilihat pasif untuk membantu Palestin kecuali Turkey. Kebanyakkan “monarch regime” lebih cenderung menyokong AS. Pengharapan kepada Negara arab timur tengah yang lain hanya sia-sia, malah Mesir sendiri menutup pintu sempadan untuk laluan bantuan kemanusiaan. Bagi Palestin, apa pun keadaannya, perjuangan tetap diteruskan, bukan kemenangan yang dipinta, tapi cukup untuk pembebasan negara mereka dari dijajah!


Dibentang ketika usrah di UM pada 5 Feb 09 oleh saudara Hasnul Hanif Harun

No comments: