My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 17, 2009

Cinta Teragung..


Ketika aku terlibat dengan program Musabaqah tilawah al-Quran, aku mengisi masa yang terluang dengan membaca buku “Tentang Cinta” yang ditulis oleh Ust Pahrol Mohd Juoi. Komiti2 yang lain sedang bersembang manakala aku khusyuk membaca buku sehinggalah satu suara menegur aku.

“Buku apa yang akak baca tu”
“Buku Tentang Cinta”
“Wah! Hebat. Boleh akak kongsi apa yang dah akak baca”
“Hmm, boleh je” (aku pun mulala cerita apa yang dah aku baca. Antaranya tentang couple, batas-batas perhubungan, dan cinta itu harus berlandaskan pada siapa. Walaupun penat bercerita… J aku teruskan je dengan harapan hati mereka akan terbuka dan mengambil iktibar dengan apa yang aku ceritakan tadi)
Sehiggakan adik tu cakap…
“Lepas ni kalau nak kuar dating nak ajak Kak Syafa la teman”
Aku hanya tersenyum…

Tapi apa yang terjadi lepas tu… Aku tengok dia asyik ngan awek dia seperti tak boleh nak berenggang langsung. Sampaikan bile dia nampak aku dia boleh cakap…
“Oopps…kantoiii”
Rupa-rupanya dia lagi malu pada aku daripada dia malu pada Allah. Aku pun bukannya sempurna dan bagus sangat. Cuma kadang-kadang manusia ni selalu lupa. Jadi tak salah kalau kita saling ingat-mengingati…




Cinta Agung…




Remaja harus sedar bahawa jika cinta diberikan pada manusia, ada kemungkinan cinta itu akan dirobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya atau disembuhkan-Nya. Betapa banyak cinta yang tidak berbalas atau dikhianati. Gila bayang, angau dan patah hati… Padahal jika hati itu diserahkan kepada Allah, pasti diterima.

Supaya tidak kecewa, kata pepatah, “Mengadulah pada yang sayang, merajuklah pada yang kasih”. Supaya cinta berbalas, cintailah orang yang mencintai kita, bukan orang yang hanya kita mencintainya (dia tak cinta). Bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Kalau hukum ini kita ikuti… tentulah kita akan mencintai Allah. Sebab Allah memang telah terbukti mencintai kita, walaupun kita sering melupakan-Nya. Kasih Tuhan terhadap kita melebihi kasih ibu terhadap anaknya.

Mengapa kita abaikan cinta Tuhan? Sedangkan mencintai-Nya pasti tidak dikecewakan. Hadis Qudsi daripada Rasulullah s.a.w.:

“Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang kepada-Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah”.

Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang tinggi kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w. dan barulah pada makhluk-makhluk lain. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Di dunia hati akan tenang selaras dengan janji Allah dalam al-Quran:

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. (Ar-Ra’d 13: 28)

Dan di akhirat nanti ketika semua kekasih lari daripada kekasihnya – semuanya mementingkan diri sendiri – aku, aku; kamu, kamu; namun para kekasih Allah tetap tenang kerana KEKASIH sejati tetap setia di sisi. Firman Allah:

“Hari akhirat hari di mana tidak berguna anak pinak dan segala harta kecuali orang membawa hati yang sejahtera”. (Asy-Syuara 26: 88-89)


Hati yang sejahtera itulah hati yang mencintai Allah. Itulah janji Allah, sesungguhnya Allah adalah ‘Kecintaan’ yang tidak pernah memungkiri janji. Cinta Allah adalah taraf cinta yang paling agung. Namun, cinta kepada Allah hanya akan lahir pada orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Ya, hanya mereka yang kenal kebaikan, kekayaan, keindahan Allah akan mencinta-Nya. Segala yang diidamkan oleh manusia ada pada Allah. Bahkan cinta itu sendiri pun datangnya dari Allah. Hukama ada mengatakan, bahawa cinta adalah ‘hadiah’ terbesar daripada Allah untuk manusia. Dengan ‘hadiah’ itu terciptalah perhubungan cinta antara sesama manusia. Sehingga dengan itu Allah izinkan makhluk-Nya yang lain cinta pada kita.

2 comments:

Isma Ae Mohamad said...

Saya pernah membaca buku itu. Paling saya suka lolucon tentang lukisan apa paling senang dilukis--gambar hantu.

Ya, memang sukar untuk mempraktikannya apa yang disaran.

3p4h said...

Wah nk komen psl bdk 2 malu kat akak..

Aritu ada kwn sy (prempuan la), dia malu nk kuar mkn ramai2 sbb sya ada. Sebabnya dia free hair.. Sya ok je.

pastu bl da kuar mkn ramai2 n da blk blik, dia msg n dia ckp;

"Aku bkn xnk pakai tdung, tp ak msih x dpt kekuatan utk itu. Tggu dtg seru la. Lgpn aku baru sedar uh aku patut malu dgn Allah, bkn dgn kau (sya laa mksudnya)"

p/s: Moga dia diberi ptunjuk utk itu. Ameen