My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 2, 2009

Ya Allah…Berikan Dia Kekuatan

Disebalik sekeping hati yang ceria, rupanya terselit sebuah kedukaan yang tidak aku jangka. Selama ini, aku fikirkan engkau bahagia dengan hidupmu walau pelbagai onak dan duri terpaksa engkau tempuh.

Aku rasa bersalah kerana mungkin kau memikirkan yang aku langsung tidak memahami dirimu…Percayalah, sebenarnya aku sangat terkejut. Rupanya selama ini, engkau telah memendam seribu keperitan dan kedukaan seorang diri. Aku cuba mempositifkan dirimu agar kau tidak terlalu terluka dengan cuba memandang masalah yang kau hadapi dengan fikiran terbuka. Tapi katamu: “Apalah daya seorang wanita melainkan diam dan terus memendam”. Aku cadangkan agar kau luahkan. Tapi katamu: “Ego seorang lelaki sangat tinggi. Dia tak boleh nak menerima dan mengakui kesalahannya sendiri”. Betulke begitu?? Walau kita cuba cakap dan menasihati dengan lembut dan berhikmah?? Tapi bagiku, dia boleh mendengar kalau cuba berdiplomasi. Katamu, kau lebih memahami dia lebih dari aku.

Ketahuilah olehmu yang aku menangis sendiri bila mengetahui apa yang sebenarnya terpendam dalam hatimu. Aku tak mampu nak buat apa-apa…melainkan menjadi sumber kekuatan dirimu. Aku hanya mampu menasihatimu agar kau terus kuat dan jangan jadikan kedukaanmu sebagai sebab untuk kau terus lemah dan hilang kekuatan untuk terus hidup. Ketahuilah olehmu yang selama ini kau merupakan sumber inspirasiku untuk terus kuat menjalani liku-liku hidup ini. Jadi, kita saling perlu-memerlukan diantara satu sama lain. Kita harus sama-sama kuat menongkah dugaan dan cabaran yang Allah berikan buat kita.

Bangkitlah engkau menjadi seorang wanita yang tabah.. Bersabarlah dikau diatas apa yang terjadi kerana sabar itu tiada hadnya. Kita tak boleh menghadkan sabar. Sabar juga merupakan separuh dari iman. Allah maha adil dan hanya Dia yang mampu melembutkan hati hambanya. Nasihatku agar kau banyakkan bersabar dan berdoa kerana syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya. Aku tahu, jauh disudut hatimu…engkau menyayangi dia cuma kadang-kadang egonya yang membuat kau makan hati.

Mendengar kisah-kisahmu membuatkan aku takut untuk memikirkan kehidupan aku dikemudian hari nanti…Mampukah aku untuk menjadi setabah dan sekuat engkau???Kuncinya adalah letakkan sepenuh kesabaran, cuba menerima seadanya dan banyakkan berdoa…

No comments: