Apa yang aku maksudkan dengan melangkah ke alam baru adalah dunia praktikal. Selama ini aku hanya dengan dunia kampus, sekarang aku kena belajar untuk menempuhi pra-dunia luar sebelum aku betul-betul menempuhinya. Banyak juga onak dan dugaan yang perlu aku tempuhi sepanjang praktikal ini. Inilah lumrah sebuah kehidupan.
Aku praktikal di Arkib Negara, Jalan Duta. Aku ditempatkan di cawangan akses. Konsep kerja di cawangan ini sama konsepnya dengan bekerja di perpustakaan. Cuma ada beberapa perbezaan sahaja. Barulah aku rasa sekarang, penat bekerja dengan penat belajar ini jauh bezanya. Bayangkanlah, sepanjang praktikal ini aku akan tidur seawal jam 9.30 malam berbeza dengan waktu tidur aku di kampus. Di kampus, paling awal aku tidur pada jam 12.00 malam. Huhu.
Minggu pertama praktikal, aku merasakan seperti jiwa aku tidak ada di sini. Aku rasa macam nak berhenti dari meneruskan praktikal. Perasaan nak duduk di rumah semakin membuak-buak. Setiap hari aku akan merungut dekat sahabat aku menyatakan rasa hati yang nak berhenti praktikal. Iyalah, banyangkan…hari pertama paraktikal macam-macam yang terjadi pada diri ini. Aku tak tau macam mana nak pergi ke arkib dengan pengangkutan awam. Semuanya sahabat aku yang tolong carikan nombor bas. Dahlah nombor bas salah, aku tak salahkan dia tapi aku sangat berterima kasih pada dia sebab sudi membantu aku. Disebabkan kesuntukkan waktu, aku ambil teksi dari KL Sentral ke Arkib Negara. Lebih sedih lagi bila pakcik teksi tu cakap yang dia pun tak tau arkib kat mana. Aku cakap kat pakcik tu: “Pakcik jalan je lah, nanti kita sama-sama cari”. Aku dah malas nak fikir sebab masa dah suntuk. Nasib baik aku dapat cam jalan, kalau tak,tak tau lah sebab aku ni memang lemah dalam mengecam jalan. Mungkin Allah nak permudahkan…Dan yang lebih teruk lagi, malam sebelum tu, ketika aku nak menggosok baju, baju aku habis terbakar sebab tak perasan yang seterika tu dah terlalu panas…huhu. Malam tu, aku terus menelefon ayah dan ibu menceritakan pengalaman hari pertama praktikal. Ayah cakap: “Tak pe, nanti ayah ganti baju yang terbakar tu dengan baju yang baru”. Ibu pulak cakap: “Biasalah, pengalaman2 macam tu lah yang akan mematangkan lagi diri kita”.
Alhamdulillah, dah hampir sebulan aku praktikal…ada lagi sebulan untuk aku teruskan. Sekarang ni aku dah rasa seronok berpraktikal. Perasaan nak bekerja tu dah semakin membuak-buak. Banyak jugak yang aku pelajari di sini terutamanya tentang sejarah. Tanpa sejarah, siapalah kita. Tanpa sejarah lalu, sesebuah negara tu takkan berkembang dan maju. Manusia juga begitu, untuk terus maju ke hadapan dia harus belajar dari kesilapan lampau. Sains dan teknologi juga mampu berkembang dengan pesat hasil daripada penemuan-penemuan orang-orang terdahulu. Sebenarnya, semangat sejarah telah menular ke dalam diri aku sebabnya hampir setiap hari aku berdebat dan mendengar ceramah yang panjang tentang sejarah…huhu.
1 comment:
Salam sayang utk sahabatku syafa...
Aku pon practikal gak...
X sangka geng2 kita ramai yg practikal..
Memasing dah benar2 mendekati alam kehidupan masing2..
Shida, Diba, aku, kau...
Rindu nak berkumpil semula...
Inilah nikmat bersahabat, semakin jauh semakin sayang, semakin menghargai jalinan yang ada...
Biar jauh dimata, dekat dihati...huhu..
Anyway, nice to read your blog..
Wuat a very good wtiting... (n_n)
~Aku dah nak abes practikal...lalala...~
Post a Comment