My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 15, 2009

Tamrin Nisa' (KAMUS 09)

Antara orang yang banyak membantu menjayakan Tamrin Nisa'....

Peserta bergambar bersama penceramah jemputan...
Aktiviti riadah sebelum memulakan program bagi mengelakkan mengantuk....




Alhamdulillah...Kem latihan dan kepimpinan mahasiswi unggul (KAMUS 09) telah selamat berlangsung pada 20-22 Februari yang lalu. "Mujahidah Solehah Pemangkin Survival Ummah", ini adalah tema untuk tamrin nisa' pada kali ini.
Antara objektif tamrin nisa’ kali ini adalah ingin melahirkan HEWI yang lebih berkredibiliti dalam menongkah cabaran dan dugaan serta melahirkan HEWI yang berilmu dan kukuh jatidiri.

Slot-slot pula telah diisi oleh penceramah-penceramah yang mempunyai pengalaman luas dalam hal-hal semasa yang melanda wanita dalam era ini. Antara topik yang hangat dibincangkan adalah Sister In Islam (SIS) dan politik hari ini.

Selain itu, demi melahirkan wanita yang sihat, cergas dan tangkas, pihak penganjur telah menyelitkan aktiviti lasak iaitu mendaki Gunung Dato’ yang saya rasa agak tinggi dan mencabar. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat sabar dan bekerjasama diantara satu sama lain. ‘Badan Sihat, Otak Cergas’.

Kemelut yang berkocak dewasa ini memaksa HEWI kembali menganalisa tahap potensi diri dari segenap wacana, ianya bagi memacu halatuju yang jelas dalam mencorak generasi kalis ujian dan mehnah tribulasi.

Keilmuan yang benar-benar mantap merupakan satu tuntutan yang amat penting ke atas bahu setiap HEWI. Dalam konteks ini, HEWI perlu mampu membezakan di antara fiqh yang boleh berubah-ubah atau dinamik mengikut keadaan, dan syariat yang tetap. Dengan cara ini pemikiran akan lebih terbuka dan pelaksanaan oleh HEWI akan menjadi lebih kreatif dan inovatif tetapi tetap harmonis dengan aspirasi Allah Taala.

HEWI kini mestilah berperanan dengan lebih instrumental dalam horizon yang lebih menyeluruh. Segala permasalahan semasa berkaitan wanita yang terjadi perlu dihadapi dengan penuh hikmah dan bukanlah responsive pada masa-masa tertentu sahaja. Oleh itu, kesedaran dan sensitiviti dalam diri perlu digarap dengan lebih efisyen.

No comments: