Bagaimana rasa manisnya ukhuwwah??
Manisnya ukhuwwah bila susah sama susah, bila senang sama senang. Bila berjauhan terasa rindu. Bila sesuatu musibah menimpa kita turut terasa bahangnya walau berjauhan di mata. Bila sahabat melakukan kesilapan kita cuba menegur dan menerima dengan perasaan kasih dan sayang tanpa terasa hati. Bila pahit, sama-sama kita telan. Bila manis, sama-sama kita kongsi. Cuba memberi dan menerima seadanya walau macam mana sekalipun sifat sahabat. Sanggup berkorban apa sahaja hatta harta dan nyawa.
Manisnya ukhuwwah bila kita sama-sama mengharungi onak dan duri dengan hati yang tenang. Saling lengkap-melengkapi tanpa ada rasa jurang yang jauh. Saling berfikiran positif walau apa pun yang terjadi.
Senang ke untuk merasai manisnya ukhuwwah??
Jawapannya susah bila dalam hati ada perasan benci. Dalam hati ada perasaan dengki-mendengki. Dalam hati penuh dengan rasa tidak puas hati. Dalam hati dan fikiran sentiasa dilitupi dengan tanggapan-tanggapan negatif. Dalam hati penuh dengan sifat pilih kasih dan berat sebelah.
Kita belum lagi rasa manisnya ukhuwwah tatkala…
Bila berdua, akulah segalanya.
Bila bertiga, aku jauh dipinggirkan.
Bila susah, aku yang dicari.
Dan bila senang tak dinafikan, kadang-kadang aku dilupakan.
Betapa susahnya untuk merasai manisnya ukhuwwah bila ada rahsia diantara kita.
Ada perkara yang tak boleh aku ketahui dulu.
Bertambah susah kerana kita hanya manusia biasa.
Kita tak tahu, kadang-kadang ada hati yang terasa.
Ada hati yang terasa dia seperti dipinggirkan.
Ada hati yang terasa dia seperti tidak diperlukan…
Sifat saling terima dan menerima serta faham-memahami adalah unsur yang paling penting untuk mencapai serta merasai betapa manisnya ukhuwwah. Dan akan bertambah dirasai bila segala sesuatu itu dilakukan kerana Allah.
No comments:
Post a Comment