My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 12, 2010

Idaman Hati (^_^)~


1st choice


2nd choice


3rd choice

Wednesday, March 31, 2010

Bahagia...


"Memberi akan lebih gembira daripada menerima dengan syarat kita memberi dengan kasih sayang. Tanpa kasih sayang, kita tidak akan gembira dengan memberi.
Justeru, awas....
sekiranya kita memberi tetapi tidak gembira lagi bererti kasih sayang dalam diri telah terjejas."

Aku gembira kerana hari Ahad lepas,
Aku dapat hadiah dua buah buku....
Kelmarin aku dapat coklat....
Semalam pun aku dapat coklat lagi....

Akan datang pada 25 April,
Aku bakal menerima teddy bear besar....

Aku bersyukur pada kalian kerana membuat aku bahagia sekali....
Moga-moga pahala yang besar milik kalian kerana membuat orang lain gembira....

Aku bersyukur padaMu Ya Illahi,
Kerana Engkau membuat aku bahagia dan gembira melalui mereka semua....

Monday, March 29, 2010

Moga Ini Yang Terbaik...



Aku mengharapkan agar ini adalah entri yang terakhir aku tulis tentang hal ini…

Telah ramai yang aku tanyakan pendapat. Ada yang memberikan jawapan yang positif dan ada juga yang memberikan jawapan yang negatif. Antara negatif dan positif sama sahaja imbangannya…

Tapi….antara pendapat yang benar-benar buat aku takut dan terdorong untuk buat keputusan secepat mungkin adalah pendapat dari seorang senior ni:

“Baik ko tolak je”

Kenapa?

“Sebab dia seorang yang terburu2…kalau dia terburu-buru nak kawin, dia juga akan terburu-buru untuk melafazkan cerai dan dia juga akan terburu-buru untuk pukul bantai tanpa sempat tahu sebab dan alasan”

Biar betul??takutnye dengar..

“Bercakap berdasarkan pengalaman dan sebagai seorang lelaki yang dah berkawin”

Disebabkan hal inilah aku patutnya kena fikir kembali…

“Perempuan tak boleh kawin sebab kesian. Tapi, lelaki boleh kawin sebab kesian”

Kenapa pulak??

“Adalah rahsianya….”

Allah berfirman dalam Surah ar-Rum:21 yang bermaksud:

“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan(jodoh) bagi kamu daripada(makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu”

Aku rasa hati aku tidak cenderung kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Yang ada cuma rasa risau dan gelisah serta tidak yakin. Aku juga susah nak buat keputusan sebab dalam hati aku penuh dengan rasa kesian kerana dia begitu yakin dan bersungguh sedangkan aku tidak.

Mungkin dia bukan jodoh aku walaupun peluang hanya datang sekali je seumur hidup. Aku yakin dengan petunjuk yang Allah berikan serta aku yakin dengan gerak hati ini. Yang jodoh aku dengan orang yang benar2 boleh menjadi pendorong aku untuk terus bergiat aktif dalam gerak kerja dakwah yang aku cintai ini, bukannya dengan orang yang hanya ingin menakluki. Aku belum bersedia untuk menjadi pasif. Masih banyak yang perlu aku terokai.

Walaupun dia tak pernah nak nampak dan menyedari kehadiran aku, tapi aku yakin dengan petunjuk yang datang serta gerak hati yang Allah kurniakan pada aku. Penantian aku akan berakhir bila datang lagi pinangan yang benar-benar buat aku tak boleh tolak walau seribu alasan yang aku berikan. Waktu itu, baru aku akan berhenti berharap…Menunggu pada sesuatu yang tak pasti adalah sakit dan pahit, tapi ia akan menjadi manis bila sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah kerana janji Allah itu sesuatu yang pasti…

“Sesungguhnya segala puji-pujian hanyalah untuk Allah. KepadaNya jua kita memuja, memohon pertolongan dan keampunan. Kita memohon perlindungan Allah daripada kejahatan diri dan amalan. Sesiapa yang diberi petunjuk olehNya, dia tidak akan disesatkan. Sesiapa yang disesatkan, tidak pula akan diberi petunjuk olehNya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang Satu. Tiada syirik bagiNya. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya”

Wednesday, March 17, 2010

Teori Muhtar Suhaili

Teori MUKHTAR©

“2nd Runner-Up, Most Outstanding Youth Of 2007 Award”

Teori MUKHTAR© – Resipi Kejayaan Dunia dan Akhirat: Alhamdulillah di atas segala-galanya. Selain kerjaya dan khidmat tugas sebagai seorang jurutera, saya juga sering diundang (diberi amanah) untuk menyampaikan ceramah motivasi, kepimpinan, pengucapan awam, pengurusan, kuliah ilmiah, tazkirah agama dan seumpamanya. Antara intipati utama isi ceramah motivasi yang sering saya sampaikan dan saya suka untuk kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian ialah satu petua yang saya namakan sebagai Teori MUKHTAR©. Terdapat 2 Teori MUKHTAR© yang ingin dikongsikan untuk sama-sama kita diskusi, implementasi dan uji keberkesanannya.

Teori MUKHTAR© yang pertama ialah satu prinsip yang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja, di mana saja dan bila-bila masa sahaja sepanjang menjalani kehidupan dunia sebagai seorang manusia amnya dan Muslim khususnya. Teori MUKHTAR© untuk kehidupan yang berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. adalah seperti berikut:

M = Mission
U = Ummatic
K = Knowledge
H = Holistic
T = Tarbiyyah
A = Altruistic
R = Rabbaniyyah

Sebenarnya teori ini (sekiranya ia sesuai untuk dianggap sebagai teori) amat relevan untuk diadaptasi di dalam kehidupan. Apapun sebagai tazkirah diri, perlu juga dinyatakan secara tegas di sini betapa tujuan dakwah bukanlah untuk mempopularkan diri, tetapi sebaliknya tujuan dakwah adalah untuk mempopularkan ALLAH SWT, menjadikan Rasulullah sebagai Diva (Qudwah), pengajian agama sebagai Akademika Fantastika dan memastikan ajaran agama sebagai syllabus kehidupan.

Secara ringkas dikongsikan perincian dari prinsip atau teori di atas. Elemen pertama ialah perlunya seseorang itu mempunyai misi yang jelas dan tepat di dalam hidupnya. Apa yang dia mahu dari hidup ini? Adakah sekadar lahir, makan, minum, ke tandas, berkahwin, beranak-pinak, kemudian menganjak usia senja dan akhirnya mati?? Atau sekadar menjadi bayi kemudian membesar menjadi kanak-kanak, lalu menjadi remaja, belia, dewasa, seterusnya bergelar veteran dan penghujungnya menjadi seorang tua yang menanti saat kematian yakni ajal yang pasti tiba??

Justeru persoalan misi hidup ini sebenarnya amat penting untuk diperjelaskan, difahami dan dipakubesikan di minda dari awal kehidupan seseorang agar dia berjaya di dunia dan di Akhirat. Sebab itu, saya sering menyatakan di dalam ceramah motivasi yang disampaikan bahawa insan cemerlang mempunyai peta dan kompas hidup serta berminda futuristik. Ini amat penting kerana bila matlamat dan haluan kehidupan seseorang itu adalah matlamat dan haluan yang Rabbani, bererti dia telah mengetahui dari mana dia datang dan ke manakah dia akan pergi serta manakah tempat kekalnya.

Jadilah Insan Yang Berjiwa Besar

“Rahsia Kejayaan: Jadilah Insan Berjiwa Besar”

Setelah misi hidup sudah jelas, maka seterusnya ia perlulah bersifat ummatik dari segi prinsipnya kerana Islam adalah agama yang bersifat ‘alamiyyah (sejagat) sehinggakan Rasulullah itu sendiri diutus untuk rahmat sekalian alam. Pendek kata, moto “Ummah Kita Tanggungjawab Kita” perlu dijiwai bersama oleh seluruh Muslimin sedunia ke arah mencipta kejayaan hakiki.

Malah adalah menjadi tabiat semulajadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah SAW sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadith Baginda, maksudnya:

“Dari Annas r.a., dari Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”" (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Lebih daripada itu, tidak boleh tidak ilmu juga adalah prasyarat utama untuk kejayaan di dua dunia. Fahamilah firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-Mujaadalah, ayat 11: “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya ALLAH akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, nescaya ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Malah Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”. Dan seperkara lagi ialah perlu juga difahami bahawa “ilmu tanpa amal adalah seperti pohon tanpa buah, seperti awan tanpa hujan.”

Selanjutnya, secara tuntas untuk menjadi insan yang benar-benar cemerlang, saya berpendirian, yakin dan percaya betapa ia perlu holistik dari segi sifat serta pendekatannya. ‘Re-engineering’ modul pembangunan insan perlu kepada asimilasi antara kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang juga merupakan penanda aras ke arah melahirkan manusia ideal yang berjaya dunia dan Akhirat. Malah Ary Ginanjar Agustian, penulis Indonesia yang saya kagumi di dalam bukunya ESQ Power menyatakan bahawa: “nilai-nilai ESQ yang diadun dengan IQ akan meningkatkan kemampuan untuk mengangkat suara hati spiritual yang paling dalam (unconscious mind) sehingga sumber kecerdasan spiritual yang terletak pada God Spot manusia dapat dizahirkan dalam kehidupan sehari-hari.”

Justeru proses pembentukan insan cemerlang mesti mengambil kira ketiga-tiga aspek ini: IQ, EQ & SQ. Malangnya, sistem pendidikan kini lebih fokus kepada pembangunan IQ dan mengambil ringan aspek EQ dan SQ. Sedangkan didapati IQ hanya memainkan peranan 6% dalam pembentukan peribadi sedangkan 94% lagi adalah ditentukan oleh EQ dan SQ. Dan semuanya ini memerlukan tarbiyyah yakni pendidikan dan latihan yang berterusan.

Malah melalui teori ini saya turut berhujah bahawa perlunya kecemerlangan hidup itu dicerna dengan pendekatan yang altruistik (altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri, kata lawannya ialah egoistik/ individualistik) dan dipimpin dengan akhlaq yang baik melalui pembudayaan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Pembentukan ukhuwwah Islamiyyah amat penting ke arah menjayakan segala perancangan dan modus operandi pemerkasaan umat dan dalam usaha untuk mengembalikan zaman emas kegemilangan Islam. Dalam hal ini, gurindam Raja Ali Haji ada kerelevanannya untuk dihayati bersama:

Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan ubat;
Cari olehmu akan guru yang mengenal segala seteru;
Cari olehmu akan isteri yang boleh menyerahkan diri;
Dan jadi olehmu akan abdi yang ada baik budi.

Secara khulasah dan sebagai konklusinya semua pendekatan dalam teori ini sebenarnya anak tangga menuju redha ALLAH dan oleh kerana ALLAH matlamatnya maka ciri rabbaniyyah tidak boleh tidak merupakan teras utama pemacu ke arah tercapainya impian murni kehidupan.


Seterusnya, Teori MUKHTAR© kedua yang ditujukan khas buat para pelajar dan mahasiswa serta saya syorkan dijadikan sebagai panduan untuk menempah kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan. Berikut merupakan makna tersurat dan tersirat yang ingin saya majukan yang juga dicerakinkan berdasarkan akronim M.U.K.H.T.A.R. tersebut:

M = Matlamat yang jelas dan tepat
U = Usaha yang tidak mengenal jemu
K = Kesungguhan untuk berjaya
H = Hero nan hebat
T = Teknik dan strategi
A = Altruistik dan akhlaq
R = Religious conscious yakni berkesedaran agama yang tinggi.

Buat akhirnya, ayuh bersama kita renungkan Sabda Baginda Rasulullah SAW:

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “Rasulullah SAW memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar r.a. berkata: “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang. Ambillah persiapan saat engkau sihat untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu” (Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Monday, March 15, 2010

Salah orang (“,)


Hari Ahad lepas, ibu dan ayah suruh aku balik sebab ada kenduri adik aku bersunat. Disebabkan adik aku yg bekerja di TNB ada kerja lebih masa, terpaksalah kami balik awal pagi Ahad selepas Subuh. Aku ajak roommate aku pergi sekali (Shida). Aku terpaksa cari seorang lagi kawan yang boleh memandu sebab adik aku memang tak larat nak drive sebab dia habis kerja kul 2 pagi dan kul 5 pagi dia dah bertolak ke UIA ambik aku. Sebelum ni pun, dah 2 malam dia tak cukup tido. Jadi agak berisiko jika dia yg memandu seorang diri.

Bila dah akhir semester ni banyak kerja yang perlu disiapkan. Disamping, banyak juga program pada hari Ahad tu. Kawan-kawan yang rapat, semua tak boleh nak ikut aku balik. Susah betul bila tak tahu memandu, aku baru nak gi bengkel praktikal, Shida pulak baru nak ambik test JPJ. Jadi terpaksalah kol semua orang yg aku kenal.

Tiba-tiba nama seseorang ni terlintas difikiran. Aku pun malas nak fikir lagi dah. Aku suruh Shida mesej dia, ajak dia pergi. Aku kenal dia sebab kitorang pernah buat program kerjasama sekali. Tak de lah rapat sangat, tapi kalau terserempak kat tepi jalan tu senyum je lah. Mesej ngn dia pun tak pernah. Alhamdulillah, dia bersetuju untuk ikut dan tolong memandu balik ke Perak.

Al-kisahnya bermula disini….

Aku baru je mengejutkan seluruh ahli keluarga aku tentang lamaran seorang imam ni. Jadi, ibu dan ayah aku pun meminta pandangan seluruh ahli keluarga tentang hal ini termasuklah opah, tuk, pakcik2 dan makcik2 aku tanpa pengetahuan aku. Tapi, aku dah bagitahu kat ayah dan ibu yang aku baru je tolak lamaran tu tanpa sempat berbincang apa-apa.

Jadi cerita tentang hal ini masih panas lagi sebab janjinya aku nak ajak imam tu datang terus jumpa ibu dan ayah. Tapi, aku sudah pun menolak lamaran tanpa sempat membawa dia berjumpa ibu dan ayah. Aku fikir, mengajak ‘dia’ balik sekali adalah tindakan yang tidak tepat. Aku ingat nak cerita tentang hal ni pada ‘dia’ sebelum bertolak, tapi aku tangguhkan dulu sebab tak nak cerita depan adik aku…huhu.

Setelah 2jam perjalanan, kami pun selamat sampai ke perkarangan rumah aku. Hmm…’dia’ memang pemandu yang berhemah…haha. Sampai je dirumah, aku terus kenalkan ‘dia’ pada semua yang ada disitu. Awal pagi tu, masih belum ramai yang sampai. Lepas je sarapan, pakcik aku yang buat catering sampai. Aku suruh ‘dia’ tolong apa2 yang patut. Pakcik aku tu memamg buli dan suruh dia buat kerja habis-habisan. Pakcik aku memang panggil dia bakal menantu. Waktu tu, aku tengok dia memang kelu lidah untuk berkata-kata. ‘Dia’, ibu dan ayah hanya mampu tersenyum je. Aku kesian dan bersalah sangat pada ‘dia’….Syafa….Syafa….

‘Dia’ ada cakap kat aku yang dia memang ‘jemm’ waktu pakcik aku cakap macam tu. Mana taknya, dah dia memang tak tahu apa-apa…memang lah dia ‘jemm’. Keadaan menjadi semakin panas bila ahli keluargaku semakin ramai yang tiba. Kenduri tamat jam 5.30 petang. Selesai mengemas pada jam 6.30 petang. Kami akan bertolak pulang ke KL semula lepas sembahyang maghrib.

Dikesempatan yang ada inilah, opah sempat bertanya pada aku. “Inike imam tu?”. Aku terus jawab, “Bukanlah, ini kawan je…tak lebih dari itu”. Lupa pulak aku, patutla semua orang ingat dia la imam tu sebab perwatakan dia memang dah macam imam pun. Asyik bersongkok je dari keluar kereta sampai la nak bertolak pulang. Songkok memang tak lekang dikepala…huhu. Opah sempat cakap yang dia berkenan kat ‘dia’. Hmm…aku pulak yang ‘jemm’.

Waktu nak solat maghrib, aku tak bagi dia pergi surau. Aku suruh dia berjemaah je kat rumah sebab ayah dan tuk memang tak larat dah nak ke surau yang ajak jauh jugak dari rumah aku. Ayah suruh aku cakap kat ‘dia’ yang ayah nak dia yang jadi imam sebab ayah cakap ayah sakit mulut…haha. Bila aku cakap kat ‘dia’, ‘dia’ mula la tersenyum simpul. ‘Dia’ cakap, elok yang tua jadi imam. Aku malas nak berbahas dengan dia. Biarlah dia handle sendiri…huhu. Keluar je dari bilik, ayah terus suruh ‘dia’ jadi imam. Nak tak nak, memang ‘dia’ la yang kena jadi imam.

Yang mengejutkan aku dan menjadi tanda tanya pada diri aku adalah, lepas je selesai solat maghrib ayah seolah-olah ada sesi khas dengan ‘dia’. Begitu khusyuk dan penuh tekun sekali ‘dia’ mendengar. Sampai sekarang aku pun tak tahu apa yang diorang bualkan kan. Pelik, sebab ayah memang susah nak percaya pada orang. Lebih-lebih lagi orang yang baru kenal. Kata ayah, dia nak yang terbaik untuk anak2nya. Sebab itu, ayah nampak macam terlalu tegas dalam pemilihan calon ni. Tapi kali ni, lain pulak jadinya. Ayah seolah-olah percaya dan yakin dengan ‘dia’. Masalah besar ni, sebab aku dan ‘dia’ tak ada apa-apa. Kitorang baru je rapat.

Ayah seolah-olah dah pun menceritakan tentang latarbelakang keluarga kami pada ‘dia’ dan tentang segala penyakit yang dihidapi ayah sekarang. Satu keajaiban nampaknya…Dah la waktu petang tadi, ‘dia’ ditemuduga oleh opah dan tuk. Sekarang, ayah pulak…tapi, ni dah salah orang ni…huhu.

Masuk je kereta, aku terus minta maaf pada ‘dia’ atas segala salah faham yang terjadi. Dan aku terpaksa terangkan tentang perkara yang sebenar pada dia. Aku tanya ‘dia’, apa yang ayah borakkan? ‘Dia’ cakap…”Ohh, itu rahsia. Mana boleh bagitahu. Ko pun jangan tanya kat ayah ko. Cuma dia cakap, ko ni dah tua…..” Hmm….memang pelik…Makin keliru aku dibuatnya…

Monday, March 8, 2010

Akhirnya...


Aku hanya wanita biasa yg masih belum matang...
Juga belum bersedia sepenuhnya...
Aku masih lagi tidur bertemankan,
Bantal busuk dan bear-bear yang comel...

Ilmu masakan belumpun sepenuhnya dikuasai...
Ilmu jahitan baru saja mahu dipelajari...
Ilmu memandu baru saja di peringkat permulaan...

Aku masih suka bermain buaian...
Mana mungkin seorang isteri akan bersifat seperti kebudak-budakkan...
Nanti si suami akan keliru,
Mana satu anak dan mana satu isteri...

Kisah tentang seorang Nigina dan Nur Kasih sudah pun berakhir dengan sebuah pengakhiran yang baik sekali...(",)

Thursday, March 4, 2010

?????

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasihani...

For the rest of my life, I already open my eyes...
Bile ditanya pada hati kembali, rasanya hati masih belum bersedia sepenuhnya serta masih belum dapat menerima seadanya dengan sebuah ikatan yg dinamakan perkahwinan.

Bila tanya pada diri sendiri: "Aku tiada jawapannya"
Bila 'dia' tanya: "Awak sanggup terima saya seadanya"
Aku jawab: "Saya sanggup je...." (dijawab dgn rasa yg sangat ragu2)
Bila ditanya pada ibu: Ibu gelak dulu...kemudian ibu jawab "Kalau baru kenal dua tiga hari, ibu berat untuk menerima"
Bila ditanya pada ayah: "Stop talking about this nonsense right now. Maybe we need to go for a holiday to discuss about this matter. Just concentrate on your final exam"

Aku sebenarnya masih belum dapat apa2 petunjuk dariNya lagi...
Mungkin aku perlu fikirkan kembali atau terus menolak. Semuanya masih belum pasti lagi...