My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 26, 2010

Fakta & Fiksyen Dalam Dunia Kopi

· Namanya. Perkataan ‘coffee’ dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Turki ‘Kahve’, yang datang dari perkataan Arab ‘qahwah al-bunn’ yang bermaksud ‘wain dari kacang’.

· Lagendanya. Orang Etiopia percaya kopi ditemui apabila seorang penggembala kambing mendapati kambing-kambingnya menari selepas memakan ceri-ceri kopi.

· Minumannya. Bukti kukuh terawal yang menunjukkan pengambilan kopi adalah pada abad ke-15, apabila kaum lelaki keagamaan tertentu di Yaman, Selatan Arab mengambilnya untuk tujuan rangsangan.

· Komoditinya. Orang Arab zaman dahulu kala mengawal ketat kopi mereka, tetapi tumbuhan itu Berjaya juga sampai ke koloni Belanda di mana ia ditanam dan dijual ke Negara-negara lain.

· Sajian Turki. Meminum kopi Turki merupakan amalan turun-temurun yang biasanya dinikmati bersama rakan-rakan dan kadangkala diikuti dengan amalan menilik nasib.

· Cara Texas. Koboi di Barat dahulunya menyediakan kopi dengan meletakkan kopi yang dikisar ke dalam stoking yang bersih, merendamnya dalam air sejuk dan memanaskannya dengan unggun api.

· Kecantikan orang Jepun. Ada di antara mereka yang mandi dalam kopi kisar yang diperam dengan pulpa nenas untuk mencantikkan kulit dan mengurangkan kedutan.

· Kehebatan orang Finland. Dari segi jumlah pengambilan kopi bagi setiap orang, Finland mendahului carta dunia dengan 11 kilogram kopi setiap orang dalam setahun.

Puisi...

Cinta adalah kekuatan

yang mampu mengubah duri jadi mawar

mengubah cuka jadi anggur

mengubah sedih jadi riang

mengubah amarah jadi ramah

mengubah musibah jadi muhibbah

itu lah cinta…

sekalipun cinta telah ku uraikan

dan ku jelaskan panjang lebar,

namun jika cinta ku datangi,

aku jadi malu pada keteranganku sendiri…

meskipun lidahku telah mampu

menguraikan,

namun tanpa lidah,

cinta ternyata lebih terang…

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya…

kata-kata pecah berkeping-keping

begitu sampai kepada cinta…

dalam menguraikan cinta,

akal terbaring tak berdaya,

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur…

cinta sendirilah yang menerangkan cinta

dan percintaan…




Masjid al-Aqsa

Masjid al-Aqsa

· Tahun 705 – Pembinaan Masjid al-Aqsa bermula

· 715 – Masjid al-Aqsa siap dibina

· 747 – Sebahagian masjid musnah akibat gempa bumi, disusuli pembinaan struktur lebih besar

· 1016 – Masjid al-Aqsa musnah akibat gempa bumi sekali lagi

· 1033 – Gempa bumi sekali lagi memusnahkan al-Aqsa sehingga tinggal runtuhan. Ia dibina semula dengan struktur menyamai bangunan sekarang

· 1099 – Berikutan Perang Salib, masjid itu ditukar kepada gereja

· 1118 – Binaan itu dikenali kuil Kesatria sebelum nama al-Aqsa

· 1187 – Baitulmaqdis ditawan Islam dibawah pimpinan Sallahuddin Al-Ayyubi. Al-Aqsa ditukar kembali kepada masjid

· 1927 – Gempa bumi kuat memusnahkan sebahagian besar kawasan Masjid al-Aqsa

· 1936 – Gempa kedua menyebabkan masjid hampir menjadi timbunan runtuhan

· 1938 hingga 1942 – Pembinaan semula selesai

· 1969 – Pelampau Kristian melakukan khianat dengan memulakan kebakaran sehingga memusnahkan mimbar kayu dipercayai berusia hampir 800 tahun

· 2000 – Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon melawat kawasan Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan dikalangan penduduk Palestin

Pencerobohan/penggalian Israel di al-Aqsa:

· 1970 – Pihak berkuasa Israel melakukan penggalian artifaks secara besar-besaran di bahagian bawah di sebelah selatan dan barat masjid

· 1977 – Mengorek terowong besar di bahagian bawah ruang solat muslimat

· 1979 – Satu lagi terowong dikorek dari arah timur ke barat masjid

· 1984 – Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel mengorek terowong di bawah al-Aqsa

· 2007 – Jabatan sama melakukan kerja pengorekkan di kawasan didakwanya menempatkan tinggalan sejarah dan membina semula jejantas yang roboh. Kawasan ini terletak kira-kira 60 meter dari masjid ini. Ia mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia



Thursday, January 21, 2010

Dialog2 Kehidupan...


-Sy nak ltak jawatan
"Kenapa plak?"
-Rasa mcm tak bg sumbangan ape2 pun...
"Bagus la kalo ade perasaan mcm tu..."
-Kenape plak?
"Lps ni leh giatkan lagi sumbangan"
-Hmm...rsa berat sbnrnye
"Ingat...jgn biarkan org yg tak bagus memimpin, sbbnye...org yg bleh memimpin rsakan diri dia tak layak utk memimpin..."


-Td encik tu ckp nak bg sumbangan
"Iye lah tu...percaya sgt"

-Betul la
"Muka dia mcm mn?serius ke main2?
-Tak perasan plak...tp mcm serius je nk bg
"Encik tu kan suka main2"

-Lelaki suka bg harapan palsu
"Haha...dah tu, perempuan jgnla nak cpt perasan"

-Lelaki ni truk btul...

"Sebenarnya....perempuan kena pandai bezakan.Jgn cpt melatah..."

-Kak, dia mmg suke membebel ke kat rmh?
(Akak tu senyum je, dia plak yg jawab)
"Mestila tak...kt rumah pendiam je, kat sini...org2nye tak dgr ckap tu yg kena bebel je"
-Huh...truk btul
(Hipokrit la tu...haha)

-Disebabkan kita dah kenal lama...nak tnya pendapat sikit
"Ape dia?Tanya la"

-Macam mn perangai sy?Dah banyak berubah ke?
"Hmm...perangai mcm budk2"

-Hishh...org tnya btul2.Dia main2 plak

"Huhu...dah tu jgnla bt keputusan terburu-buru...kena fikir dlu baik buruk sesuatu benda tu"


"Kenapa tak pegi program tu??"

-Memang awal2 lagi tak cakap nak pergi pun...
"Tapi kenapa beriya sangat ckp pasal kelas?"

-Saje je nak mengingatkan

"Terima kasihlah sbb concern"

-Masuk ke?
"InsyaAllah...doakan"

-Utk dapat pahala lebih, sy sentiasa doakan yg terbaik

"Mggu tu kita ada bnyk progkan?"

-Iyeke?tak perasan plak...

"Ya Allah, cba tgk kt board tu..."

-Rsanye sy tak dpt nk gi mn2 prog kot mgu tu sbbnye dah bg nama utk community service kt zoo negara

"Ade plak...Tu prog under ape?"
-Steadfast, Uia
"Buat ape ke sana?Shopping ke jln2"
-Saje jer....

"Tak de, jgn nk mengada2 gi ke sana plak"
-Tapi dh janji dan tak leh nk cancel nama dah

"Tak de...tak de..."

(Mesti dia ingat aku tak tau aulawiyat...)


"Malam ni pergi ke tak?"

-Mestilah pergi..tp lambat sikit

"Ya Allah...dtg lambat plak"

-Dah tumpang org, mestila kna ikut org tu
(Dah tu, knape la tak nak offer ikut skali...mengomel jer)

Wednesday, January 20, 2010

6 Pesanan Khusus Untuk Wanita...

Oleh ulama muktabar


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat
solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca
Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah
kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa
dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari
ini
."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon
keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Wednesday, January 13, 2010

Aku...

Rasa macam sedihkan sesuatu...
Aku tak suka terlalu menonjol dihadapan...
Kerna aku hanya wanita biasa...
Aku hanya ingin mendoakan yang terbaik...

Tp...
Biarlah kehadiran aku disedari...
Aku tetap disamping memberikan sokongan yang padu...
Walau kelibatku tiada...
Bayangku langsung tak kelihatan...

Percayalah...
Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik...
Sepenuh pengharapanku...
Kusandarkan padaMu ya Allah...

Wednesday, January 6, 2010

:: Menanti Cinta ::



Sejak lama aku berdiri dalam rongga sepinya hati
Tak satu pun guruh mampu menjawab
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah kerna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mahu jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku
Wahai penilai hati lihat batinku
Namun harusku ikhlaskan semua kasih cintaku
padaMu Ya Allah…