· Namanya. Perkataan ‘coffee’ dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Turki ‘Kahve’, yang datang dari perkataan Arab ‘qahwah al-bunn’ yang bermaksud ‘wain dari kacang’.
· Lagendanya. Orang Etiopia percaya kopi ditemui apabila seorang penggembala kambing mendapati kambing-kambingnya menari selepas memakan ceri-ceri kopi.
· Minumannya. Bukti kukuh terawal yang menunjukkan pengambilan kopi adalah pada abad ke-15, apabila kaum lelaki keagamaan tertentu di Yaman, Selatan Arab mengambilnya untuk tujuan rangsangan.
· Komoditinya. Orang Arab zaman dahulu kala mengawal ketat kopi mereka, tetapi tumbuhan itu Berjaya juga sampai ke koloni Belanda di mana ia ditanam dan dijual ke Negara-negara lain.
· Sajian Turki. Meminum kopi Turki merupakan amalan turun-temurun yang biasanya dinikmati bersama rakan-rakan dan kadangkala diikuti dengan amalan menilik nasib.
· Cara Texas. Koboi di Barat dahulunya menyediakan kopi dengan meletakkan kopi yang dikisar ke dalam stoking yang bersih, merendamnya dalam air sejuk dan memanaskannya dengan unggun api.
· Kecantikan orang Jepun. Ada di antara mereka yang mandi dalam kopi kisar yang diperam dengan pulpa nenas untuk mencantikkan kulit dan mengurangkan kedutan.
· Kehebatan orang Finland. Dari segi jumlah pengambilan kopi bagi setiap orang, Finland mendahului carta dunia dengan 11 kilogram kopi setiap orang dalam setahun.
No comments:
Post a Comment