My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 11, 2009

Hasratku Keliru...

Alhamdulillah...perjalanan hidupku pada hari ini terasa nikmatnya. Besyukur pada Yang Pemberi Nikmat dan peluang untuk meneruskan hidup. Semenjak dua menjak ini, macam-macam yang berlaku. Sahabatku didatangi ujian yang begitu hebat. Ayahku pula tidak berapa sihat. Ibu tidak mempunyai kekuatan untuk menghadapinya seorang diri bersama adik-adikku yang lain...Sebelum aku pulang, ayah sempat menitipkan beberapa nasihat. Kata ayah aku harus kuat untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran kerana kata ayah lagi, dalam anak-anak ayah dan ibu hati dan semangatku paling kuat. Aku mendoakan agar ayah cepat sembuh dan kuat melawan penyakit kerana aku belum cukup kuat untuk menghadapi segala kemungkinan. Aku sayu dan tak sanggup untuk menatap sinar mata ibu...

Sebagai hamba Allah...kita akan selalu dan sentiasa diuji olehNya untuk melihat sejauh mana tahap kecintaan kita padaNya. Hanya Allah tempat aku bergantung harap dan memohon kekuatan.

Hasrat hatiku keliru bila aku didatangi dengan pelbagai tawaran. Mana satu pilihan jalan hidupku???Tapi, tanpa sedar aku sudah pun bertatih ke arah itu. Nampaknya keputusan sudah dibuat tanpa rasa sedar. Sekarang aku harus pandai mencorakkan langkah hidupku agar lebih teratur. Cara pemikiran juga harus lebih fokus. Walau kadang-kadang aku rasa keliru dengan hasrat hatiku, tapi apakan daya...semuanya sudah menjadi suratan hidup Nur Syafafwati Mohd Shahimi. Aku harus menghadapi dan melaksanakannya sebaik mungkin. Amanah yang dipegang tak boleh dimungkiri atau dikhianati. Kadang-kadang diri ini rasa seperti sudah terlalu penat dan tak mampu lagi untuk meneruskan semuanya. Tapi...ini semua satu ujian serta asam garam kehidupan. Aku...perlu kuat dan terus kuat.

Hati juga sedang menungu jawapan kepada sesuatu yang tak pasti. Entah bila baru aku mendapat jawapan kepada soalan tersebut. Kadang-kadang persoalan ini sering membuat aku rawan. Apa pun..aku meletakkan sepenuh pengharapanku kepada Dia yang berkuasa atas segala-galanya. Baru aku sedar, bukan mudah untuk menjadi seorang hamba kepada Khaliqnya...Bukan mudah untuk memiliki sekeping hati yang suci dan tulus mencintai serta mensyukuri sagala nikmat kurniaanNya...

Monday, November 9, 2009

Dairi Sebuah Kehidupan…

Bermula sejak aku mula menjejakkan kaki ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hingga ke detik-detik akhir aku di UIA. Pelbagai rasa dan pengalaman yang pernah aku lalui. Lumrah kehidupan…ada sedih,gembira, pahit, manis, suka dan duka. Pendek kata semua masam, manis kehidupan dah aku lalui disepanjang waktu ini. Ia terlalu berharga buat aku dan sukar untuk dilupai.

Aku, Nur Syafafwati Bt Mohd Shahimi bercita-cita untuk menjadi seorang puteri. Bukan puteri raja atau puteri kayangan tapi cukuplah sekadar seorang puteri bagi sebuah kehidupan di alam maya ini…huhu. Aku…dah pun menjadi puteri kepada pasangan Mohd Shahimi B Mohd Nordin dan Rohaya Bt La. Yaa….mereka mengakui sangat gembira dan bersyukur dengan anugerah dari Allah dengan kurniaan puteri sulung mereka ini yang sentiasa menjadi cahaya penawar di kala suka atau duka.

Aku bersyukur dengan kurnian Illahi ini kerana memberi aku peluang untuk merasai pahit, manis sebuah kehidupan sebagai seorang puteri dan juga hamba di muka bumi ini. Terutamanya peluang untuk belajar tentang erti hidup di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Di sepanjang waktu ini, macam-macam yang dapat aku pelajari. Terutamanya bagaimana hendak menjadi seorang manusia yang berguna dan bermanfaat kepada agama, bangsa, dan negara.

Dari seorang yang penakut, aku menjadi seorang yang berani. Dari seorang yang pasif, aku menjadi seorang yang aktif. Dari seorang yang tak bermatlamat, aku menjadi seorang yang mempunyai jati diri. Dari seorang yang kurang ilmu, aku menjadi seorang yang lebih sikit je berilmu.

Kehidupan dahulu tidak seperti kehidupan yang sekarang terutamanya dari segi penghayatan dan cara berfikir. Sebagai seorang manusia…aku banyak kelemahan. Kehidupan ini banyak mengajar aku untuk menjadi lebih matang dan berpandangan luas. Iman bukan warisan tapi bergantung pada diri sendiri. Sejauh mana kita mampu hayati dan mengaplikasikannya dalam diri sendiri. Sucikanlah dirimu dan serulah yang lain…

Selama ini bermacam-macam ragam manusia aku jumpa. Semuanya menjadi kenangan yang terindah buat aku. Aku menjadi seorang yang suka memahami perangai manusia, lagi pelik lagi mencabar untuk aku hadami. Bak kata seorang SAHABAT, “Kita kena terima seadanya perangai seseorang” kerana tak semua manusia ni perangainya sama. Kalau semua sama, tak ada lah lagi suka dan duka sebuah kehidupan. Allah menjadikan manusia dari pelbagai jenis untuk mereka kenal-mengenali di antara satu sama lain. Ada juga seorang SAHABAT menyatakan, “Perangai bukan untuk difahami tapi untuk dirasai”.

Bila diimbas kembali…segala macam perangai ni, buat aku ketawa sendirian. Aku juga digelar sebagai ‘Pengkaji Perangai Manusia’ yang tak bertauliah. Bagi aku, ini semua adalah salah satu cara untuk memahami sebuah kehidupan yang berwarna-warni. Antara yang paling mencabar untuk aku hadapi adalah perangai panas baran. Berbakul-bakul airmata aku tumpah untuk hadapi insan ini. Aku berhenti menangis setelah terbaca, “Jangan tumpahkan airmata sia-sia. Tapi tumpahkan airmata hanya kerana takutkan Allah”. Moodnya sangat sukar diramal, kadang-kadang serius, kadang-kadang kelakar. Apa yang dia cakap jangan dibantah dan jangan sekali-kali siram minyak pada api yang tengah menyala. Selalunya mereka cepat sejuk, cuba untuk fahami mereka seadanya. Marah dan anginnya bertempat. Anginnya kerana keadaan yang kadang-kadang memaksa.

Satu lagi perangai yang tak boleh aku lupakan adalah tua sebelum masanya. Terlalu serius sepanjang masa dan terlalu matang. Boleh dikatakan seperti tak pernah melalui masa muda. Seorang yang idealistik dan bercita-cita tinggi tapi emosi cepat terusik (cepat merajuk). Berbicara dengannya perlu berhati-hati. Jangan sampai ada perkataan yang boleh mengguris hatinya. Perangai yang ini, belum sempat aku terokai kerana dia seperti tidak memberi peluang untuk aku fahami dirinya. Sudahnya dia pelik dengan perangai aku yang happy go lucky. Aku boleh untuk menjadi matang, tapi aku ingin mengajar dia untuk menjadi seorang yang lebih seimbang. Dalam hidup ini tiada kesempurnaan, tapi…ketawa kan penawar duka. Dia seperti tak boleh ikut dengan cara aku dan dia selalu cakap aku ni individu yang pelik yang selalu ketawakan dia. Tapi mengenali dia adalah perkara yang menarik dalam hidup aku.

Disebabkan aku suka untuk memahami orang…aku juga ingin difahami. Setakat ini hanya dua orang sahaja yang boleh dikatakan memahami aku. Mereka diantara sahabat yang aku tak malu atau segan untuk meluahkan segala apa yang aku rasa. Tak semua orang mampu untuk menjadi pendengar yang setia dengan respon yang menggembirakan. Aku seorang yang senang untuk meluahkan atau menzahirkan apa yang dirasa walau baru 10minit mengenali seseorang tu.

Terima kasih sahabat diatas segala kenangan-kenangan yang terindah ini. Kita bakal meninggalkan alam ini dan bakal melalui ke alam yang lain. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sedih untuk dilalui tapi inilah yang dikatakan sebagai kehidupan. Tak mampu untuk aku coretkan semua kenangan…

Aku bukanlah manusia yang sempurna, tapi aku ingin menjadi seorang puteri yang boleh menjadi penawar kepada setiap insan yang aku kenali…




Puteri Kehidupan…

Saturday, November 7, 2009

Berdepan Dengan Bakal Isteri Dan Ibu

Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan 

"Perlu banyak meraikan". 

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan. 

"Meraikan bagaimana?" 

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya." 

"Maksudnya?" 
"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah." 

  

"Kenapa Tok Wan?" 

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan." 

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?" 

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!" 

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!" 

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya. 

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.  

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu. 

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?" 

"Ketaatan", balas saya cepat. 

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?" 

"Malu." 

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?" 

"Cantik...." 

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?" 

  

Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya. 

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan. 

"Tok Wan laju sangat...." 

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya." 

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!" 

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?" 

  

"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu." 

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?" 

"Kasih sayangnya." 

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?" 

"Sabar." 

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya." 

  

"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu. 

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya." 

"Beza tak?" pintas saya penuh akur. 

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua." 

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan." 

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan." 

"Tapi tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..." 

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga." 

  

"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?" 

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?" 

"Lagi Tok Wan?" 

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!" 

"Lagi Tok Wan?" 

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!" 

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

*Artikel dipetik dari buku Ust Pahrol

Monday, November 2, 2009

Special Dedicated…


Two angels assigned to record our deeds,
Whilst some take care of our needs
Like bringing us sunshine and also the rain
Like protecting us from harm and also from
pain…

There is another creation – it is called man
They live on Earth for very short span
After time expired they shall return
And through their deeds paradise are earned…

On the last day souls will be raised
And we will face Allah – the most praised
Standing before Allah, what face will we show?
When the truth of our actions will freely flow…

…Apabila melayang daripada pegangan
baru terasa segalanya hilang. Dan apabila
diuji sebegini hebat baru terasa di mana
letaknya hati…

Truly,
The Slave of Allah…



Friday, October 16, 2009

Sambutan Hari Raya di JHEOA










Sebenarnya ter'influence' dengan blog orang lain buat aku pun nak berbakti pada orang asli gak. Walaupun dah pernah gi beberapa kampung dan dah pernah pun jadi anak angkat diorang...tapi itu dulu, 2 tahun lepas. Jadi sekarang ni baru nak bergiat semula...

Semalam, ari Jumaat aku dan sahabat-sahabat yang lain berpeluang untuk berjamuan Hari Raya di Hospital Orang Asli...

Tuesday, September 22, 2009

Sepanjang Ramadhan…


Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan oleh setiap insan yang beragama Islam. Malam pertama Ramadhan aku sambut dengan solat terawih dan tazkirah ringkas bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Sepanjang Ramadhan ini, macam-macam pengalaman yang aku lalui…ada suka, duka, pahit, manis…yang lucu dan mengarut pun ada…

Sepanjang Ramadhan ini juga…aku banyak mengenali hati budi dan ragam perangai sahabat-sahabat. Banyak yang aku kongsikan bersama mereka. Minggu pertama Ramadhan aku demam kerana melayani kerenah sahabat-sahabat…tapi aku gagahkan juga diri untuk berpuasa walaupun sepanjang hari aku habiskan dengan hanya berbaring tanpa mahu pergi ke klinik. Ramai juga yang risaukan aku. Sayang juga mereka pada aku.

Kadang-kadang aku rasa kelakar dan serik untuk bersama dengan ‘mereka’ lagi kerana setiap kali bersama ‘mereka’, aku rasa seperti dibuli walau ada yang mempertahankan aku. Aku bukan jenis yang suka marah dan aku tak suka jadi pemarah. Tapi…disebabkan seorang ni, aku selalu panas hati sepanjang Ramadhan ini. Aku mengaku yang aku gagal mendidik jiwa aku untuk lebih tenang dan sabar…Inilah asam garam kehidupan sebenarnya. Kadang-kadang setiap yang terjadi itu ada kemanisannya.

Ramadhan ini juga…aku sering bersedih hati disebabkan perkara yang kecil. Memang perkara ini kecil, aku pun tak tahu mengapa aku nak terlebih-lebih terasa hati. Dah memang aku ni cepat terasa, nak buat macam mana. Aku gagal mendidik hati untuk jadi lebih tabah. Mungkin diorang buat semua ni demi kebaikan aku. Tapi sebenarnya aku rasa lebih tersisih…bukan ini yang aku mahukan. Kalau ini yang bakal terjadi…aku rela melepaskan ‘ia’ dari dulu lagi. Setelah banyak yang kita lalui bersama…aku dipinggirkan tanpa seorang pun yang perasan. Tak pe lah…kalau ini takdirnya, aku terima dengan hati yang terluka sebab masih belajar untuk redha.

Ramadhan kali ini…aku rasa macam dah raya sebelum waktunya. Mana taknya…asyik memenuhi jemputan untuk berbuka ke sana sini. Boleh dikira dengan jari berapa hari je aku berbuka puasa di bilik…Tu sebabnya bila tiba Syawal, aku tak rasa macam raya…

Ramadhan ini juga aku merasai suatu pengalaman yang sangat melucukan…satu janji temu yang sangat lucu aku kira bertemankan kawan yang gila-gila…jadi aku pun sama gila-gila jadinya. Disebabkan hal ini aku ‘direject’ sebab berperangai seperti budak-budak…huhu.

Apa pun…semua yang terjadi diatas mempengaruhi ‘mood’ aku untuk lebih serius dan fokus dalam berinduksi. Membuatkan aku bertambah menjadi seperti bukan diriku yang sebenar…

Kesimpulannya…Ramadhan kali ini sangat berbeza dengan Ramadhan yang lepas. Aku perlu muhasabah balik diri ini. Dosa pun semakin bertambah…aku perlu koreksi kembali diri ini untuk menjadi lebih baik…Apa pun yang terjadi, madrasah Ramadhan baru sahaja meninggalkan aku. Kesedihan menyelubungi diri…amalan perlu dikekalkan dan dipertingkatkan lagi…

Monday, August 24, 2009

Siapa Wanita Di Mata Lelaki...



Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku...


"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....


NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI


"Best baca sampai abis!!!. It's true.To share..Dari Ilham seorang lelaki...


"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terusmembebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...


"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."


Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!!Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!


But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...


Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.


Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


Kau Isteri Ku....


Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.


Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.


Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.


Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!


And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita.. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless withoutYou mothers)....

uuwaaaaaaaa! ! sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu, hargai mereka!!!!