My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 30, 2009

Secerah Pawana ...



seindah sedamai pantai melambai gemalai

begitulah hati merindu kasih yang padu

bagaikan pepasir basah disimbah lautan

begitulah perjuangan ini biar basah dgn iman dan ukhuwwah

kita ingin segalanya indah sebersih pasir pantai memutih seindah dan secerah pawana berseri ukhuwwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai dengki dan dendam kesumat musnah

biar keikhlasan berbicara didada hati luas saujana

seindah sedamai pantai melambai gemalai begitulah hati merindu kasih yang padu bagaikan pepasir basah disimbah lautan

begitulah perjuangan ini biar basah dgn iman dan ukhuwwah

kita ingin segalanya indah sebersih pasir pantai memutih seindah dan secerah pawana berseri ukhuwwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai dengki dan dendam kesumat musnah

biar keikhlasan berbicara didada hati luas saujana

seindah sedamai pantai melambai gemalai begitulah hati merindu kasih yang padu bagaikan pepasir basah disimbah lautan

begitulah perjuangan ini biar basah dengan iman dan ukhuwwah

seindah sedamai pantai melambai gemalai

begitulah hati merindu kasih yang padu

bagaikan pepasir basah disimbah lautan

begitulah perjuangan ini biar basah dgn iman dan ukhuwwah

seindah sedamai pantai melambai gemalai

begitulah hati merindu kasih yang padu

Islam and Secularism by Syed Muhammad Naquib al-Attas (m/s:m20-21)

Contoh sekularisasi yang paling jelas dan bertepatan dengan makna yang diterangkan dalam buku ini ialah apa yang terjadi dalam kehidupan Barat. Ini boleh dilihat di dalam kehidupan spiritual, intelektual, rasional, fizikal, material, kebudayaan dan peradaban mereka.


Tetapi definisi ini hanya betul sekiranya ia diterapkan untuk menghuraikan sifat dan syarat kewujudan kebudayaan dan peradaban Barat.


Dakwaan bahawa sekularisasi adalah ajaran daripada kitab Injil merupakan pernyataan yang tidak ada dalil dan bukti dalam fakta sejarah.


Sekularisasi bukanlah kepercayaan daripada ajaran kitab Injil tetapi ia merupakan hasil daripada tafsiran orang Barat terhadap kitab Injil.


Ia merupakan hasil dari sejarah panjang sengketa tentang falsafah dan metafizik di antara mereka yang mempunyai pandangan alam yang religious dan rasionalis di kalangan orang Barat.


Kebergantungan antara penafsiran Injil dan pandangan alam ini semakin berkembang dan menjadi sebati. Contohnya, bagi orang Barat kebenaran atau tuhan sendiri telah menjelma dalam diri manusia, dalam waktu dan dalam sejarah.


Kristian merupakan satu-satunya agama utama yang memindahkan pusat asalnya daripada Jerussalam ke Rom, ia merupakan lambang permulaan ‘westernization’ agama Kristian dan kemasukkan unsur-unsur Barat ke dalamnya, selanjutnya menghasilkan dan mempercepatkan momentum sekularisasi.


Dari segi pandangan Islam, sehingga kini Kristian terbahagi kepada dua:


  1. Kristian yang sejati dan asli

  2. Kristian versi Barat


Kristian yang sejati dan asli sesuai dengan Islam. Mereka yang sebelum kedatangan Islam percaya kepada ajaran asli daripada Nabi Isa a.s adalah penganut-penganut yang benar (mu’min dan muslim). Sesudah kedatangan Islam, mereka akan memeluk Islam jika mereka mengetahui fakta tentang Islam dan iman mereka tulus.


Manakala, mereka yang dari awal lagi telah mengubah ajaran Nabi Isa a.s yang sejati dan berpaling daripada ajarannya yang sebenar merupakan perintis-perintis kreatif Kristian Barat, Kristian yang kita kenal sekarang.


Oleh kerana Injil merupakan sebahagian daripada wahyu yang sejati, Al-Quran menggolongkan mereka sebagai “ahli kitab”. Dalam keadaan Kristian hari ini, ahli kitab merujuk kepada mereka yang dalam hati nuraninya sangat tidak percaya kepada doktrin-doktrin Kristian seperti Triniti, Inkarnasi dan Penebusan serta segala yang berkaitan dengan doktrin-doktrin tersebut. Mereka secara peribadi percaya kepada kewujudan Tuhan dan ajaran Nabi Isa a.s, yang secara teratur mendirikan sembahyang dan melakukan perbuatan yang baik seperti yang dituntut kepada mereka dan tidak sedar tentang Islam. Sampai hari ini masih wujud lagi golongan sebegini di dalam masyarakat. Mereka inilah yang dikatakan sebagai ahli kitab.

Friday, April 24, 2009

MEMBENTUK PERIBADI MUKMIN SEJATI

Tugas setiap peribadi itu ialah memperbaiki keadaan agama dirinya dari kurang kepada lebih taat kepada Allah s.w.t. Ketaatan ini tidak datang dengan mudah. Ia perlu diusahakan siang dan malam. Usahanya mestilah bermula dari pembaikan imannya. Hendaklah berusaha untuk meningkatkan iman kepada Allah s.w.t. Yakin kepada kebesaran dan kekuatan Allah s.w.t. Perlu disemai dan ditanam di dalam hati lantaran yakin ini akan membenihkan takwa. Amalan yang dilakukan hendaklah sejajar dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Kehidupan hendaklah dilalui dengan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Solat lima waktu hendaklah dijaga, solat berjemaah mesti dititikberatkan lantaran orang yang memakmurkan rumah Allah dan hari akhirat. Ilmu agama mesti dicari di mana sahaja kerana ia akan memperbaiki agama. Allah hendaklah sentiasa diingati. Zikir kepadaNya jangan semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. Agama perlu diperjuangkan dengan menjadikan sebahagian maksud hidup. Orang Islam yang tidak mempunyai perjuangan dalam hidupnya khususnya berjuang untuk agama, ibarat orang yang tidak mempunyai manfaat apa-apa. Ia hanya menjadi hamba perut dan syahwatnya semata.

Cara Memelihara Akhlak Yang Baik

Telah kita ketahui bahawa akhlak yang baik bersumber pada kekuatan akal yang sederhana dan seimbang, hikmah yang sempurna, emosi dan ambisi (syahwah) yang seimbang dan dikendalikan sepenuhnya oleh akal dan syariat.

Keseimbangan dan keserasian seperti ini dapat dicapai melalui dua cara:

Cara pertama, melalui anugerah Ilahi dan kesempurnaan fitri. Iaitu ketika seorang manusia dicipta dan dilahirkan dalam keadaan memiliki akal yang sempurna dan perangai yang baik; dengan kekuatan ambisi dan emosi yang terkendali, sedang, seimbang dan sederhana, serta bersesuaian dengan akal dan syariat.

Dengan keadaan seperti itu ia adalah seorang berilmu tanpa belajar dan terdidik tanpa didikan. Contohnya, Isa bin Maryam, Yahya bin Zakaria (a.s.) dan para nabi selain keduanya.

Meskipun demikian, tidaklah dinafikan bahawa di antara pelbagai tabiat dan naluri manusia, ada juga yang dapat dimiliki dengan upaya dan usaha sungguh-sungguh. Maka adakalanya seorang anak dikenal sejak dilahirkan sebagai seorang yang lurus ucapannya, pemurah dan berani. Sedangkan yang lainnya, memperoleh perangai-perangai seperti itu melalui pergaulannya dengan orang-orang yang menyandang akhlak seperti itu. Dan adakalanya pula ia meraihnya dengan cara belajar dari orang-orang di sekelilingnya.

Cara kedua, ialah dengan memperoleh perangai-perangai ini melalui perjuangan melawan nafsu (mujahadah) dan latihan-latihan rohani (riyadhah). Yakni dengan memaksakan atas diri seseorang perbuatan-perbuatan tertentu yang merupakan buah dari suatu jenis perangai yang ingin dimiliki.
Sebagai contoh, seorang yang menginginkan sifat kedermawanan pada dirinya. Untuk itu, ia harus memaksakan pada dirinya sendiri, agar melakukan hal-hal yang biasa dilakukan oleh seorang dermawan. Iaitu menginfakkan harta. Maka ia terus-menerus menuntut dirinya agar melakukan hal itu dan menjadikannya sebagai kebiasaannya, untuk waktu yang cukup lama. Sementara itu ia harus berusaha untuk melawan kecenderungan dirinya sendiri, sedemikian sehingga pada akhirnya perbuatan seperti itu menjadi tabiat baru baginya dan ia melakukannya dengan hati dan perasaan ringan. Baru setelah itu, ia dapat disebut sebagai seorang dermawan.

Begitu juga seorang yang ingin menjadikan dirinya bersikap rendah hati, sedangkan ia sebelumnya telah dikuasai oleh sikap sombong. Cara yang harus ditempuh adalah membiasakan dirinya, dalam waktu yang cukup lama, untuk bertindak seperti layaknya orang-orang yang tawaduk sambil memaksa dan memerangi hawa nafsunya sendiri. Hal ini hendaklah dilakukan sampai sifat tawaduk itu melekat dan menjadi tabiat baru baginya serta terasa mudah dan ringan ketika melaksanakannya.

Saturday, March 21, 2009

Indahnya Wanita...












Indahnya menjadi seorang wanita...bertambah indah bila dihiasi lagi dengan akhlak yang mulia serta tutur bicara yang lembut.

Konvensyen SENADA dan Bengkel Pelan Tindakan


Sebagai wanita Islam @ menjaga kebajikan mahasiswi, aku telah menghadiri konvensyen SENADA dan Bengkel Pelan Tindakan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2009 bersamaan dengan 14 Rabiul Awwal 1430H. Program ini adalah anjuran SENADA (Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam).

Apa itu SENADA?

- Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) telah ditubuhkan pada 20 Jun 2008 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1429H.
- Sekretariat ini adalah di bawah naungan YAB Perdana Menteri Malaysia.
- Dipertanggungjawabkan di bawah Pejabat Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada YAB Perdana Menteri.
- Sekretariat ini bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam serta kementerian dan jabatan-jabatan lain.

Objektif Penubuhan Sekretariat:

- Menentukan tidak wujudnya sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam melalui peranan advokasinya dalam mempengaruhi penggubalan dasar, perundangan dan peraturan-peraturan.
- Menghalusi implikasi pelaksanaan dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut terhadap hak-hak, pembangunan dan kebajikan wanita Islam.
- Meningkatkan pemerkasaan wanita Islam melalui inisiatif dan program-program pembangunan modal insan dan kapasiti wanita Islam, terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak, akses dan peluang pembangunan diri serta keluarga di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang.

Antara Fungsi dan Tanggungjawab:

- Mengenalpasti dan memperhalusi isu-isu yang dihadapi oleh wanita Islam, dan mempengaruhi dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan melalui advokasi bagi menentukan dasar dan undang-undang tersebut tidak mempunyai unsur-unsur diskriminasi.
- Mengambil inisiatif meningkatkan keupayaan dan kapasiti wanita Islam semua peringkat dalam pelbagai bidang melalui program latihan dan pembangunan modal insan.
- Mengadakan jaringan, hubungan kerja dan usahasama dengan Kerajaan luar, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, dan lain-lain agensi di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa bagi menjalankan advokasi melalui pertukaran pendangan dan pengalaman bertujuan menerapkan prinsip dan identiti Islam sebagai agama yang adil dan tidak mendiskriminasikan wanita.
- Menjalankan penyelidikan, kajian dan soalselidik mengenai isu-isu, masalah, peluang serta cabaran yang dihadapi oleh wanita Islam dalam pelbagai bidang bagi membantu kerajaan merancang dan menggubal dasar, undang-undang serta peraturan-peraturan yang memanfaatkan wanita dan keluarga mereka.

Bagi bengkel pelan tindakan, pihak penganjur telah membahagikan kepada tiga bahagian iaitu perundangan, agama dan sosial.

Bengkel Pelan Tindakan: Perundangan
Antara isu-isu berbangkit hasil daripada beberapa siri pertemuan dan dialog yang dianjurkan oleh SENADA dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin-pemimpin wanita di semua peringkat adalah seperti berikut:

- Penyeragaman mahkamah syariah : Terdapat beberapa kelemahan disebabkan ketidakseragaman undang-undang
- Menyemak undang-undang kesalahan jenayah syariah
- Memperluaskan bidangkuasa mahkamah syariah
- Perlantikan hakim wanita di mahkamah syariah
- Penyegeraan pembentangan rang undang-undang keluarga Islam
- Menggunakan rang undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia
- Caruman KWSP boleh dikeluarkan sebagai harta sepencarian
- Membolehkan pengeluaran caruman KWSP sebagai bayaran nafkah kepada anak-anak
- Menyegerakan kes pengesahan perceraian sebelum tamat iddah
- Pemfailan kes perlu diselaraskan dengan hanya menggunakan satu fail induk
- Penubuhan mahkamah keluarga yang melibatkan muslim dan non-muslim
- Khidmat guaman percuma
- Kursus pemahaman gender kepada hakim dan pegawai-pegawai syariah
- Meningkatkan taraf hakim mahkamah syariah
- Meningkatkan kredibiliti dan integriti badan kehakiman

Semua yang dinyatakan di atas masih dalam perbincangan. Ianya akan dilanjutkan lagi kepada pihak yang sepatutnya.

* Sewaktu menghadiri konvensyen ini, baru aku tersedar yang wanita-wanita diluar sana menghadapi pelbagai masalah yang boleh dikatakan rumit juga. Aku bertanya sendiri, macam mana semua ini boleh terjadi? Apa sebenarnya punca utama masalah ini terjadi? Siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Kebanyakan wanita memberontak apabila hak-hak mereka ditindas. Jadi apa penyelesaian kepada semua masalah-masalah ini?

Antara peserta konvensyen, Zainah Anwar (pengasas Sister In Islam)

Wednesday, March 18, 2009

Manisnya ukhuwwah…

Bagaimana rasa manisnya ukhuwwah??

Manisnya ukhuwwah bila susah sama susah, bila senang sama senang. Bila berjauhan terasa rindu. Bila sesuatu musibah menimpa kita turut terasa bahangnya walau berjauhan di mata. Bila sahabat melakukan kesilapan kita cuba menegur dan menerima dengan perasaan kasih dan sayang tanpa terasa hati. Bila pahit, sama-sama kita telan. Bila manis, sama-sama kita kongsi. Cuba memberi dan menerima seadanya walau macam mana sekalipun sifat sahabat. Sanggup berkorban apa sahaja hatta harta dan nyawa.

Manisnya ukhuwwah bila kita sama-sama mengharungi onak dan duri dengan hati yang tenang. Saling lengkap-melengkapi tanpa ada rasa jurang yang jauh. Saling berfikiran positif walau apa pun yang terjadi.

Senang ke untuk merasai manisnya ukhuwwah??

Jawapannya susah bila dalam hati ada perasan benci. Dalam hati ada perasaan dengki-mendengki. Dalam hati penuh dengan rasa tidak puas hati. Dalam hati dan fikiran sentiasa dilitupi dengan tanggapan-tanggapan negatif. Dalam hati penuh dengan sifat pilih kasih dan berat sebelah.

Kita belum lagi rasa manisnya ukhuwwah tatkala…
Bila berdua, akulah segalanya.
Bila bertiga, aku jauh dipinggirkan.
Bila susah, aku yang dicari.
Dan bila senang tak dinafikan, kadang-kadang aku dilupakan.

Betapa susahnya untuk merasai manisnya ukhuwwah bila ada rahsia diantara kita.
Ada perkara yang tak boleh aku ketahui dulu.
Bertambah susah kerana kita hanya manusia biasa.
Kita tak tahu, kadang-kadang ada hati yang terasa.
Ada hati yang terasa dia seperti dipinggirkan.
Ada hati yang terasa dia seperti tidak diperlukan…

Sifat saling terima dan menerima serta faham-memahami adalah unsur yang paling penting untuk mencapai serta merasai betapa manisnya ukhuwwah. Dan akan bertambah dirasai bila segala sesuatu itu dilakukan kerana Allah.






Survival – Recreation (CCRN 3152)


Menyesal dan sedih…inilah yang aku rasakan di saat kawan-kawan yang lain riang dan gembira. Sebagai seorang perempuan, aku ingin melengkapkan diri aku dengan skil memasak ataupun menjahit. Tapi sayang seribu kali sayang, ini adalah skil yang menjadi tumpuan ramai. Akhirnya, dengan rasa berat hati aku mengambil skil reakrasi sebab aku memang sukakan aktiviti lasak.

Pada 6-9 Mac yang lalu, CCRN 3152 telah mengadakan program survival di Pulau Pangkor. Semua yang mengambil skil ini, wajib hadir sebab ia merangkumi 40 markah. Nak tak nak aku mesti kena pergi walaupun berat hati. Aku rasa terkilan sangat sebab tarikh tu sama dengan tarikh himpunan 100ribu orang mansuhkan PPSMI.

Kami bertolak pada jam 1.00pagi dan tiba di Lumut pada jam 6.00pagi. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor. Setibanya disana, kami terus bergerak ke masjid berhampiran untuk pembahagian kumpulan bagi meneruskan aktiviti survival. Kami diberi tugasan untuk ke setiap checkpoint dengan menggunakan kompas. Checkpoint yang terakhir sepatutnya kami akan terus sampai ke tapak perkhemahan tapi malangnya kami sesat di dalam hutan.

Ketika didalam hutan banyak mengajar aku erti kesabaran dan semangat setia kawan. Bayangkan sepatutnya, masuk hutan kenala berada dalam keadaan selesa untuk mendaki tetapi aku kena menjinjing sekampit gula. Nak tak nak, aku kena bawa jugak. Persediaan dari segi mental dan fizikal amat-amatlah diperlukan terutamanya ketika sesat. Kalau tak kuat, aku fikir aku boleh jadi gila sebab penat sangat dan terpaksa patah balik untuk cari jalan keluar di saat bekalan air yang tidak mencukupi dan ada orang yang cedera. Akhirnya, kami seramai 134 orang (sepatutnya 144 tapi ada kumpulan yang jauh menyasar ke tempat lain) mengambil keputusan untuk redah je jalan yang ada asalkan kami keluar dari hutan sebelum maghrib kerana hari seperti hendak hujan dan guruh sudah mula kedengaran. Alhamdulillah, berkat doa kami, akhirnya kami sampai ke perkampungan tempat mula-mula kami mendaki. Walaupun ini bukan tempat yang sepatutnya kami tuju, tapi kami tetap bersyukur dan menarik nafas lega. Aku adalah diantara yang turun paling awal.

Aku boleh dikatakan diantara peserta yang degil juga sebab sepatutnya kami dikehendaki untuk bergerak segera ke tapak perkhemahan. Tetapi, aku dan beberapa lagi sahabat yang lain singgah makan di kedai dahulu. Sepatutnya kami tidak dibenarkan makan di mana-mana kedai kerana kami telah dibekalkan dengan gula, tepung, dan garam. Bayangkan, macam mana nak masak bila tak ada minyak dan kuali. Tapi aku ada mendengar arahan yang boleh bergerak ke tapak pekhemahan selepas sembahyang maghrib. Aku dan seorang lagi sahabat curi-curi mandi dan kami tunggu sehingga azan Isya’ berkumandang. Sebabnya aku tahu, bila sampai di tapak perkhemahan nanti pasti susah untuk mendapatkan bekalan air dan tempat untuk sembahyang kerana waktu tu hujan turun dengan lebatnya. Aku tahu aku seperti mementingkan diri sendiri, tapi memang ada arahan yang menyatakan boleh bergerak selepas sembahyang maghrib. Aku cuma terlewat sikit je dan terpaksa menanti kerana hujan turun dengan lebatnya. Dan lebih parah lagi, apabila semua orang ada membawa baju hujan, tapi aku tak bawa. Aku boleh lupa untuk bawa baju hujan sedangkan pengalaman lepas telah banyak mengajar aku. Inilah akibatnya bila hati tidak sepenuhnya ikhlas untuk menyertai program ini.

Dahlah dari awal lagi aku takde mood, keadaan tambah membingungkan aku bila malam itu kami dikehandaki membuat khemah dengan hanya menggunakan kayu dan daun-daun sahaja dangan cuaca yang tidak mengizinkan. Dengan aku tidak membawa baju hujan, aku tidak dapat membantu ahli kumpulan yang lain membuat khemah kerana waktu itu aku hanya sehelai sepinggang. Kami tidak dibenarkan mengambil beg. Aku bertambah bingung bila melihat keadaan sekeliling. Percampuran diantara lelaki dan perempuan yang sangat dashyat sehinggakan aku tidak dapat membezakan yang mana satu lelaki dan perempuan. Aku akhirnya menangis sendiri kerana ketika itu aku tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan apa-apa disaat aku menjadi minoriti dikalangan majoriti. Aku kesal kerana aku tidak mampu mengubah keadaan kepada yang lebih baik.

Keesokan harinya, kami melakukan aktiviti yang tidak kurang hebatnya seperti water confident, kayak sehingga ke tengah pulau dan abseling. Hari ini, emosi aku sedikit terkawal berbanding semalam. Pada sebelah malam, kami adakan BBQ.

Hari yang terakhir adalah hari yang paling menggembirakan aku sebab aku tidak pulang bersama peserta yang lain. Aku pulang bersama ayah dan ibu..huhu. Walaupun nampak seperti tidak adil, tapi aku tidak peduli. Aku tak kisah walaupun aku terpaksa menaiki feri seorang diri untuk kembali ke Lumut.

Alhamdulillah, program ini banyak mengajar aku untuk lebih bersabar. Pelatih aku juga mengatakan yang: “Kami bukan hendak mendera anda semua, tapi kami mahu anda rasakan macam mana hidup dalam kesusahan supaya anda boleh terus survive”. Hidup ini tidak selalunya indah. Kadang kala kita harus belajar dan rasai penderitaan sesetengah orang. Hidup bagaikan roda, adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita bera di bawah.