My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 27, 2008

Sambungan tentang bintang hidupku…


Ingatan terhadapmu sahabat membuatkan aku untuk terus menulis
Dengan harapan agar kau membaca nukilan aku walau tipis harapannya
Selama 4thn setengah aku mengenalimu sahabat
Bermacam ragam perangaimu telah aku hadam
Begitu mudah engkau pergi hanya kerna kecintaan terhadap dunia
Aku tidak mampu menghalang kerna aku hanya manusia biasa yg tidak mampu mengubah apa-apa…

Aku kenal dirimu sahabat
Engkau hanyut dengan arus duniawi hanya kerna persekitaran
Namum aku masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa
Nasihatku kau pandang remeh seolah-olah fikiran aku begitu kolot
Aku bukan nak berceramah lagak seperti ustazah
Tapi aku sayang padamu sahabat
Aku tak mahu kau terus hanyut kerna aku masih ingin bersahabat denganmu hingga diakhirat kelak…

Bila kau tiada
Siapa yang akan membuat aku ketawa
Siapa yang akan membuat aku menangis
Siapa yang akan membuat aku makan hati
Siapa yang akan membuat aku pening kepala
Siapa yang akan memberi kata-kata semangat bila aku takut pulang ke kampung sorang-sorang…

Sahabat
Aku ingin mendengar celotehmu lagi
Aku ingin pergi ke kampung halamanmu lagi
Aku ingin menemanimu pergi membeli-belah lagi
Aku ingin melayan sifat materialistikmu lagi
Aku ingin mendengar nasyid nyanyianmu lagi kerna katamu aku hanya sesuai dengan nasyid…

Hanya satu yang ingin aku tahu
Adakah sahabat telah benar-benar melupakan aku
Sedarlah masa yang tinggal untuk kita terus bersama hanya tinggal setahun setengah lagi Sebelum kita membawa haluan masing-masing yang jauh berbeza
Kerna engkau ingin mengejar bintang
Jika itu takdirnya aku hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu
Moga-moga Allah merahmatimu dan menempatkan engkau dikalangan orang-orang yang beriman…

Friday, December 26, 2008

Salam Maal Hijrah 1430...


“Hijrah Menjana Ummah Cemerlang”


Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.


Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.


Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.


Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

“Satu Muharram detik permulaan”
Hijrah bukan setakat pindah dari satu tempat ke satu tempat sahaja, Hijrah juga boleh dikaitkan kepada perubahan bentuk peribadi dan perilaku seseorang daripada buruk kepada baik, daripada tak bagus kepada bagus, membersihkan diri dari sebarang gejala negatif dan maksiat adalah salah satu cara hijrah.

Hijrahkan diri anda ke arah buruk kepada baik, miskin kepada kaya, kedekut kepada permurah, sesiapa yang sering berprasangka buruk terhadap orang lain juga hendaklah berhenti berprasangka buruk terhadap orang lain. Sesiapa pula yang sering mengaibkan hentikanlah kerana ia adalah kerja sia-sia dan ingatlah sesiapa yang suka mengaibkan orang di dunia maka Allah akan mengaibkan dia di akhirat.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.

Friday, December 19, 2008

Perkahwinan Dalam Realiti Dakwah...


Ada sahaja individu-individu yang bertanya kepadaku tentang perkahwinan sesama jemaah. Secara hakikatnya....aku tak tahu kerana jodoh tu telah pun ditentukan oleh Allah...huhu.

Disini aku ingin berkongsi sedikit mengenai perkahwinan dalam realiti dakwah:



Hubungan perkahwinan menanam satu tenaga untuk terus memikirkan persoalan-persoalan dakwah dalam kehidupan manusia. Ini ialah apabila dakwah itu berhubung dengan amalan perkahwinan kerana seorang manusia itu secara semulajadinya sangat suka sekiranya apa sahaja perkara yang bersangkutan dengan perkahwinannya menjadi satu perkara yang umum dalam hidup manusia.

Hubungan perkahwinan merupakan asas yang paling besar bagi iltizam seorang wanita dalam dakwah Islam kerana wala’ seorang isteri terhadap jemaah bertolak dari hubungannya dengan suaminya dan qiwamah suami ke atasnya. Ini kerana hubungan seorang isteri dengan suami ialah hubungan mendengar dan taat.

Selepas terbentuknya sebuah alam rumahtangga dengan tasawwur harakah, dengan sendirinya ia akan menjadi satu tempat bertolak bagi membina zuriat yang mempunyai tasawwur haraki. Dalam sebuah rumahtangga dakwah, zuriat bukanlah semata-mata satu alat untuk melepaskan keinginan beranak pinak. Ini adalah kerana dalam realiti dakwah, zuriat dianggap sebagai satu penerusan kemanusiaan dalam arus dakwah.


Friday, December 12, 2008

Bintang Hidupku Hilang…






Kemana pergi sahabatku… Aku rindukan detik dan kenangan manis kita bersama. Engkau selalu menghiburkan hatiku. Dulu kau selalu mencari aku bila kau ada masalah kerna engkau tidak mempercayai orang lain. Aku gembira bila mendengar luahan mu sahabat. Kerna kegembiraan dan senyuman mu adalah kebahagianku. Tetapi….sekarang engkau dimana?

Walau engkau selalu membuat aku menangis dan terluka, engkau tetap sahabat ku. Engkau inginkan perubahan…tapi ternyata aku tidak mampu mengubahmu kerna semuanya adalah ketentuan Illahi..maafkan aku sahabat.

Bukankah dulu kita pernah berjanji yang walau apa pun terjadi kita akan tetap bersama walau masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Kita berjanji yang kita akan tetap bersama walau semua sahabat-sahabat yang lain pergi meninggalkan kita. Tapi dimana janjimu sahabat?

Aku ingin melihat senyummu lagi. Kerna tak mudah bagiku untuk melupakan segala-galanya tentangmu. Aku akan tetap menjadi seorang penunggu sehingga engkau kembali walau kita telah jauh berbeza.

Sesungguhnya......
yg bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama dlm suka & duka, menegur kesilapan, memuji kebaikan,menutup keaiban tatkala teralpa dialah mengingatkan, tatkala bergelap dialah yg menerangi, tatkala terkurang dialah menambahkan, tatkala terlebih dialah jd pengagih..beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing, sentiasa ada waktu diperlukan..krn tawa & tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu & berpisah cuma hanya dgn Redha ILLAHI.. moga makna ini terus kau terjemahkan, buat generasi dhadapan... sebuah persahabatan yg hakiki........................................
Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya. Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti. Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian.
Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi. Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu.
Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci.
Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!

Wahai puteriku..







Dengarlah ucapan dan kata-kataku,



Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan
membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil
yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita
semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara
Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang
terkenal dengan keserasian akhlak
yag sangat ketat menjaga kehormatan diri
dengan menutup auratnya,
sekarang masyaALlah!!Para wanitanya
berpakaian terbuka
mempertontonkan lengan dan paha,
punggung dan dada. Kita gagal, dan
aku kira kita tidak akan berjaya.



Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita
belum menemui pintu ke arah
pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di
hadapanmu. Kunci pintu itu
ada di tanganmu. Jika engkau yakin
padanya dan engkau berusaha untuk
memasuki pintu itu, maka keadaan akan
berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada
pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata- kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-
maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!

Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Lahir Ibu…

Pada 4 Disember yang lalu, ibuku menyambut hari lahir yang ke-45. Aku dan adik-adikku yang lain bercadang untuk memberi satu kejutan buat ibu tersayang dengan bantuan ayah. Kami bercadang untuk masak sendiri kerana kebiasaannya kami sekeluarga akan makan diluar.

Menu yang dirancang adalah:

- Nasi Ayam Hainan

- Agar2 Jagung

- Kek

- Teh dan sunquick pic

Awal pagi lagi kami sudah ke pasar untuk membeli bahan-bahan. Kami mula masak pada jam 12 tengah hari sampai la jam 5.30 petang (agak lama jugak aku memasak…huhu). Pada mulanya ayah merancang untuk membawa ibu balik ke rumah pada jam 5.30 petang akan tetapi, tiba2 sahaja ayah menelefonku pada jam 5.10 petang mengatakan yang beliau dalam perjalanan pulang ke rumah kerana ibu sudah mendesak untuk pulang. Apalagi kelam-kabut aku menyiapkan juadah yang masih lagi belum siap. Kiranya, ibu sampai sebelum makanan semua siap dihidang. Tak jadilah kejutan…


Tapi ibu tetap terharu dengan apa yang sudah kami lakukan. Ini kali pertama aku cuba masak nasi ayam hainan. Resepi pun hentam kromo je. Iyala..takkan nak tanya ibu plak, nanti tak jadilah kejutan walaupun dah tak jadi kejutan…huhu. Bila dah makan, nasib baik sedap. Aku memang suka memasak pun. Dalam cuti ni je, dah bermacam-macam jenis masakan yang aku masak.



Ibu, ayung doakan agar ibu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Ayung doakan juga agar ibu tabah dan diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup ini. Ayung yakin ibu mampu. Ibu doakan jugak ye agar ayung mampu untuk jadi wanita yang cerdik dan solehah…

Wednesday, December 3, 2008

Training of Facilitator- KPIP



Alhamdulillah, akhirnya Training of Facilitator yang diadakan pada 27-30 November telah berjalan dengan lancarnya. Pihak KPIP meminta PKPIM pusat untuk menghantar wakil bagi mengisi slot-slot dalam program latihan fasilitator ini. Aku, Sumayah, dan Abg Zaidi diminta untuk turun ke program ini.


Dah lama rasanya aku tidak turun ke program fasilitator. Mulanya aku rasa agak kekok kerana dah banyak yang aku lupa tentang asas-asas untuk menjadi seorang fasilitator. Tapi aku kena yakinkan diri yang aku mampu untuk lakukannya sebaik mungkin. Apa yang lebih mengecutkan perut aku adalah apabila Abg Zaidi minta aku dan Sumayah untuk mengendalikan slot komunikasi. Aku kena jugak mengendalikan slot ni. Aku dan Sumayah telah sebulat suara: Aku akan mengendalikan yang teori dan Sumayah akan mengendalikan yang praktikal.


Betapa gementar dan berdebarnya perasaan aku waktu itu hanya Allah je yang tahu. Mana taknya, ini adalah kali pertama aku menyampaikan ceramah kepada lebih kurang 32 orang peserta. Sumayah cuba yakinkan yang aku mampu lakukan. Aku cuba sedaya upaya untuk lakukan sebaik mungkin. Alhamdulillah, berkat dari keredhaan Allah dan sokongan semua akhirnya aku berjaya lakukan sebaik mungkin sehinggakan susah aku nak berhenti cakap. Soalan yang aku terima dari peserta juga datang bertubi-tubi sehinggakan penat aku nak menjawabnya…huhu.




Ini adalah satu permulaan yang baik untuk aku terus melangkah ke peringkat yang seterusnya demi mengubah corak hidupku. Mulai saat ini, aku akan cuba berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lebih baik demi Islam, ayah, ibu, adik-adik, dan ummah. InsyaAllah dengan keberkataan dan redha dariNya.