“Hijrah Menjana Ummah Cemerlang”
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
“Satu Muharram detik permulaan”
Hijrah bukan setakat pindah dari satu tempat ke satu tempat sahaja, Hijrah juga boleh dikaitkan kepada perubahan bentuk peribadi dan perilaku seseorang daripada buruk kepada baik, daripada tak bagus kepada bagus, membersihkan diri dari sebarang gejala negatif dan maksiat adalah salah satu cara hijrah.
Hijrah bukan setakat pindah dari satu tempat ke satu tempat sahaja, Hijrah juga boleh dikaitkan kepada perubahan bentuk peribadi dan perilaku seseorang daripada buruk kepada baik, daripada tak bagus kepada bagus, membersihkan diri dari sebarang gejala negatif dan maksiat adalah salah satu cara hijrah.
Hijrahkan diri anda ke arah buruk kepada baik, miskin kepada kaya, kedekut kepada permurah, sesiapa yang sering berprasangka buruk terhadap orang lain juga hendaklah berhenti berprasangka buruk terhadap orang lain. Sesiapa pula yang sering mengaibkan hentikanlah kerana ia adalah kerja sia-sia dan ingatlah sesiapa yang suka mengaibkan orang di dunia maka Allah akan mengaibkan dia di akhirat.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430.
No comments:
Post a Comment