"Bahasa Jiwa Bangsa"
Tanpa bahasa, sesuatu bangsa tidak akan mempunyai identiti sendiri. Jadi apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia??? Kita seharusnya bangkit bersama-sama mempertahankan Bahasa Melayu dari terus luput di muka bumi ini. Ayuh kita tentang penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Kita seharusnya mengambil kira tentang situasi pelajar-pelajar di kawasan pedalaman. Bagaimana mereka akan berjaya jika penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran utama masih diteruskan? Cuba kita renungkan, akibat daripada situasi ini akan terjadilah banyak masalah-masalah sosial di kalangan muda-mudi apabila mereka hilang minat untuk belajar.Selain itu, pelajar-pelajar zaman sekarang hanya belajar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi bukan untuk pengamalan dalam kehidupan seharian. Seharusnya Ilmu harus terus kekal dalam hati setiap individu sebagai bekalan di dunia dan akhirat bukan hanya sekadar penghafalan untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.
Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik dan sangat istimewa. Sebenarnya, masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan bersopan santun adalah disebabkan oleh Bahasa Melayu itu sendiri.
No comments:
Post a Comment