My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 15, 2010

Salah orang (“,)


Hari Ahad lepas, ibu dan ayah suruh aku balik sebab ada kenduri adik aku bersunat. Disebabkan adik aku yg bekerja di TNB ada kerja lebih masa, terpaksalah kami balik awal pagi Ahad selepas Subuh. Aku ajak roommate aku pergi sekali (Shida). Aku terpaksa cari seorang lagi kawan yang boleh memandu sebab adik aku memang tak larat nak drive sebab dia habis kerja kul 2 pagi dan kul 5 pagi dia dah bertolak ke UIA ambik aku. Sebelum ni pun, dah 2 malam dia tak cukup tido. Jadi agak berisiko jika dia yg memandu seorang diri.

Bila dah akhir semester ni banyak kerja yang perlu disiapkan. Disamping, banyak juga program pada hari Ahad tu. Kawan-kawan yang rapat, semua tak boleh nak ikut aku balik. Susah betul bila tak tahu memandu, aku baru nak gi bengkel praktikal, Shida pulak baru nak ambik test JPJ. Jadi terpaksalah kol semua orang yg aku kenal.

Tiba-tiba nama seseorang ni terlintas difikiran. Aku pun malas nak fikir lagi dah. Aku suruh Shida mesej dia, ajak dia pergi. Aku kenal dia sebab kitorang pernah buat program kerjasama sekali. Tak de lah rapat sangat, tapi kalau terserempak kat tepi jalan tu senyum je lah. Mesej ngn dia pun tak pernah. Alhamdulillah, dia bersetuju untuk ikut dan tolong memandu balik ke Perak.

Al-kisahnya bermula disini….

Aku baru je mengejutkan seluruh ahli keluarga aku tentang lamaran seorang imam ni. Jadi, ibu dan ayah aku pun meminta pandangan seluruh ahli keluarga tentang hal ini termasuklah opah, tuk, pakcik2 dan makcik2 aku tanpa pengetahuan aku. Tapi, aku dah bagitahu kat ayah dan ibu yang aku baru je tolak lamaran tu tanpa sempat berbincang apa-apa.

Jadi cerita tentang hal ini masih panas lagi sebab janjinya aku nak ajak imam tu datang terus jumpa ibu dan ayah. Tapi, aku sudah pun menolak lamaran tanpa sempat membawa dia berjumpa ibu dan ayah. Aku fikir, mengajak ‘dia’ balik sekali adalah tindakan yang tidak tepat. Aku ingat nak cerita tentang hal ni pada ‘dia’ sebelum bertolak, tapi aku tangguhkan dulu sebab tak nak cerita depan adik aku…huhu.

Setelah 2jam perjalanan, kami pun selamat sampai ke perkarangan rumah aku. Hmm…’dia’ memang pemandu yang berhemah…haha. Sampai je dirumah, aku terus kenalkan ‘dia’ pada semua yang ada disitu. Awal pagi tu, masih belum ramai yang sampai. Lepas je sarapan, pakcik aku yang buat catering sampai. Aku suruh ‘dia’ tolong apa2 yang patut. Pakcik aku tu memamg buli dan suruh dia buat kerja habis-habisan. Pakcik aku memang panggil dia bakal menantu. Waktu tu, aku tengok dia memang kelu lidah untuk berkata-kata. ‘Dia’, ibu dan ayah hanya mampu tersenyum je. Aku kesian dan bersalah sangat pada ‘dia’….Syafa….Syafa….

‘Dia’ ada cakap kat aku yang dia memang ‘jemm’ waktu pakcik aku cakap macam tu. Mana taknya, dah dia memang tak tahu apa-apa…memang lah dia ‘jemm’. Keadaan menjadi semakin panas bila ahli keluargaku semakin ramai yang tiba. Kenduri tamat jam 5.30 petang. Selesai mengemas pada jam 6.30 petang. Kami akan bertolak pulang ke KL semula lepas sembahyang maghrib.

Dikesempatan yang ada inilah, opah sempat bertanya pada aku. “Inike imam tu?”. Aku terus jawab, “Bukanlah, ini kawan je…tak lebih dari itu”. Lupa pulak aku, patutla semua orang ingat dia la imam tu sebab perwatakan dia memang dah macam imam pun. Asyik bersongkok je dari keluar kereta sampai la nak bertolak pulang. Songkok memang tak lekang dikepala…huhu. Opah sempat cakap yang dia berkenan kat ‘dia’. Hmm…aku pulak yang ‘jemm’.

Waktu nak solat maghrib, aku tak bagi dia pergi surau. Aku suruh dia berjemaah je kat rumah sebab ayah dan tuk memang tak larat dah nak ke surau yang ajak jauh jugak dari rumah aku. Ayah suruh aku cakap kat ‘dia’ yang ayah nak dia yang jadi imam sebab ayah cakap ayah sakit mulut…haha. Bila aku cakap kat ‘dia’, ‘dia’ mula la tersenyum simpul. ‘Dia’ cakap, elok yang tua jadi imam. Aku malas nak berbahas dengan dia. Biarlah dia handle sendiri…huhu. Keluar je dari bilik, ayah terus suruh ‘dia’ jadi imam. Nak tak nak, memang ‘dia’ la yang kena jadi imam.

Yang mengejutkan aku dan menjadi tanda tanya pada diri aku adalah, lepas je selesai solat maghrib ayah seolah-olah ada sesi khas dengan ‘dia’. Begitu khusyuk dan penuh tekun sekali ‘dia’ mendengar. Sampai sekarang aku pun tak tahu apa yang diorang bualkan kan. Pelik, sebab ayah memang susah nak percaya pada orang. Lebih-lebih lagi orang yang baru kenal. Kata ayah, dia nak yang terbaik untuk anak2nya. Sebab itu, ayah nampak macam terlalu tegas dalam pemilihan calon ni. Tapi kali ni, lain pulak jadinya. Ayah seolah-olah percaya dan yakin dengan ‘dia’. Masalah besar ni, sebab aku dan ‘dia’ tak ada apa-apa. Kitorang baru je rapat.

Ayah seolah-olah dah pun menceritakan tentang latarbelakang keluarga kami pada ‘dia’ dan tentang segala penyakit yang dihidapi ayah sekarang. Satu keajaiban nampaknya…Dah la waktu petang tadi, ‘dia’ ditemuduga oleh opah dan tuk. Sekarang, ayah pulak…tapi, ni dah salah orang ni…huhu.

Masuk je kereta, aku terus minta maaf pada ‘dia’ atas segala salah faham yang terjadi. Dan aku terpaksa terangkan tentang perkara yang sebenar pada dia. Aku tanya ‘dia’, apa yang ayah borakkan? ‘Dia’ cakap…”Ohh, itu rahsia. Mana boleh bagitahu. Ko pun jangan tanya kat ayah ko. Cuma dia cakap, ko ni dah tua…..” Hmm….memang pelik…Makin keliru aku dibuatnya…

Monday, March 8, 2010

Akhirnya...


Aku hanya wanita biasa yg masih belum matang...
Juga belum bersedia sepenuhnya...
Aku masih lagi tidur bertemankan,
Bantal busuk dan bear-bear yang comel...

Ilmu masakan belumpun sepenuhnya dikuasai...
Ilmu jahitan baru saja mahu dipelajari...
Ilmu memandu baru saja di peringkat permulaan...

Aku masih suka bermain buaian...
Mana mungkin seorang isteri akan bersifat seperti kebudak-budakkan...
Nanti si suami akan keliru,
Mana satu anak dan mana satu isteri...

Kisah tentang seorang Nigina dan Nur Kasih sudah pun berakhir dengan sebuah pengakhiran yang baik sekali...(",)

Thursday, March 4, 2010

?????

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasihani...

For the rest of my life, I already open my eyes...
Bile ditanya pada hati kembali, rasanya hati masih belum bersedia sepenuhnya serta masih belum dapat menerima seadanya dengan sebuah ikatan yg dinamakan perkahwinan.

Bila tanya pada diri sendiri: "Aku tiada jawapannya"
Bila 'dia' tanya: "Awak sanggup terima saya seadanya"
Aku jawab: "Saya sanggup je...." (dijawab dgn rasa yg sangat ragu2)
Bila ditanya pada ibu: Ibu gelak dulu...kemudian ibu jawab "Kalau baru kenal dua tiga hari, ibu berat untuk menerima"
Bila ditanya pada ayah: "Stop talking about this nonsense right now. Maybe we need to go for a holiday to discuss about this matter. Just concentrate on your final exam"

Aku sebenarnya masih belum dapat apa2 petunjuk dariNya lagi...
Mungkin aku perlu fikirkan kembali atau terus menolak. Semuanya masih belum pasti lagi...

Monday, March 1, 2010

Lafaz Bismillah Pembuka Bicara...


Lafaz Bismillah Pembuka Bicara...
Ingin mencoret ape yg terbuku dihati kerana bila dipendam akan menjadi nanah... Rasanya bagai ada batu yang menghempap dikepala bila memikirkan kembali. Walaupun belum memberitahu tentang perjuangan dan wasilah kehidupan ku pada dia, hati tetap resah dan gelisah. Takut lepas ni dia takkan membenarkan aku untuk bergiat secara aktif lagi..Lemah rasanya.

Ingin mengalir airmata ini bila disuruh untuk membuat keputusan dan kata putus secepat mungkin. Jawapan aku bergantung sepenuhnya dengan petunjuk dari Allah. Jadi, aku tak dapat untuk memberikan jawapan secepat mungkin bila aku belum mendapat apa2 petunjuk lagi.
Sekali lagi entri akhi Mohd Afiq b. Mohd Saleh menjadi pilihan.

Kalaulah dia membaca blog ni, kan bagus. Tapi aku tahu...ini semua sangat mustahil...


PERSONALITI : LAZIM-LAZIMKAN IA SEBELUM BERKAHWIN

Persiapan Dalaman : Spiritual dan Material

Azri (bukan nama sebenar-bakal mempunyai blog sedikit masa lagi), salah seorang teman saya yang kacak orangnya, saya punyai ramai teman-teman sepengajian yang handsome belaka, jadi saya bertuah kerana tempias ke’handsome’man mereka, saya juga turut mendapat nama melalui tumpangan nama dan status kacak mereka, pendek kata saya cuma menumpang saham dan ‘minyak’ yang tumpah. (akhirnya saya sudah terpesong daripada membicarakan topik utama artikel ini), suatu petang dia bertanyakan saya, katanya mewakili seorang teman yang lain:

‘Apa persiapan anda, jika tinggal 5 bulan sahaja lagi untuk melangsungkan hari perkahwinan?’

Untuk menjawabnya, saya memerlukan beberapa fokus. Saya pasti, persiapan ini bukanlah dikira melalui seberapa banyak tempoh baki yang ada untuk berlangsungnya ke hari perkahwinan, jika setahun dan lebih lama pun masa untuk sampai ke hari yang dijanjikan, persiapan sudah wajar dijadikan keutamaan. Kalau bukan untuk berkahwin, apa salahnya untuk diri.

Tetapi saya faham akan permintaannya, (orang yang sudah hampir ke hari bahagia, gelabahnya makin menjadi-jadi). Ia buka soal persiapan sahaja, bahkan penekanan yang lebih dan last preparation untuk menuju kepada hidup berumah tangga. Kata saya begini, apabila sudah tinggal 5 bulan lagi untuk berkahwin, yang perlu ditumpukan adalah persiapan dari sudut material, adapun persiapan dari sudut spiritual (rohani dan ilmu) sepatutnya telahpun dipersiapkan sejak dahulu lagi, iaitu sejak mula-mula mengenali si idaman hati (iaitu pada hari pandang pertama atau tempoh taqdim).

YA, tempat tinggal (rumah atau kediaman), belanjawan majlis kahwin, kos KEHIDUPAN selepas hidup berdua dan lain-lain jenis persiapan material perlu disiapkan dalam tempoh ini. ia bukanlah kerana saya tidak mementingkan kerohanian (persiapan agama) tetapi persiapan ini (persiapan material) adalah jalan untuk kekuatan dan peneguhan kepada spiritual. Bagaimana mahu mendidik (mentarbiyyah) isteri jika rumah pun tiada? Macam mana pula jika suami hanya cukup-cukup sahaja belanjanya untuk keperluan sendiri, isteri mahu makan apa? Itulah yang dinamakan persiapan material yang akan menyambungkan kepada kekuatan spiritual.

Saya percaya, persiapan spiritual (ilmu agama) ini tidak perlulah saya menyentuhnya kerana sahabat yang bertanya ini seorang yang mendalami agama seperti saya. Sekadar lepas ilmu fardhu ain, fardhu kifayah, rukun iman dan ISLAM sudah memadai untuk anda memenuhi syarat berumah tangga. Ilmu-ilmu lain seperti tasawwuf, skill mendidik isteri, memasak dan lain-lain akan secara automatik dipelajari semasa hidup berumah tangga.

Seorang pakar motivasi terkenal menyebutkan, ‘jika kita mahu menunggu diri kita sudah bersedia, sampai bila-bila pun tidak akan ada suatu tanda aras atau ukuran yang mengiktrafkan bahawa kita sudah sampai ke tahap bersedia’

Lalu beginilah kesimpulan saya, ‘bersedia’ itu akan terjadi apabila kita sudah mengalami atau sedang melaluinya. Pengalaman adalah suatu persediaan kepada persediaan yang akan datang. Lalu, pengalaman hari ini akan menjadi guru kepada anda untuk mengawal anda ke tahap yang seterusnya. Begitulah seterusnya dan seterusnya….

Kerana itulah jika difikirkan secara mudahnya, bagaimana wanita-wanita yang bujang ini mahu membuat persiapan untuk mengandungkan anak nanti, adakah mereka perlu merasai (mempraktikkan) dahulu sakitnya melahirkan anak sebelum bernikah? Mustahil, mahu atau tidak mahu, persediaan (persiapan) tadi harus dilakukan selepas mereka disahkan mengandung (iaitu semasa dan sedang melaluinya).

Sebab itulah apabila teman-teman saya bertanya, ‘sudah bersediakah untuk berkahwin?’ kata saya; ‘Iyakan sajalah, jika tidak sampai bila mahu tunggu sudah bersedia?’

Namun begitu, tidak dinafikan segala persiapan untuk ke gerbang perkahwinan mestilah mendahulukan aspek dalaman diri, iaitu spiritual yang saya maksudkan, lebih-lebih lagi jika anda yang bakal menjadi seorang suami dan ayah kelak. Elemen tarbiyyah diri-sendiri mesti paling kuat dan perlu diutamakan untuk disematkan sebelum ia dialirkan kepada isteri seterusnya anak-anak yang bakal lahir nanti. Andai solat 5 waktu pun masih culas, bagaimana anak-anak anda nanti? Kata pepatah, ‘Ayah kencing berdiri, anak kencing berlari’ atau ‘Ayah borek, anak rintik’ atau ‘Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’

Apabila sistem tarbiyyah ini telah stabil dan mampu menguasai ahli keluarga, ia tidak lagi dapat diatasi oleh apa-apa lawan sekalipun. Seorang yang miskin harta tetapi mempunyai kekayaan jiwa tetap akan melalui KEHIDUPAN berkeluarga dengan bahagia dan tenang. Kerana bahagia itu terletak pada agama, sebaliknya nilai material ketika itu sudah menjadi keperluan sampingan sahaja.

Percaya atau tidak, lihat sajalah pada Rasulullah saw, bahagianya terlalu agung walaupun di sisisnya tiada kekayaan, tetapi agungnya kerana budi dan agama yang dibawa.

Nota: Agama adalah asas keharmonian dan kebahagiaan untuk semua aspek KEHIDUPAN. Keluarga, masyarakat, dan Negara akan harmoni dan damai melalui pegangan terhadapnya.


Persiapan Terapi Diri : Imej dan Penampilan

Seperkara yang menjadi lepas pandang oleh para lelaki adalah soal imej, lebih-lebih lagi zaman sudah mula beredar, lelaki lebih gemarkan pakaian yang mudah dan ringkas. kemeja lengan pendek dan seluar panjang sudah memadai untuk ke tempat kerja. Kalau pelajar pula lebih ringkas daripada itu, mana yang sempat disarung dan dicapai, akhirnya ke kuliah dengan t-shirt dan jeans lusuh yang sudah kali ke 4 ditangguhkan untuk ke mesin basuh.

Kata pepatah Inggeris menyebutkan: ‘Jangan nilai sebuah buku itu berdasarkan kulitnya sahaja’ tetapi jika kulitnya (luaran) sahaja sudah tidak menarik untuk mata memandang, bagaimana pula orang mahu mendekati isi dalamnya?

Soal bijak berhias dan menjaga imej diri ini amat penting dan perlu dititik beratkan terutama bagi seorang lelaki. imej itu menggambarkan personaliti dan penampilan diri, cuba lihat di sekeliling anda adakah seorang Perdana Menteri tidak perlu berkot dan berpakaian kemas? Jika dia hanya memikirkan dia perlu berpakaian ringkas tanpa mempedulikan apa pandangan orang kepadanya, dia boleh melakukan begitu. Masuk ke Sri Perdana Putrajaya dengan memakai t-shirt sahaja, dia berhak tetapi situasi tidak membenarkannya kerana statusnya sebagai orang nombor satu di dalam Negara.

Lebih-lebih lagi jika anda seorang pelajar yang bertitlekan syariah, ia makin dipandang oleh orang kebanyakkan di sekeliling anda.

Lelaki juga harus begitu, asas memperkemaskan diri dengan imej yang sedap mata memandang perlu dipelajari dan di ‘biasa’kan sebelum berkahwin. Jangan semberono sahaja dalam berpakaian, ramai yang tahu menjaga pakaian dari segi hukum menutup aurat, tetapi lemah dalam menggayakan diri dengan penampilan yang kemas dan menarik. Mari saya kongsikan beberapa petua ringkas dan mudah dipraktikan untuk anda kelihatan menarik di mata orang:

• Seeloknya anda perlu membiasakan diri dengan pakaian yang kemas dan sopan. Jika tidak mampu untuk berkemeja lengan panjang (tie-in) dan berseluar slack yang digosok rapi, sekurang-kurangnya T-shirt yang anda pakai itu tidaklah kelihatan hodoh dan lusuh. Apa salahnya, jika ada sebahagian t-shirt dan baju-baju yang anda khususkan untuk kegiatan luar sahaja, itu sudah memadai, asingkan dari kegunaan dan aktiviti di dalam rumah seperti tidur dan memasak. Bukanlah mahu demand, tetapi sekadar mahu dilihat sebagai lelaki yang tahu mengurus diri.

• Sebaik-baiknya juga, baju atau tubuh anda tidak lekang dari wangi-wangian yang harum. Jika tidak gemar akan bau-bauan atau alahan dengan bau wangi yang kuat, sekurang-kurangnya janganlah ada bau yang ‘kurang menyenangkan’ keluar daripada badan anda. Bukanlah untuk bermegah-megah dengan perfume yang mahal dan standart, tetapi cukup untuk membolehkan orang mendekati kita tanpa rasa kurang senang dan ‘menutup hidung’. Barangkali mungkin tidak enak apabila orang mula berkata kepada anda: ‘aku tak tahanlah dengan si polan ni, baunya kuat sangat. Nak duduk rapat pun tak selesa’

• Jika anda seorang pelajar atau mahasiswa, sikap ini amat perlu, tidak kiralah apa jenis pakaian yang digayakan. Jika anda tidak gemar dan tidak mahu berkopiah atau bertopi ke kuliah, tidak berat dan susah jika mengambil masa yang sekejap untuk menyisir rambut anda. Tidak mahu kelihatan seperti 'budak skema' pun tidak mengapa, tetapi cukup sekadar orang tidak puas menatap dan tidak jemu memandang. Mudahkan?

• Adakalanya perlu untuk bermanis mulut supaya mudah untuk orang bergaul dengan anda. tidak susah, selalu tersenyum apabila bertutur, ringankan mulut untuk memberi salam dan sering bertegur-sapa apabila bertemu. Bukanlah mahu mempamerkan keramahan, tetapi sekadar menjaga ukhwah sesama kita umat ISLAM.

Mempraktikkannya tidaklah sesukar membuat kek lapis Sarawak yang memerlukan banyak komitmen, cuma memerlukan sikit semangat diri untuk berubah kepada gaya penampilan yang lebih memotivasikan. Apabila kelihatan kemas dan menarik, semua orang akan minat bersua dan berkomunikasi dengan kita. Silap hari bulan wanita-wanita akan jatuh hati kepada anda, ibu-ibu pula mengintai-intai calon untuk menantu mereka.

Setidak-tidaknya anda sudah melestarikan dan menunaikan amanah kepada diri sendiri. Hak itu akan ditanya jika tidak ditunaikan.

Akhirnya, saya tidak menafikan bahawasanya merubah diri kepada penampilan yang lebih baik adalah rumit. Jika anda tidak mahu memulakan dari sekarang untuk diri sendiri, bagaimana nanti untuk menguruskan pakaian, makan minum anak-anak dan isteri. Dalam hal ini, disiplin amat penting.

Penutup:

Persediaan perkahwinan bukan sahaja dilihat dari sudut yang kita nampak sahaja, tetapi di sebaliknya lebih dari sebuah persiapan yang tinggi dan komitmen bersungguh-sungguh. Jika mahu membina surau pun banyak kerenahnya, apatah lagi sebuah masjid yang mahu diabadikan sehingga ke syurga.

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani....

Aku sebenarnya, benar2 berada dalam keadaan yg sangat2 keliru. Aku tak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Apa2 pun kepada Allah kusandarkan segala keputusan. Sedang dalam kekeliruan hidup, aku membaca blog akhi ini. Aku sangat terinspirasi dengan entri penulis blog ni. Sedikit sebanyak, blognya mengubat sedikit kekeliruan yang sedang melanda di kala ini. Beliau adalah Akhi Mohd Afiq b. Mohd Saleh...Terima Kasih aku ucapkan. Terima KAsih diatas perkongsian ilmu yang saudara coretkan...Disini aku "copykan" entrinya...

CINTA : TURUTLAH KATA HATI, ANDAI YAKIN DIA PILIHAN-MU

Kelmarin, saya menerima komen daripada seorang pembaca, meminta saya agar diberi kekuatan (tasyji’) kepadanya dan cara mengawal perasaan hati yang telah terlanjur mencintai seseorang. Membaca luahan itu dan kebimbanganya, saya turut merasakan apa yang dia rasakan.

Akhirnya saya memutuskan untuk menulis artikel ini sebagai jawapan untuknya dan sekalian pembaca. Terimalah!

Awalnya di sini, saya mahu menyebutkan bahawa nafsu hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disekat kerana ia sebuah fitrah. Fitrah yang disekat akan merosakkan dan membantutkan kemanusiaan. Misalnya, Makan adalah nafsu dalam masa yang sama ia juga disebut fitrah, makan boleh dikawal dengan cara mengawal jenis makanan yang diambil tetapi ia tidak boleh sama sekali disekat, nescaya manusia akan mati dek kerana tidak makan.

Selain makan, perasaan sayang, ingin dicintai, mencintai si dia, dan lain-lain perbuatan adalah fitrah (nafsu) yang juga tidak dapat tidak perlu dikawal bukan disekat. Apa salahnya bercinta jika ia adalah tuntutan agama dan untuk melaksanakan keperluan naluri manusia. Apa salahnya terasa ingin disayangi dan minat terhadap seseorang jika itulah sebahagian kehendak naluri manusia. Yang penting ia mesti dikawal dan melalui jalan yang betul. ISLAM tidak menyekat firah itu, bahkan menyediakan alternatif yang terbaik untuk disalurkan.

Ada manusia, dia terlalu cinta dan minat kepada seorang lelaki, lalu ditahan-tahan perasaan itu sehingga menyeksa diri. Sedangkan ISLAM telah mengatur dan menyediakan wasilah yang baik, tidak salah bagi saya jika seorang perempuan menyatakan hasratnya kepada seorang lelaki atas dasar mahu membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang diredhai ALLAH. Tidak ada istilah ‘Perigi Mencari Timba’ di dalam kamus hidup ISLAM. Jika khadijah mampu melakukan, mengapa anda tidak wahai sekalian wanita?

Menjawab kepada persoalan seorang pembaca saya yang bertanya, saya hanya mampu memberikan jalan penyelesaian tetapi anda yang perlu mengambil langkah berani untuk membuat tindakan merubah dan menyelesaikannya. Kepada ‘saudari’ yang bertanya, jangan simpan perasaan itu, nyatakanlah ia jika ia terbaik untuk diri saudari dan agama saudari. Kalau benar ia adalah pilihan-mu, turutlah kata hati yang tulus.

Saya akan menceritakan soal firasat pada perenggan seterusnya. (jangan berhentikan pembacaan di sini dahulu)


Cerita Saya

Mengimbau beberapa langkahan tahun yang lalu, seperti membuka semula detik kekecewaan yang pernah saya lalui. Saya terfikir, apa jua ujian yang didatangkan sebelum ini, tegar saya hadapinya, namun apabila ia berupa perasaan dan naluri hati, ia terlalu halus dan tersentuh untuk saya lalui. Lemah dikala berhadapan dengan sifat mulus itu.

Apabila saya telah merasai bagaimana sukarnya menghadapi kekecewaan hati, saya tidak mahu orang yang istimewa (terlalu baik) pada saya atau teman-teman rapat merasai seperti apa yang saya rasa dahulu. Ia memungkinkan kewarasan anda bertukar kepada ammarah yang gila. Saya sudah rasai apa itu sebuah rasa ‘tidur tidak lena’ dan saya juga telah lalui apa maknanya 'penantian suatu penyeksaan', lalu ia mematangkan saya untuk memahami pula erti ‘bunga bukanlah sekuntum’ walaupun dalam tempoh mendalaminya saya terpaksa melalui jalan yang perit dan pedih.

Pendek sahaja kisahnya, wanita yang saya simpan perasaan terhadapnya selama saya menuntut di kampus menolak ‘proposal’ saya. Ketika itu, hanya iman yang mampu menjadikan saya bertindak waras. Saya menerima jawapannya itu sebagai motivasi pada hati, si dia menolak secara berhemah dan baik serta alasan yang kukuh, lalu dengan jawapannya diberi itu saya telah menyalahkan diri kerana tidak yakin pada firasat hati yang memberi isyarat selama ini.

Kata ‘nya’ saya hanya terlewat beberapa minggu, lalu orang lain sudah mendahului langkah saya. ‘jika hati ini mampu mengisi dua kekosongan, maka hati yang satu lagi akan diisi oleh ustaz’ ini katanya yang terakhir sampai kini masih saya ingati. Ia menambahkan lagi kekuatan firasat hati saya dengan kata, dia sepatutnya menjadi milik saya ketika itu. Tetapi salah saya juga, sengaja melambat-lambatkan ‘urusan’ itu, dengan alasan kononnya tidak mahu mengganggu konsentrasi pelajaran.

Beberapa tahun mendatang, ia mengajari saya tentang kepercayaan kepada mistik dan kekuasaan sebuah spirit yang dinamakan jodoh. ‘kelewatan beberapa minggu’ dalam episod cinta saya dahulu adalah jodoh dan ketetapan yang TUHAN tuliskan untuk saya.

Nasihat kepada semua teman yang sudah dilamun perasaan ini, jangan tiru seperti saya. Jika hati sudah berkata YA, jangan ditangguh-tangguhkan, ia mungkin salah-satu isyarat hati daripada TUHAN. Percayalah!


Yakinlah Pada Hati, Ia Sebuah Petunjuk

Tahukan anda, apabila hati sudah selalu mendampingi TUHAN, kamcing berbicara dengan-NYA atau segenap perkara selalu mendahulukan DIA. Nescaya suatu pemberian yang tiada pada orang lain akan dianugerahkan kepada anda. iaitu firasat hati.

Orang bertanya, bagaimana mahu mengenali firasat hati yang suci? Mudahnya begini, jika kita jarang berdosa dengan TUHAN dan meletakkan DIA sentiasa di dalam hati, maka segala kehendak kita dan bisikan hati itu kemungkinan datangnya juga daripada kehendak TUHAN. Prinsipnya senang sahaja, kita memberi TUHAN jua memberi. Kita melaksanakan, TUHAN pula membalas. Jadi tidak hairanlah, segala susah payah kita pada DIA diberi pula kepada kita suatu pertolongan dari jalan yang tidak kita sangka-sangka. Iaitu firasat hati.

Kadangkala hati terasa berat terhadap sesuatu kebaikkan, ‘mahu buat atau tidak, mahu buat atau tidak’ (ini yang selalu diungkapkan) pesan saya, usah terlalu banyak ‘bertidak-tidak’ dalam melakukan amal kebaikkan. Kebaikkan yang sering tertangguh dan hilang moodnya kerana terlalu biasa dengan was-was hati yang mengajak kepada tidak melakukan, akhirnya semangat beramal hilang atau surut, akhirnya ia berganti pula kepada rasa takut untuk melakukan.

Lalu, dalam soal mencari jodoh bagaimana pula?

Saya faham, dalam urusan mencari jodoh atau pasangan ini, kebanyakkan orang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan dan nilaian. Halus dan teliti untuk merencana. Betullah kata seorang teman saya, mencari pasangan bukan seperti membeli baju sejuk, kalau tersilap beli atau bosan memakainya boleh digantikan dengan yang lain. Saya menambah pula: ‘tapi kamu kena ingat, ia boleh ditambah, kahwin lagi satu!’ berdekah-dekah ketawa kami.

Tidak salah jika anda mengamalkan sikap berhati-hati dan teliti dalam soal jodoh, kerana pasangan yang dipilih bukanlah untuk KEHIDUPAN sehari dua sahaja, kalau boleh hendak juga seperti kata ‘bergandingan sampai ke syurga’ atau ‘aku menanti-mu di pintu syurga’. Siapa yang tidak mahu begitu? Dialah satu-satunya teman kita bermula dari dunia (pandang pertama) sehingga ke alam syurga, alangkah bahagianya!

Yang menjadi salah dan selalu terjadi adalah sikap ‘terlalu’. Hati sudah berkali-kali berkata YA, perasaan dan jiwa seolah-oleh telah berkata ‘pergilah, pergilah, katakan padanya (si dia) aku ingin melamarmu sebagai suri hidupku’, namun, sikap yang dikatakan ‘terlalu’ tadi telah menghalang segala-galanya. Sehingga ke saat kritikal dan lamunan perasaan sudah menggila pun masih lagi ‘bertidak-tidak’. Akhirnya, kata hati (firasat) yang meronta-ronta lalu diabaikan. Tinggallah jiwa yang terseksa menanggung cinta dan perasaan. Sedangkan hasrat murni itu jika awal-awal ditunaikan, akan dapat menutup sebahagian dariada pintu-pintu dosa.

Maka tidak terjadilah peristiwa ‘syok sendiri’.

Kalaupun dia bukan jodoh kita atau ‘proposal’ ditolak, sekurang-kurangnya kita sudah mengetahui dan boleh membuat keputusan atau langkah seterusnya, atau terus membuang si dia daripada perasaan hati daripada duduk menantikan jodoh yang belum pasti akibat sikap diri yang ‘bertidak-tidak’ tadi. saya percaya, ramai yang kecewa dan ‘melepas’ disebabkan sikap ini terutamanya apabila ia depengaruhi dengan sikap ‘malu mendahulu’ dan ‘nanti dahulu’. Begitulah apa yang telah terjadi kepada saya dahulu!


Istikhoroh; Teman Yang Jujur

Selain daripada bergantung kepada firasat hati, mukmin yang sejati kebergantungannya mesti diletakkan kepada TUHAN sebagai pendahulu dan pengakhiran. Mendahulukannya dengan memohon petunjuk (iaitu doa), dan mengakhirinya dengan tawakal, serta syukur selepas memperolehinya. Kaedah ISLAM ini terlalu cantik dan indah, dalam apa jua situasi ia sentiasa diberi ganjaran. Di kala gembira kerana mendapat sesuatu kita akan beroleh pahala, ketika sedih kerana kekecewaan pun kita dijanjikan pahala.

Begitu jua dalam hal ini, iaitu soal mencari pasangan, ia lebih-lebih lagi memerlukan petunjuk daripada ALLAH agar dibukakan apa yang pada mata kita tidak nampak akan kebaikkan dan keburukannya. Kerana itu DIA ada menyebut di dalam al-Quran pada surah al-Baqaroh, kata-NYA: ‘Mungkin apa yang kamu sukai itu tidak baik bagi kamu, dan apa yang kamu benci itu terbaik untuk kamu, ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu (wahai manusia) tidak mengetahui (baik dan buruknya)' Cara mengetahuinya dengan berdoa memohon petunjuk daripada-NYA.

Kerana itu saya tuliskan pada artikel yang lalu, ‘Jodoh Itu Luar Biasa Sifatnya’. Luar biasanya adalah kerana manusia itu tidak mengetahui apa yang TUHAN ketahui.

Dalam ISLAM memohon petunjuk melalui solat disebut sebagai Solat/sembahyang Istikhoroh. Para ulama tidak kira di dalam perkara yang kecil mereka akan mengamalkan solat ini, agar petunjuk sentiasa berada bersama mereka. Apatah lagi jika ia berkaitan dengan perkara yang besar seperti mencari dan memilih teman hidup. Jawapan yang anda bakal perolehi adalah jawapan yang terbaik, direct daripada TUHAN waimmah jawapan yang diilhamkan itu tidak sama seperti perencanaan kita, ia tetap terbaik kerana itu adalah hasil rencana TUHAN.

Oleh kerana itu, Istikhoroh adalah cara terbaik memohon segala petunjuk.

Penutup;

Meniti KEHIDUPAN yang jauh ini seolah tidak tahu di mana perhentiannya dan di mana titik noktah di hujungnya nanti. Kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi, maka TUHANlah selayaknya menjadi teman penyuluh jalan. Doa dan tawakal jangan pernah dilupakan.

Wednesday, February 17, 2010

Terima Kasih....

Niat dihati ingin menukar background blog kepada yang lebih cantik sikit...
Tapi..aku ni mana la pandai sangat bab2 ni...

Blog ni pun org yg tolong buatkan...

Aku mintak tolong Shida ajarkan...

Dia ajar, pastu dia terus masuk bilik dia sebab esok dia nak exam...

Aku pun malas nak kacau dia...


Jadi, aku pun cubala buat sendiri...

Bila aku buat sendiri, lain pulak jadinye...

Habis semua gadget yg ade hilang...


Bila tgk blik blog tu...

Nampak mcm pucat lesi je...

Waktu tu aku rasa macam jiwa aku dah mati je...
Rasa macam nak buang je blog ni...
Malas nak tengok dah...


Dengan rasa tak malunye...

Aku msg pembuat blog asal ni...

Waktu tu aku memang dah putus asa...

Sebab aku memang tak tau nak cari balik semua yg hilang tu...


Jadi, dengan muka yg sangat tebal...

Aku suruh pembuat asal blog ni...

Untuk tengok balik dan cari apa yang patut dicari kembali...


Hari ini...

Bila, aku buka kembali blog aku...
Background dah berubah...

Semua yg hilang pun dah kembali semula...
Barulah jiwa ni rasa hidup kembali...


Kepada beliau,


Sekalung penghargaan diucapkan....Budi dan Jasamu takkan ku lupakan...Beliau adalah orang yang sangat banyak membantu aku dalam bidang IT ni...Beliau selalu aku susahkan dengan masalah2 IT ni...Maaf ye...Tu lah, sape surah pandai dalam bidang ni...(",)

Monday, February 15, 2010

Sahabat Saya...


Semalam aku ber’YM’ dengan seorang sahabat ni sebab ada seorang sahabt aku yang sorang lagi suruh. Aku kata aku takut, takut emosi dia tengah tak stabil. Tapi aku cubalah dulu, mana tau dia okey. Aku start YM dulu dengan dia. Agak lama juga aku tunggu tapi dia tak balas. Aku pun bagitahu kat sahabat yang seorang lagi ni cakap dia tak balas pun YM aku. Sahabat aku jawab, mungkin dia tak berada didepan computer kot. Aku pun rasa macam tu sebab takkan tanpa sebab dan alasan yang kukuh dia nak ‘ignore’ aku pulak.

Dalam sejam kemudian, barulah sahabat aku yang tadi balas. Dia cakap: “Maaf, tadi tengah tolong mak kat dapur”. Dia Tanya, kenapa??Silalah Tanya soalan. Aku cakap, tak pe lah sebab orang yang nak bertanya dah pun offline. Dia cakap: “Apa kena mengena aku dengan orang yang dah offline tu?”. Tanpa sempat aku membalas dia cakap: “Kalau soalan tu tentang aku, aku tak nak jawab”. Hmm…aku berfikir: Apa maksud dia yang sebenarnya???Selama ni, dia ada salah faham pada aku ke???

Duhai sahabat yang dikasihi, Demi Allah…selama ni aku tak de pun nak tanya benda yang mengarut. Memang banyak soalan yang terbuku yang kadang-kadang buat aku tak jadi nak Tanya. Maaf, kalau selama ni aku banyak buat ko tertanya-tanya.

Dalam YM tu, dia ada cakap yang dia sayang sangat pada semua sahabat-sahabatnya. Dia tak sanggup nak lukakan hati sahabat-sahabatnya. Kalau boleh, dia nak berikan yang terbaik kepada semua sahabat. Tiba-tiba dia cakap:

“Aku malu pulak”

Kenapa malu?

“Sebab kau tau yang aku sayang semua orang…haha”

Haha…kalau tentang tu, aku dah tau lama dah. Dari matrik lagi…(sebab dulu ko selalu zahirkan yang ko sayang sangat pada semua sahabat-sahabat. Ko pun pernah cakap kat aku: kalau ada orang yang buat benda tak elok pada ko bagitau kat aku. Tahulah aku nak buat ape..)

“Aku ni kan lelaki macho” (mesti ko malu bila cakap macam ni sebab ko lelaki yang ada ‘ego’ sikit…maaf ye)

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………................

Ini pula petikan yang aku ambil dari blog seorang sahabat sebab aku tertarik dengan kata-kata ni ~

Teringat kata-kata Walid Zainul semasa dalam perjalanan pulang dari Johor. Ada 3 asbab seseorang itu berkawan:

1- Kerana Allah, tiada sebab lain, kita amat sayang dia

2- Kerana kita perlukan sesuatu darinya, dan kita boleh peroleh faedah darinya

3- Kerana kita mahu menjadikannya pasangan hidup kita.