My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 29, 2009

Kau Sahabatku...Kau Teman Sejati



Moga-moga persahabatan kita kekal selamanya walau badai datang melanda...

Kita bertemu kerana Allah...

Kita bersahabat juga kerana Allah...

Kita berpisah juga kerana Allah...

Jika didunia kau sahabatku...

Diakhirat kelak juga aku masih ingin bersahabat denganmu...

Fasilitator vs Bakti Siswa








Sebelum semester baru bermula, aku sempat menyertai "Program Motivasi UPSR" di Sekolah Kebangsaan Ayer Pa'abas, Melaka. Ape yang menariknya, program kali ini bersifat seperti bakti siswa. Kami menginap di rumah orang kampung yang berdekatan dengan sekolah. Ketibaan kami disambut dengan hati yang terbuka...

Lebih mengharukan, keesokkan harinya...penduduk kampung mengadakan sedikit kenduri sebagai simbolik menerima kunjungan kami ke kampung mereka. Layanan yang diberi memang tahap kelas pertama...

Di sekolah pun sama. Pelajar-pelajar yang comel. Perangai mereka memang mencuit hati aku. Kali ini aku pegang grup dengan Khairul Anuar. Pertama kali jumpa dan kenal. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar demi masa depan anak-anak bangsa...moga-moga apa yang aku sampaikan pada mereka diberkati dan dirahmati Allah...InsyaAllah...

Thursday, July 2, 2009

Ya Allah…Berikan Dia Kekuatan

Disebalik sekeping hati yang ceria, rupanya terselit sebuah kedukaan yang tidak aku jangka. Selama ini, aku fikirkan engkau bahagia dengan hidupmu walau pelbagai onak dan duri terpaksa engkau tempuh.

Aku rasa bersalah kerana mungkin kau memikirkan yang aku langsung tidak memahami dirimu…Percayalah, sebenarnya aku sangat terkejut. Rupanya selama ini, engkau telah memendam seribu keperitan dan kedukaan seorang diri. Aku cuba mempositifkan dirimu agar kau tidak terlalu terluka dengan cuba memandang masalah yang kau hadapi dengan fikiran terbuka. Tapi katamu: “Apalah daya seorang wanita melainkan diam dan terus memendam”. Aku cadangkan agar kau luahkan. Tapi katamu: “Ego seorang lelaki sangat tinggi. Dia tak boleh nak menerima dan mengakui kesalahannya sendiri”. Betulke begitu?? Walau kita cuba cakap dan menasihati dengan lembut dan berhikmah?? Tapi bagiku, dia boleh mendengar kalau cuba berdiplomasi. Katamu, kau lebih memahami dia lebih dari aku.

Ketahuilah olehmu yang aku menangis sendiri bila mengetahui apa yang sebenarnya terpendam dalam hatimu. Aku tak mampu nak buat apa-apa…melainkan menjadi sumber kekuatan dirimu. Aku hanya mampu menasihatimu agar kau terus kuat dan jangan jadikan kedukaanmu sebagai sebab untuk kau terus lemah dan hilang kekuatan untuk terus hidup. Ketahuilah olehmu yang selama ini kau merupakan sumber inspirasiku untuk terus kuat menjalani liku-liku hidup ini. Jadi, kita saling perlu-memerlukan diantara satu sama lain. Kita harus sama-sama kuat menongkah dugaan dan cabaran yang Allah berikan buat kita.

Bangkitlah engkau menjadi seorang wanita yang tabah.. Bersabarlah dikau diatas apa yang terjadi kerana sabar itu tiada hadnya. Kita tak boleh menghadkan sabar. Sabar juga merupakan separuh dari iman. Allah maha adil dan hanya Dia yang mampu melembutkan hati hambanya. Nasihatku agar kau banyakkan bersabar dan berdoa kerana syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya. Aku tahu, jauh disudut hatimu…engkau menyayangi dia cuma kadang-kadang egonya yang membuat kau makan hati.

Mendengar kisah-kisahmu membuatkan aku takut untuk memikirkan kehidupan aku dikemudian hari nanti…Mampukah aku untuk menjadi setabah dan sekuat engkau???Kuncinya adalah letakkan sepenuh kesabaran, cuba menerima seadanya dan banyakkan berdoa…

PERISTIWA HITAM TANAH MELAYU 16 JUN 1948


Rakyat tempatan terutama generasi selepas merdeka sudah pasti tidak meletak sebarang keistimewaan kepada tarikh 16 Jun, walaupun mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 ada mencatat tarikh berkenaan dan peristiwa yang tercetus pada hari terbabit 61 tahun lalu.

Tanggal 16 Jun 1948 adalah hari bermulanya komunis Tanah Melayu mengganas tanpa ampun dan Kerajaan British ketika itu, menjalankan gerak gempur secara habis-habisan dengan mengisytiharkan darurat di bumi tercinta ini.

Pada pagi hari malang 61 tahun lalu itu, pengganas komunis menyerbu ke Estet Elpil, di Sungai Siput, Perak dan tanpa teragak-agak menembak mati pengurusnya, Arthur E Walker, 50. Pada masa yang sama, satu kumpulan lain menyerang ladang getah bersebelahan dengan membunuh pembantu pengurus, Ian Deare Christian, yang baru berusia 21 tahun sebelum menembak mati pengurusnya, John Mun Allison.

Tiga tragedi pada pagi itu bukan saja mengejutkan penghuni ladang getah, bukan saja di Perak bahkan ke seluruh ladang di Tanah Melayu, yang hampir semuanya milik Inggeris dan ia dilihat sebagai kempen keganasan komunis yang memang sengaja disasarkan kepada bangsa British yang berada di tanah air ketika itu.

Mengimbau sejarah awal, ideology komunis tiba di Tanah Melayu pada 1920-an terutama sekitar 1925. Imigran Cina membawa buku dan risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Hasil kegiatan mereka, guru dan pelajar sekolah Cina menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada 1926 dan ideologi komunis mula disebarkan, berpaksikan Parti Kuomintang (KMT) yang bekerjasama dengan Parti Komunis China (PKC) di China.

Perpecahan KMT-PKC pada 1927 menyebabkan PKC menghantar lima wakilnya ke Tanah Melayu dan berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada 1927, sebelum mewujudkan Parti Komunis Malaysia (PKM) pada 6 April 1930 yang beribu pejabat di Singapura.
PKM diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia, selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu dan parti itu diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh, yang berpusat di Shanghai.