My Love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 28, 2009

Permata Hati…









Ramai orang cakap bila kita tengok budak-budak atau baby hati akan berasa tenang dan segala masalah akan kita lupakan sekejap. Ini kerana baby ni masih suci dari sebarang dosa. Dan semua baby comel. Anak-anak merupakan hadiah terindah dari Allah bagi setiap pasangan suami isteri.

Baru-baru ni, sahabat aku datang ke UIA. Dia bawa anak dia yang baru berusia 5 bulan. Comel sangat-sangat. Comel kan anak dia?

Bile ye agaknye aku nak dapat anak yang comel macam ni???
Dengan selamba dia cakap: “Kalau nak, kawin lah dengan orang Pakistan. Abang dia single lagi. Tapi kena duduk kat sana laa sebab abang dia taknak keluar dari sana”.
Haha.. Aku gelak je, sebabnye kalau nak kena hambat dengan ibu dan ayah aku cuba la buat…

Di Sebalik Diri Ini…


Aku suka tengok cerita-cerita fairy tales dan juga cerita-cerita yang berkaitan dengan seorang puteri. Dari kecil sampailah sekarang aku masih suka tengok cerita-cerita yang macam ni. Dan akibatnya… aku teringin sangat nak jadi PUTERI MAHKOTA. Huhuhu… Apa yee perasaan jadi seorang puteri ni?? Seronok atau membebankan?? Aku tiada jawapannya… Hahaha..

Syafa!!! Please stop dreaming. Impian yang sudah pastinya tidak akan tertunai. Ini semua karut dan merepek je kan??? Tapi inilah yang aku rasa…tak tau la kenapa aku nak sangat jadi seorang puteri. Sebab apa ye?? Mungkin sebab dah terpengaruh dengan cerita-cerita yang aku dah tengok kot…

Hmm… ni dah macam subjek Creative thinking plak dalam tajuk Provocation and Movement iaitu wishful thinking.. PO! I wish I can be a crown princess…Huhu. A wish that is impossible to fulfill. Tapi setiap individu tu bebas kan untuk mempunyai impian gile.

* Sekarang ni, aku dah pun menjadi seorang puteri. Tapi puteri di hati ibu dan ayah laa.. Dan disebabkan ini jugaklah nama blog aku puteriku sayang…huhu




ISU ISRAEL – GAZA : SUATU PENJELASAN


Palestin, bumi bersejarah umat Islam. Di situlah sejarah kiblat pertama wujud di dunia. Bumi mulia, sehinggakan dipilih Allah sebagai tempat yang terbaik di kalangan terbaik. Mulanya catatan sejarah baginda nabi junjungan mulia dalam peristiwa isra’ dan mikraj. Hari ini, Palestin sebagaimana yang diketahui umum, negara umat Islam yang ditindas penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh kaum zionis laknatullah. Wujud dua kelompok pilihan hati sanubari rakyat dalam memperjuangankan umat Islam di bumi Palestin. Sungguhpun pertelingkahan masih berterusan antara mereka, Hamas dilihat amat memahami keperluan umat, dengan menyatakan sokongan kepada fatah untuk turut serta dalam kerajaan meskipun fatah kalah teruk dalam pilihanraya lepas. Ini diakui sendiri oleh Jimmy Carter, mantan Presiden AS bahawa kemenangan hamas dalam pilihanraya 2006 itu merupakan pilihanraya yang bebas dan telus. Hamas menang 72 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan. Sejarah hamas bermula pada Disember 1987 ketika mana peristiwa di khemah pelarian di Jabaliya yang menyaksikan pembunuhan kejam rakyat Palestin oleh Israel laknatullah. Ia juga merupakan intifada pertama yang wujud disusuli intifada kedua pada tahun 2001.

Tahun 1948 merupakan tahun bersejarah yang harus diingati, tahun kelahiran Israel di bumi mulia Palestin, kemasukan secara haram (illegal migration), berterusan hingga hari ini. Harus diingat, slogan seperti “hamas menyerang balas menggunakan roket…kepada Israel” sering dipaparkan dalam media perdana seolah-olah Hamas bersalah, hakikatnya, tindakan Hamas adalah tindakan yang tepat dalam usaha untuk mengusir zionis dari bumi mulia mereka. Hari ini media kita di Malaysia gagal memberikan fakta sebenar selain gagal memberikan objektif yang tepat tentang itu. Penentangan terhadap Israel bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam sendiri, malah atas kesedaran “human right”, ramai penganut agama lain bersimpati dan memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Penentangan berterusan terhadap Israel diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan tindakan eg: Hugo Chavez, Evo Morales, Erdogan etc.

Tekanan antarabangsa untuk diadakan genjatan senjata, kurang berkesan. Hakikatnya askar-askar Israel lebih gembira jika mereka direhatkan. Hari pertama, “friendly fire” antara askar-askar Israel sesama mereka menunjukkan kelemahan mereka dalam pertempuran “face to face”. Serangan roket hamas sebenarnya sangat digeruni oleh penduduk Israel lantas diperbanyakkan pembinaan terowong-terowong bawah tanah untuk menyelamatkan diri. Para ibu di Palestin bangga dengan kelahiran pejuang-pejuang yang mereka lahirkan. Ia dilihat sebagai kesinambungan kepada perjuangan. Negara-negara Islam lain dilihat pasif untuk membantu Palestin kecuali Turkey. Kebanyakkan “monarch regime” lebih cenderung menyokong AS. Pengharapan kepada Negara arab timur tengah yang lain hanya sia-sia, malah Mesir sendiri menutup pintu sempadan untuk laluan bantuan kemanusiaan. Bagi Palestin, apa pun keadaannya, perjuangan tetap diteruskan, bukan kemenangan yang dipinta, tapi cukup untuk pembebasan negara mereka dari dijajah!


Dibentang ketika usrah di UM pada 5 Feb 09 oleh saudara Hasnul Hanif Harun

Monday, February 23, 2009

Usrah Sekretariat GPTD…



Tajuk : GPTD & Agenda Perubahan
Pembentang : Najmuddin Mohd Nawi (naqib)
Tarikh : 22 Safar 1430 @ 18 Februari 2009

Ahli usrah:
Shazni
Hakim
Awe
Syafa
Dyll
Jihan

Dalam banyak2 usrah yang aku pergi, ni la usrah yang paling kelakar aku rasa. Kalau waktu tu kita rasa tension, boleh hilang kerunsingan tu. Seperti mana yang kita tahu, maksud usrah tu keluarga. Sebagai pelajar yang jauh dari keluarga sendiri, kita memerlukan kekuatan daripada orang lain untuk terus kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran…

Dah la usrah ni pun buat kat tmpat kelakar, orang2 nya pun kelakar…jadi sepanjang usrah asyik ketawa je…Di permulaan usrah tu Abg Din Tanya: “Agak-agaknya 5 tahun akan datang korang semua dah jadi ape?”
Semua orang sibuk berfikir…Antara jawapan2 yang diberikan adalah seperti berikut:

Shazni : Mungkin waktu tu saya dah ada anak lelaki seorang. Saya nak train dia untuk berdakwah dekat kampung2 orang asli.

Hakim : Mungkin waktu tu saya dah ada bisnes sendiri dan dah jadi jutawan. Waktu tu jugak saya dah ada kekasih.

Awe : Waktu tu saya dah jadi usahawan wanita yang berjaya. Mugkin dah ada anak. Saya dan suami akan bersama-sama mengusahakan penternakan kambing. Kalau berkesempatan saya nak berjuang di Sri Lanka.

Dyll : Saya nak jadi social worker. Nak menjadikan bidang ni sebagai bidang yang professional dan boleh dijadikan sebagai kerjaya.

Waktu tu Jihan tak datang lagi…Dan aku pulak, hmm…sebenarnya aku tak abis fikir lagi waktu tu, aku cakap je apa yang terlintas. Dulu aku fikir lepas abis degree nak sambung master…tetiba rasa macam tak nak plak sebab aku rasa nak kerja. Tapi sebenarnya aku nak belajar kat sekolah pondok kat Aceh. Waktu gi buat kajian ilmu kat Aceh dulu, aku dah rasa tertarik nak mengaji pondok dekat situ. Tu mestilah setahun je…lagi 4 tahun aku nak buat apa plak??? Hmm, kawin kot sebab perempuan ni tak elok kawin lambat…huhu. Tapi yang sebenarnya aku nak jadi suri rumah sepenuh masa je yang terlibat dengan aktiviti2 dakwah yang menyumbang kepada masyarakat…Aku pernah menyuarakan hasrat dihati ni pada ibu yang tersayang…
Nak tahu apa ibu cakap:
“Kalau dah niat macam ni, baik berhenti belajar sekarang. Tak payah nak bazir duit. Tak de2…kamu kena kerja jugak. Ingat… nasib tu tak selalu menyebelahi kita. Lagi pulak kita ni perempuan, kalau suami tu tiba2 tinggalkan kita…kamu macam mana?Walau kaya macam mana pun suami kamu tu nanti…kamu jangan berhenti kerja. Kerja sampai pencen…”. Huhu…insyaAllah, segala nasihat ibu akan dipatuhi. Segala ketentuan tu datangnya dari Allah. Kita manusia ni hanya mampu merancang.

Antara sebab kenapa Abg Din Tanya soalan ni supaya kami semua berfikir dan meletakkan satu target apa yang perlu kami lakukan dari sekarang untuk mencapai cita-cita akan datang. Kalau kita tak meletakkan target dari sekarang kita tak akan bersungguh-sungguh untuk berubah. Tiada cita-cita tanpa usaha, tiada kejayaan tanpa perjuangan.

Antara isi pokok yang dibincangkan dalam usrah adalah tentang perubahan. Semua orang mahu berubah ke arah kecemerlangan; namun kebanyakannya tidak tahu apa yang harus diubah dan mengapa perlu berubah. Lima peringkat kecemerlangan adalah:

Kecemerlangan diri
Kecemerlangan keluarga
Kecemerlangan masyarakat
Kecemerlangan negara
Kecemerlangan umat

Kecemerlangan ini juga disebut sebagai ketamadunan. GPTD hadir dengan membawa misi mengubah dunia, dimulai dengan perkara-perkara kecil dan asas.
“Kau hadir membawa cahaya ke seluruh alam”, InsyaAllah jika diizinkan Allah semua yang dilakukan akan diberkati dan diredhai serta mampu untuk terus maju ke hadapan dengan keteguhan dan keterikatan hati-hati yang mahu untuk terus sama-sama berjuang. Moga-moga aku terus istiqamah dalam apa jua yang aku lakukan. Usrah tamat pada jam 11.30 malam.

Tuesday, February 17, 2009

Cinta Teragung..


Ketika aku terlibat dengan program Musabaqah tilawah al-Quran, aku mengisi masa yang terluang dengan membaca buku “Tentang Cinta” yang ditulis oleh Ust Pahrol Mohd Juoi. Komiti2 yang lain sedang bersembang manakala aku khusyuk membaca buku sehinggalah satu suara menegur aku.

“Buku apa yang akak baca tu”
“Buku Tentang Cinta”
“Wah! Hebat. Boleh akak kongsi apa yang dah akak baca”
“Hmm, boleh je” (aku pun mulala cerita apa yang dah aku baca. Antaranya tentang couple, batas-batas perhubungan, dan cinta itu harus berlandaskan pada siapa. Walaupun penat bercerita… J aku teruskan je dengan harapan hati mereka akan terbuka dan mengambil iktibar dengan apa yang aku ceritakan tadi)
Sehiggakan adik tu cakap…
“Lepas ni kalau nak kuar dating nak ajak Kak Syafa la teman”
Aku hanya tersenyum…

Tapi apa yang terjadi lepas tu… Aku tengok dia asyik ngan awek dia seperti tak boleh nak berenggang langsung. Sampaikan bile dia nampak aku dia boleh cakap…
“Oopps…kantoiii”
Rupa-rupanya dia lagi malu pada aku daripada dia malu pada Allah. Aku pun bukannya sempurna dan bagus sangat. Cuma kadang-kadang manusia ni selalu lupa. Jadi tak salah kalau kita saling ingat-mengingati…




Cinta Agung…




Remaja harus sedar bahawa jika cinta diberikan pada manusia, ada kemungkinan cinta itu akan dirobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya atau disembuhkan-Nya. Betapa banyak cinta yang tidak berbalas atau dikhianati. Gila bayang, angau dan patah hati… Padahal jika hati itu diserahkan kepada Allah, pasti diterima.

Supaya tidak kecewa, kata pepatah, “Mengadulah pada yang sayang, merajuklah pada yang kasih”. Supaya cinta berbalas, cintailah orang yang mencintai kita, bukan orang yang hanya kita mencintainya (dia tak cinta). Bertepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Kalau hukum ini kita ikuti… tentulah kita akan mencintai Allah. Sebab Allah memang telah terbukti mencintai kita, walaupun kita sering melupakan-Nya. Kasih Tuhan terhadap kita melebihi kasih ibu terhadap anaknya.

Mengapa kita abaikan cinta Tuhan? Sedangkan mencintai-Nya pasti tidak dikecewakan. Hadis Qudsi daripada Rasulullah s.a.w.:

“Jika kamu datang kepada-Ku secara berjalan, nescaya Aku datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang kepada-Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah”.

Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang tinggi kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w. dan barulah pada makhluk-makhluk lain. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Di dunia hati akan tenang selaras dengan janji Allah dalam al-Quran:

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. (Ar-Ra’d 13: 28)

Dan di akhirat nanti ketika semua kekasih lari daripada kekasihnya – semuanya mementingkan diri sendiri – aku, aku; kamu, kamu; namun para kekasih Allah tetap tenang kerana KEKASIH sejati tetap setia di sisi. Firman Allah:

“Hari akhirat hari di mana tidak berguna anak pinak dan segala harta kecuali orang membawa hati yang sejahtera”. (Asy-Syuara 26: 88-89)


Hati yang sejahtera itulah hati yang mencintai Allah. Itulah janji Allah, sesungguhnya Allah adalah ‘Kecintaan’ yang tidak pernah memungkiri janji. Cinta Allah adalah taraf cinta yang paling agung. Namun, cinta kepada Allah hanya akan lahir pada orang yang sudah cukup kenal akan Allah. Ya, hanya mereka yang kenal kebaikan, kekayaan, keindahan Allah akan mencinta-Nya. Segala yang diidamkan oleh manusia ada pada Allah. Bahkan cinta itu sendiri pun datangnya dari Allah. Hukama ada mengatakan, bahawa cinta adalah ‘hadiah’ terbesar daripada Allah untuk manusia. Dengan ‘hadiah’ itu terciptalah perhubungan cinta antara sesama manusia. Sehingga dengan itu Allah izinkan makhluk-Nya yang lain cinta pada kita.

Demi Masa...



“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”



Minggu ini sungguh memenatkan aku sehinggakan sahabatku bertanya: “Syafa, mana aulawiyat Syafa ni? Kita dah takde masa…ni dah saat2 genting ni”. Maafkan aku sahabat kerana diri ini jahil di dalam membuat keputusan sehigga melukakan sahabat hingga terbawa-bawa dalam mimpi. Percayalah aku tak bermaksud langsung untuk mengecewakan sahabat. Cuma aku tersepit dengan keadaan yang aku alami…

Antara pekara2 yang perlu aku laksanakan:

12 Feb (Khamis) : Pembentangan Colonialism In the Muslim World,
Usrah Pimpinan (sepatutnya aku bentang Islam and Secularism tapi tak sempat nak study dulu), Booth WAFA (sempena student carnival)

13 Feb (Jumaat) : Jaga pendaftaran untuk Musabaqah Tilawah Al-Quran,
Faks surat sponsor utk tamrin nisa’(tapi tak sempat faks sbb musabaqah sampai malam),
Booth WAFA.


14 Feb (Sabtu) : Musabaqah Tilawah Al-Quran, Moyang aku kembali ke rahmatullah (aku ni cicit yang teruk sbb tak sempat nk balik, lagi teruk bila ibu dan ayah yang kol aku, bukannye aku yang kol. Aku cuma sempat mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman), Muktamar adik-adik PJ, Recreation (map test), Booth WAFA (dekat center dan Mahallah Maryam).


15 Feb (Ahad) : Hantar Puteri ke KLIA (sahabat ku pergi meninggalkan aku), Muktamar adik-adik Nilai, Musabaqah Tilawah Al-Quran, Booth WAFA (dekat Mahallah Maryam), Massgath dan Family Day WAFA.


16 Feb (Isnin) : Study India, Berehat.


17 Feb (Selasa) : Mid term India, Map test Ayubids and Mamluks.


18 Feb (Rabu) : Kemaskini blog dan hantar email kat Anip (minit mesyuarat), Study Colo,
Usrah Gptd, Meting HEWI (tamrin Nisa’)


19 Feb (Khamis) : Mid term Colo, Usrah Pimpinan PKPIM, Usrah ziarah GPTD (abg Syed Akla)


20 Feb (Jumaat) : Ambik Keron kat KL Central, Recreation, Bertolak ke Gunung Dato’.


21 Feb (Sabtu) : Tamrin Nisa’


22 Feb (Ahad) : Tamrin Nisa’, Perjumpaan Kelab Ibn Battutah kali ke-2


23 Feb (Isnin) : Map test relations between muslim world and medieval Europe


24 Feb (Selasa) : Mid term Ayubids and Mamluks



Dalam kesibukan aku ni sampaikan aku terlupa nak buat artikel menjawab balik ape yang Sister In Islam tulis. Pada Abg Kerol, maaf dipinta. InsyaAllah lepas ni saya buat. Aku tak suka nak buat pilihan sebabnya aku memang tak reti nak buat pilihan. Kalau boleh dalam hidup ni aku tak nak langsung buat pilihan. Tapi semua ni mustahil, dah lumrah hidup yang mesti ditempuhi oleh setiap insan. Maaf dipohon pada pihak yang terlibat kerna diri ini tak mampu nak lakukan semua benda…

Sunday, February 1, 2009

Salahuddin Al-Ayyubi

A brief story about Salahuddin Al-ayubi…

Gentle hearted Saladin Ayyubi became one of the world’s greatest warriors by defeating crusaders and capturing the holy city of Jerusalem.

Born in Tikrit, Iraq on 1137, Saladin, his Arabic name is Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyub. At the age of 14 he joined other members of his family (the Ayyubids) in the service of the Syrian ruler Nur ad-Din. He was brought up by his noble father and talented uncle, Asad-ud-din Shirkhu. Saladin was a very intelligent and noble person. He loved peace and never enjoyed fighting battles but he and his uncle were ordered to travel and fight in three expeditions. And when the young boy who didn’t like fighting in battles fought, he fought with great bravery and strength.

Between 1164 and 1169 he distinguished himself in the three expeditions sent by Nur ad-Din to aid the decendent Fatimid rulers of Egypt against attacks by the Christian Crusaders based in Palestine. In 1169 he was made commander in chief of the Syrian army and vizier of Egypt. Having numerous Muslim armies, allied under Saladin’s command were looking immortal, The Crusaders were not happy by Saladin’s increasing power and success. Uniting their forces, they planned a decisive attack on Muslim area. Battle of Hittin took place. Muslims won under the leadership of Saladin. Thousands of Crusaders were arrested. Saladin treated the prisoners with tolerance.
revitalized Egypt’s economy and reorganized its land and naval forces, Saladin repelled the Crusaders and took the offensive against them.

After Nur ad-Din’s death in 1174, Saladin became head of state, Saladin expanded his power in Syria and northern Mesopotamia. Following the submission of Damascus (1174), Halab (Aleppo)(1183), and Mosul (1186),
In 1187 CE, Saladin conquered Jerusalem. Thousands of Crusaders were arrested. However, when their mothers, sisters, and wives appealed to Saladin, he released them. Many crusaders were ransomed. However, he paid for many of them. In addition, he provided them transport, etc. He allowed neither massacre nor looting. He gave free pardon to all citizens. He even arranged for their traveling. He granted freedom to Christians to leave the city if they paid a small tribute. Saladin paid it, himself for about ten thousand poor people. His brother paid it for seven thousand people. Saladin also allocated one of the gates of the city for people who were too poor to pay anything that they leave from there. Saladin died in March 4, 1193 CE in Damascus, Syria.


Saladin Tomb in Syria...

Duhai Hati…




Hati manusia adalah tempat pandangan Allah swt. Ia merupakan tapak semaian iman, tempat bertunas dan bercambah ke seluruh anggota badan dalam bentuk amalan yang merupakan bunga atau buah daripada apa yang telah tertanam di dalam hati.

Hati manusia adalah tempat yang telah dipilih oleh Allah swt sebagai wadah ataupun bekas kepada fitrah, akal dan hikmah. Oleh itu hati sanubari adalah sentiasa jujur dan benar walaupun terkadang mulut pandai berbohong dan tangan berani mengambil sesuatu yang haram.

Hati manusia pula adalah raja bagi seluruh anggota badan. Ia merupakan sumber pergerakan dan tindakan, maka apabila hati itu baik akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila hati itu rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan. Maka hati yang baik akan menyuruh anggota badannya berbuat kebaikan dan sebaliknya hati yang rosak akan menyuruh anggota badan berbuat kerosakan dan kemaksiatan.

Pada mulanya, hati setiap insan adalah baik. Hati seseorang telah diciptakan oleh Allah swt menerusi fitrah manusia yang semulajadi yang meminati dan mencintai setiap yang baik dan membenci setiap yang tidak baik. Kemudian Allah menyempurnakan pemberianNya kepada insan dengan mengutus para Rasul yang membimbing manusia ke jalan kebenaran dan juga Allah swt menurunkan kitab-kitab untuk menjadi pegangan dalam hidup di dunia ini dan untuk menjamin kebahagian mereka di akhirat nanti.

Akan tetapi, manusia mempunyai musuh yang sangat pandai dan sangat mendendam kepadanya, iaitu Iblis yang telah bersumpah di hadapan Allah swt untuk menyesatkan manusia. Iblis selalu menggoda hati manusia dan ia berusaha untuk membalut fitrah suci yang ada di hati manusia dengan balutan daripada hawa nafsu, syahwat, tamak, cinta dunia dan sebagainya. Iblis tidak pernah dan tidak akan berputus asa di dalam mencapai matlamatnya iaitu menyesatkan manusia.

* Keikhlasan dan ketulusan hati manusia sangat sukar untuk di nilai melalui mata kasar kerana rahsia di hati tiada siapa yang tahu melainkan pemilik dan pencipta hati…


Duhai hati…bersabarlah dikau dengan segala ujian dan dugaan yang datang menimpa. Berhenti dari terus menangis dan merintih. Hati…kau perlu kuat dan tabah kerana disebalik sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Percayalah dan yakinlah dengan ketentuan Allah…Dia lebih mengetahuinya. Hati…sebenarnya kau dah terlalu penat dan lemah. Kau harus bangkit!!! Jangan jadi terlalu lemah… Jangan terlalu memikir… Jangan jadi terlalu sedih… Sebaliknya senyumlah dikau.

Duhai hati…sucilah dikau dari segala kekotoran. Agar kau mampu untuk terus bertahan. Jadilah dikau seperti hati-hati yang bersifat kental dan kuat. Hati…berhentilah dikau dari terus menangis kerana air mata yang keluar adalah air mata sia-sia. Sebaliknya banyakkan bermunajat dan berzikir kepada pemilik hati sebenar… Padamkan segala kegusaran, keresahan dan kesedihan yang bertandang kerana dihadapanmu banyak lagi perkara-perkara yang harus kau depani dan tangani sebaik mungkin…